MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Showing posts with label Fakta Yang Orang Tak Tahu. Show all posts
Showing posts with label Fakta Yang Orang Tak Tahu. Show all posts

Monday, 29 October 2012

Kemungkinan Manusia Merentas Masa

Korang pernah tak terfikir nak kembali ke zaman bebudak dulu atau nak ke masa hadapan untuk tengok apa yang berlaku kepada kita akan datang? Mesti pernah terfikir nak merentas masa macam cerita Doraemon tu kan? Aku memang suka kalau ada cerita science fiction yang macam ni. Contohnya macam cerita Back To The Future. Lepas tengok cerita mengarut mengalahkan drama seram melayu, aku terfikir yang Time Travel adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia punya taksub sampai aku rasa yang aku ni perlu bertanggungjawab untuk mencipta mesin macam tu..Huahaha!!! Logik ke tidak? Is it possible or impossible untuk kita merentas ruang masa? 





Susah nak explain kan? Sebab teori-teori berkaitan diperkukuhkan oleh hukum fizik yang sememangnya kita tak akan faham even diorang explain berjuta kali. Kompleks sangat!

Albert Einstein yang memperkenalkan Theory of Relativity berpendapat yang TIME IS NOT FIXED! Ianya boleh diubah. Contohnya, Kalau kita pergi ke angkasa lepas dengan kenderaan yang lebih laju daripada kelajuan cahaya dan kembali ke bumi, umur orang di bumi akan lebih tua daripada umur kita. "Mengarut la ang!" aku pernah bertekak dengan member aku pasal ni masa form 1 dulu.. Hahaha.. Masing-masing nak tunjuk genius.
Tapi Einstein mengatakan time travel adalah sesuatu yang mustahil kerana sememangnya mustahil mencipta kenderaan selaju cahaya. Moto kapcai korang boleh pecut selaju 299792458 m/s tak?

Kemudian saintis lain mula mengkaji lebih mendalam dan menemui teori tentang merentas masa ni. Ada yang menggunakan WORM HOLES. Worm Holes ni adalah satu terowong yang menghubungkan Black Holes dan White Holes. Astronomers percaya yang Black Holes ni menyedut apa sahaja yang dekat dengannya termasuklah cahaya dan akan merentas masa melalui Worm Holes ni. 



Boleh imagine tak theory Worm Holes ni? Selain tu ada jugak teori lain seperti Quantum dan Rolling Up Time. Bila diorang kemukakan teori-teori macam ni, kita mula terfikir yang time travel ni adalah sesuatu yang tidak mustahil. 

Tapi sebenarnya macam tidak masuk akal. Kenapa?
Okey, tak perlu nak buat calculation fizik bagai, tak perlu nak teropong langit tengok black holes. Kalau manusia boleh merentas masa, mungkin mesin ini telah wujud pada masa akan datang. So, mesti la ada cucu, cicit, piut, miut kita datang bertandang ke rumah kita time hari raya ye tak? Takkan la setahun sekali tak boleh nak datang jenguk.

Alah, paling tidak pun datang 5 tahun sekali pun tak pe la. Logik tak penjelasan yang macam tu?

Lagi satu hujah yang boleh kita katakan Merentas Masa adalah MUSTAHIL ialah Surah Al-Asr.



Maksudnya: Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka juga berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ayat ni dah jelas menunjukkan yang mustahil untuk kita berpatah balik ke masa lampau untuk betulkan kesilapan kita. Masa sentiasa bergerak, tak boleh diundur dan tak boleh dihentikan. So, TIME IS FIXED!

Korang nak jadi Time Traveller?? 
Aku nak ajar korang cara untuk pergi ke masa hadapan. Sebagai contoh kalau kita nak pergi ke 5 jam akan datang, cuba korang tidur dan bangun selepas 5 jam. Korang akan berada pada 5 jam akan datang la tu kan? 
Hehehehe

p/s: If you show somenone their future, they have no future..If you take away the mistery, you take away hope..:)

Saturday, 23 June 2012

Lambang Kijang Pada BNM

Sekarang ni aku lepak di rumah kakak aku. Abang ipar aku nih seorang pengumpul syiling lama dan banyak buku-buku berkaitan wang-wang lama ni. Memang jadi satu kemestian kalau aku terjumpa buku yang tebal-tebal ni mesti aku selak satu persatu.. Kalau ada 400 muka surat, takkan takde satu mukasurat yang menarik kan.. Sambil-sambil melayan Euro 2012, aku pun selak buku Warisan Numistik Malaysia. Ada satu mukasurat ni yang menarik perhatian aku. Di mukasurat tersebut memaparkan duit syiling zaman kesultanan Melayu zaman dahulu sehinggalah seantero zaman dengannya.. Syiling emas yang memaparkan Kijang sebijik sama dengan yang ada pada lambang Bank Negara Malaysia. 


