Pesawat tersebut berpengkalan di Mesir semasa kempen Afrika Utara terhadap Rommel. Pesawat yang didapati mengalami kerosakan tersebut diarahkan untuk dibawa ke pengkalan lain untuk dibaiki. Semasa di dalam perjalanan, pesawat tersebut didapati hilang kawalan pada Jun 1942 dan kehilangannya menjadi misteri.
Keadaan kokpit pesawat. |
Setelah 70 tahun, pesawat tersebut berjaya ditemui semula di Gurun Sahara dalam keadaan serba lengkap seperti tidak diusik oleh sesiapa. Nasib juruterbang tersebut pula dikatakan selamat semasa ianya terhempas melalui penemuan sisa-sisa payung terjunnya dan juga radio rosak yang dikeluarkan daripada pesawat menunjukkan beliau cuba untuk menghubungi pengkalan.
Sisa payung terjun. |
Radio yang ditemui. |
Akan tetapi kemungkinan beliau mati akibat kebuluran adalah amat tinggi kerana ianya terhempas di tengah-tengah gurun yang jauh dari penempatan penduduk.
dipetik dari http://www.dailymail.co.uk 10 mei 2012.
p/s: di Malaysia pun mungkin ada pesawat zaman jepun dulu hijacked, cuma xjumpa je.. Teringin jugak nak cari..
dipetik dari http://www.dailymail.co.uk 10 mei 2012.
p/s: di Malaysia pun mungkin ada pesawat zaman jepun dulu hijacked, cuma xjumpa je.. Teringin jugak nak cari..