Aku teringat pada suatu hari, aku berborak dengan member-member aku tentang lambang kijang tersebut. Korang pon mesti tau kan apa pertikaian dan andaian tentang Kijang tersebut. Ada yang mempertikaikan binatang tersebut bukan Kijang memandangkan ekornya yang panjang, ada yang mempertikaikan bulan dan ada juga yang mengaitkannya dengan Freemason! 


Apa-apa pon, itu pandangan dan pendapat korang. Serius, aku hormat pendapat dan pandangan seperti itu kerana anda peduli tentang nasionalisme. 


Okey, cerita balik pasal Syiling tersebut, ianya dipercayai mula digunakan pada tahun 1400 lagi dan terdapat pelbagai andaian mengapa gambar Kijang digunakan. Duit syiling tersebut bertulisan arab iaitu 'Malik Al Adil'. Oleh kerana mempunyai lambang haiwan, pemikir berfahaman konservatif menolak andaian ianya berasal dari negara Islam. Oleh itu, mereka menganggap ianya dibawa masuk dari Fanam,India Selatan. Andaian lain pula mengatakan bahawa ianya berasal daripada negeri Kelantan dan Pattani sebelum kemasukan agama Islam. Pada masa tersebut, Alam Melayu menganut agama Hindu berdasarkan penemuan candi-candi purba di utara.







Jika dilihat beberapa contoh syiling tersebut, kita akan nampak perubahan rupa bentuk haiwan tersebut. Ada yang mirip seekor lembu kerana rupanya lebih gemuk dan berekor panjang, seakan bertanduk seperti kerbau dan ada yang berbonggol. 


Syiling ini berkemungkinan digunakan sehingga Kelantan dijajah oleh British pada tahun 1909. Memandangkan syiling ini dikeluarkan dalam tempoh yang cukup lama, berkemungkinan bilangannya syiling ini cukup banyak. 


p/s: Aku nampak binatang macam kerbau pun ada. Nampak macam ada pelana tempat duduk, tanduk, ekor panjang, gemuk. Rujuk gambar nombor 6. 

Thursday, 24 May 2012

WWW 1 berharga RM520,000

Nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 kini mencatatkan rekod baru mengatasi MCA 1 dengan nilai bidaan sebanyak RM520,000.




Tempoh lelongan selama 15 hari bermula 30 April lalu berjaya mengutip sebanyak RM11.3 juta hasil iaitu 10 kali ganda daripada lelongan biasa.


Selain itu, bilangan pembida terbanyak pula seramai 84 orang yang membida nombor. WWW 333. Isnin ini Jabatan Pengangkutan Jalan akan mengeluarkan keputusan penuh di www.jpj.gov.my.


Hari ini, 28 Mei 2012 baru kita dapat tahu siapa pemilik nombor pendaftaran tersebut iaitu Sultan Johor..


p/s: RM520000 boleh beli Honda EK 10 bijik!!!

Saturday, 19 May 2012

Speasis Ikan Pelik di Sungai Congo

Seperti korang, kalau dah takde apa-apa nak buat mesti 'meng-google' kat internet untuk cari benda-benda menarik. Aku terjumpa cerita pasal Congo ni dan rasakan ia macam menarik je. Aku pun copy je gambar ni, nampak sangat tipunya kalau aku cakap aku yang pergi sendiri ke Congo untuk ambil gambar ni.


Sungai Congo atau dengan nama lainnya Sungai Zaire yang terletak di Afrika merupakan sungai yang terdalam di dunia. Dianggarkan mempunyai kedalaman melebihi 230 meter dan panjangnya 4700 kilometer menjadikan ianya sungai terdalam dan kesembilan terpanjang di dunia.


Apa yang menariknya sungai ini, para pengkaji yang datang ke sungai ini menemui beberapa spesies hidupan yang belum pernah ditemui sebelum ini. Kalau nak pergi ke sana tu janganlah datang bawak pancing je, jangan lupa bawak apa peralatan lain sebab ikan dia bukan macam kat Malaysia.








Synodontis nigriventris

Ikan  Synodontis nigriventris  kalau dilihat sama je macam ikan terumbu karang yang lain tapi yang istimewanya ialah ikan ini berenang secara terbalik tetapi bukan gaya kuak lentang.

Ini baru sikit je aku rasa dan banyak lagi spesies ikan yang pelik di sungai tu yang mereka masih tak jumpa. Itu belum kira speasis Dinosour yang ada orang jumpa kat sungai tu. Kesahihan cerita tersebut tak dapat disahkan sebab takde bukti visual tetapi kalau nak cuba cari boleh je search di Google. 

p/s: Masa kecil dulu takut turun sungai sorang, takut piranha dengan jaws..

Tuesday, 15 May 2012

Sejarah Sambutan Hari Guru

Teringat aku masa sekolah dulu, kalau tarikh 16 Mei tu jatuh pada hari berkerja memang seronok sangat sebab hari tu mesti tak masuk kelas. Bila dah naik ke sekolah menengah pulak, dah berani prank cikgu-cikgu. Masa tu cikgu semua kena sporting sikit, setahun sekali nak usik mengusik dengan cikgu. Serius, memang aku rindukan kenangan Sambutan Hari Guru.






Bila dah masuk universiti mana nak ada sambutan untuk pensyarah macam Hari Guru zaman sekolah dulu. Masa tu baru terfikir, macam mana Hari Guru itu wujud dan kenapa tarikh 16 Mei dipilih untuk sambutan tersebut. Kebanyakan blog menceritakan sekadar cerita tangkap muat sahaja dan aku cuba sedaya upaya mengenang jasa guru-guru aku untuk bercerita lebih panjang sedikit. (lebih sikit je..)


Ni yang aku nak cerita ni,


Sambutan Hari guru di Malaysia bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia. 
Sambutan Hari Guru yang pertama kali disambut ialah pada tahun 1972 dengan bertemakan "Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara".


Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tarikh yang sama Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima semua cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran negara kita yang dikenali sebagai Laporan Razak. Laporan Razak inilah yang menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak tahun 1956.


Logo Hari Guru

Objektif Sambutan Hari Guru diadakan ialah:

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan intergrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Kini 40 tahun Sambutan Hari Guru telah diadakan. Dari Laporan Razak yang dijadikan Dasar Pendidikan Negara pada 1956 hinggalah ke Program Transformasi Pendidikan Negara menerusi NKRA, menyaksikan aliran transformasi dalam melahirkan insan berkualiti menerusi sistem pendidikan dan hari ini 16 Mei 2012 merupakan Hari Guru yang ke-40 dengan tema 
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"





Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua 

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan




p/s: Dah lama tak menyanyi lagu Kami Guru Malaysia. SELAMAT HARI GURU CIKGU.

Sunday, 13 May 2012

Tragedi 13 Mei, 43 tahun lalu...

Setelah 43 tahun tragedi ini berlalu, tetapi ianya masih segar di dalam memori kepada mereka yang terlibat. Adakah kita yang berada di dalam generasi Y  mengambil iktibar daripada apa yang berlaku? 

Apakah Peristiwa 13 Mei?


Tragedi 13 Mei dirujuk sebagai peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tanggal 13 Mei 1969. Ianya merupakan titik hitam sejarah perkauman di Malaysia dimana rusuhan yang berlaku diantara kaum Melayu dan juga kaum Cina. Tragedi berdarah ini telah mengakibatkan pertumpahan darah dan juga kemusnahan harta benda. Tragedi ini juga memberi impak yang mendalam kepada masyarakat yang majmuk di bumi Malaysia.
Persengketaan antara kaum Melayu dan kaum Cina ini dikatakan sudah bermula sejak negara mencapai kemerdekaan lagi. Hal ini kerana masalah ketidakpuasan hati masyarakat bukan bumiputera yang tidak bersetuju dengan hak keistimewaan Melayu yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. Hal ini semakin memuncak ketika kempen pilihanraya pada tahun 1969 berlangsung, apabila parti politik kaum Cina menyentuh isu-isu yang menyentuh sensitiviti terhadap hak-hak keistimewaan Melayu dan mencetuskan kontroversi dengan mencabar Artikel 153 yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Di Pulau Pinang, Allahyarham Kassim Omar yang merupakan seorang petugas pilihanraya dan juga ahli UMNO telah dibunuh dengan kejamnya pada 24 April 1969. Mayat Allahyarham disimbah cat merah dan diconteng dengan ayat, “Jangan Mengundi Dalam Pilihanraya”. Insiden tersebut didalangi oleh ahli Parti Buruh yang memboikot pilihanraya pada tahun tersebut. Pada 4 Mei 1969, seorang pemuda Cina bernama Lim Soo Seng terbunuh setelah berlaku insiden pergaduhan membabitkan pihak polis. Sebelum kejadian, pihak polis yang sedang membuat rondaan terserempak dengan sekumpulan pemuda Cina yang bertindak menconteng jalan menggunakan cat merah. Kumpulan tersebut yang pada mulanya mengeluarkan kata-kata kesat bertindak ganas dengan membaling kayu api dan objek tajam ke arah polis tersebut. Pihak polis yang ingin mempertahankan diri setelah berlaku pergaduhan telah melepaskan tembakan dan mengenai Lim Soo Seng. Berikutan dari insiden terbabit, parti-parti pembangkang tidak melepaskan kesempatan yang ada untuk meraih simpati pengundi. Mereka mendesak pihak polis agar satu perarakan mayat mendiang diadakan pada 10 Mei 1969. Atas sebab-sebab keselamatan, pihak polis memberi kebenaran untuk membuat perarakan pada 9 Mei 1969 dengan syarat ianya dihadiri oleh 1000 orang dan mengikut laluan yang ditetapkan sahaja. Namun begitu, campur tangan dari pihak lain menyebabkan perarakan kematian tersebut bertukar kepada perarakan politik. Ianya disertai oleh kira-kira 10,000 orang sambil menghina kerajaan dan memuji Mao Tze Tung pemimpin Parti Komunis.
Ketegangan semakin ketara ketika keputusan pilihanraya diumumkan pada tanggal 10 Mei 1969 apabila Parti Perikatan yang disertai oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC) menang 66 buah kerusi di Dewan Rakyat, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menang 12 buah kerusi. Di dalam pilihanraya tersebut, parti pembangkang telah merampas 23 buah kerusi daripada Parti Perikatan dan dianggap sebagai satu kejayaan yang besar oleh mereka.
Di Selangor,  Dr. Tan Chee Khoon  yang memperolehi kemenangan besar  telah memohon kebenaran dari pihak berkuasa untuk mengadakan satu  perarakan di atas kemenangannya pada tanggal 12 Mei 1969. Perarakan yang menghala ke Jalan Campbell dan Jalan Hale menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan seterusnya melencong dari laluan yang ditetapkan dengan menghala ke Kampung Baru yang diduduki kira-kira 30,000 orang Melayu dan juga terletaknya kediaman Menteri Besar Selangor ketika itu, iaitu Dato’ Haron Idris. Perarakan tersebut bertukar menjadi rusuhan apabila sebahagian daripada mereka menaiki lori yang diikatkan dengan penyapu sambil mengeluarkan kata-kata menghina dan juga meludah kaum Melayu. Tindakan mereka membawa penyapu dikatakan sebagai lambang mereka menyapu bersih kerusi yang bertanding. Namun, bagi masyarakat Melayu ianya dianggap sesuatu yang negatif dan menghina seolah-olah menghalau masyarakat Melayu di situ.
Pada tanggal 13 Mei 1969 iaitu pada hari Selasa, Presiden Gerakan, Yeoh Tech Chye telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf diatas kebiadaban ahli-ahlinya semasa perarakan berlangsung. Dalam masa yang sama, kediaman Menteri Besar Selangor dibanjiri oleh kaum Melayu yang ingin mengadakan perarakan balas terhadap kebiadaban ahli Parti Gerakan. Dato’ Haron Idris mengumumkan untuk mengadakan perarakan balas pada pukul 7:30 malam hari tersebut. Kira-kira pada pukul 3 petang, satu pembunuhan ngeri telah berlaku di Setapak, Kuala Lumpur  tidak jauh dari kediaman Menteri  Besar Selangor.  Pembunuhan yang melibatkan kaum Melayu tersebut telah menggugat kesabaran terhadap kebiadaban kaum Cina. Pada jam yang berikutnya kira-kira pukul 4 petang, dua orang dari kaum Cina yang menunggang motorsikal dibunuh dan dipancung. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila kumpulan kongsi gelap Cina dan juga serpihan ahli komunis bertindak ganas. Mereka membawa pelbagai senjata tajam dan membunuh sesiapa sahaja kaum Melayu yang dijumpai.
Di Jalan Tunku Abdul Rahman, pemuda-pemuda Cina bertindak mengepung Panggung Odeon iaitu sebuah pawagam. Ayat  berbahasa Cina yang ditayangkan beberapa kali pada layar skrin menyeru supaya penonton dari kaum Cina beredar keluar meninggalkan pawagam terbabit. Setelah semua dari kalangan mereka keluar, pemuda-pemuda Cina terbabit menyerbu dan membunuh kesemua kaum melayu yang berada di dalam pawagam tersebut. Perkara yang sama berlaku di Pawagam Federal yang terletak di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Keadaan yang tidak terkawal menyebabkan banyak kenderaan dan juga bangunan musnah dibakar.  Rejimen Renjer (kini dikenali sebagai Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU) dikerahkan untuk mengawal keadaan di Kampung Baru. Keadaan huru-hara yang berlaku di Kuala Lumpur menyebabkan perintah darurat dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Dengan perintah tersebut, kerajaan parlimen dibubarkan sekaligus menggantung Perlembagaan Persekutuan dan pemerintahan dilakukan secara terus oleh Yang Dipertuan Agong di bawah undang-undang tentera.  Pengisytiharan tersebut diwartakan dan berkuatkuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordinan No.2 (Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149.

Faktor-Faktor Tragedi 13 Mei 1969

·         Sosio-ekonomi yang tidak seimbang.

Dasar pecah dan perintah yang diwujudkan oleh British ketika membawa masuk kaum India dan Cina adalah tidak relevan. Buruh India ditempatkan di ladang dan buruh Cina ditempatkan di kawasan lombong yang akhirnya dibangunkan menjadi bandar. Kaum Melayu menjadi petani dan menjalankan ekonomi sara diri. Pengasingan penempatan secara berkelompok membuatkan tiada aktiviti sosial antara kaum.

·         Latar belakang pendidikan yang berbeza.
Pada zaman penjajahan British, sistem pendidikan terbahagi kepada empat iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Bagi sekolah Melayu, kurikulum yang ditekankan hanya kemahiran membaca, menulis, mengira. Bagi sekolah Cina dan India, kurikulum dari negara asal dibawa masuk dengan kemasukan buku teks dan juga guru dari negara asal. Untuk sekolah Inggeris, hanya golongan elit yang mampu sahaja belajar di situ.
·         Campur tangan politik luar

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan Malaysia ditubuhkan, isu perkauman mula dimainkan di dalam politik dimana parti-parti politik dari kaum Cina mempertikaikan perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu hak istimewa orang Melayu. Parti Tindakan Rakyat(PAP) lantang bersuara menyatakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dan mendakwa hak-hak kaum lain disisihkan. Isu tersebut menimbulkan sikap  prejudis kaum lain terhadap kaum Melayu.




Implikasi Peristiwa 13 Mei 1969

·         Rusuhan kaum tersebut berakhir dengan melibatkan 184 kematian, 356 orang cedera, 753 buah bangunan dibakar dan 211 buah kenderaan musnah.
·         Persepsi dan Integrasi yang negatif antara kaum di Malysia.
·         Perhubungan sosio-ekonomi diantara kaum terputus buat beberapa lama. Peniaga-peniaga yang terdiri dari kaum Cina dan India enggan berurusan dengan kaum Melayu.
·         MAGERAN ditubuhkan dan berfungsi sebagai mengembalikan keamanan dan undang-undang negara, menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara. 
·         MAGERAN telah membentuk prinsip Rukun Negara dan telah dibubarkan pada tahun 1971 setelah Parlimen dipulihkan.
·         Pindaan terhadap beberapa akta perundangan dilakukan membabitkan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan juga Pilihan Raya Majlis Tempatan 1966. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ditubuhkan pada tahun 1960 juga dipinda bertujuan menyekat penyebaran fitnah yang menyentuh sentimen perkauman.
·         Dasar Ekonomi Baru dibentangkan pada 12 Julai 1971 untuk membasmi kemiskinan dengan menambahkan peluang pendapatan dan juga pekerjaan tanpa mengira kaum. Ianya bertujuan untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki keadaan ekonomi yang tidak seimbang supaya dapat mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.






Cadangan Mengelakkan Peristiwa 13 Mei Berulang
Dengan apa yang telah kita lihat kini, banyak program-program yang telah dianjurkan oleh kerajaan menganai integrasi nasional di peringkat kebangsaan. Salah satu program yang memberi kesan ialah Program Latihan Khidmat Negara yang bukan sahaja menekankan kekuatan fizikal, tetapi menekankan perpaduan dan budaya masyarakat lain. Pelancaran Gagasan 1 Malaysia juga memberi kesan yang positif terhadap perpaduan kaum di Malaysia.  Intipati daripada Gagasan 1 Malaysia ialah bersatu tanpa mengira kepelbagaian bangsa, etnik dan juga budaya dan semua pihak bertanggungjawab untuk menjayakannya.
Secara peribadi, saya mencadangkan agar sejarah tragedi 13 Mei 1969 perlu diserapkan di dalam kurikulum sekolah dan juga universiti. Fakta sebenar perlu didedahkan agar masyarakat tidak terpedaya dengan fakta yang telah diputarbelitkan oleh individu atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab di internet. Semua lapisan masyarakat perlu tahu akan peristiwa ini agar ianya memberi pengajaran sekaligus mengelakkan sejarah tersebut berulang. 

Rujukan:   “KONFRONTASI INDONESIA MALAYSIA”, Nik Anuar Nik Mahmud, Penerbit UKM,2000
ISBN 967-942-453-7

Monday, 7 May 2012

Tragedi Hiroshima Sungai Buloh



Hari ni 7 Mei 2012, maka sudah 21 tahun Tragedi Hiroshima Sungai Buluh berlaku. Masa ni aku kecik lagi dan aku tak tahu apa-apa masa kejadian ni berlaku. Seingat aku, selalunya stok bunga api mesti ada setiap kali nak sambut Aidilfitri. Tapi ada satu tahun tu, takde pulak dan tak meriah la raya aku tu.. 









Masa tu mana aku tahu haram ke tak haram bunga api dengan mercun tu. Bila dah besar sikit baru tahu bunga api dengan mercun diharamkan dan mak aku cerita la pasal ada Kilang Mercun meletup di Sungai Buloh. Bright Sparkles nama kilang tu.

Kejadian ni merupakan satu tragedi yang dasyat dalam sejarah Malaysia kerana letupan tersebut bukan sahaja meranapkan kilang tersebut dan juga kilang yang lain, malahan mengorbankan banyak nyawa dan kemusnahan harta benda. Gegaran letupan tersebut boleh dirasai dalam lingkungan 7 kilometer.. Dasyat tuuu... 


Bekas Tapak Kilang Bright Sparkles


Mangsa yang terkorban pula jangan cakap la.. Kalau sebijik mercun bola tu boleh buat jari putus, inikan pula  kilang dia yang meletup. Ada yang cukup sifat, ada yang hanya anggota badan sahaja yang jumpa. Yang tak jumpa langsung pun ada. Kilang tersebut dikatakan beroperasi secara haram dan menggaji pekerja bawah umur. 



Ekoran dari kejadian tersebut, kerajaan membuat langkah drastik dalam penggubalan undang-undang berkaitan serta mengharamkan terus mercun dan bunga api.

p/s: Alfatihah untuk mangsa yang terkorban.

Sunday, 6 May 2012

Fakta Gigi dan Lidah!!!





4 Fakta Yang Tidak Diketahui Ramai


Fakta 1 :
Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda


Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 anda dengan bodohnya mempraktikkannya

Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit ….dan berkata dalam hati “Hampeh..! aku dah
terkena nih!”



Dan…
Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat untuk copy lawak bodoh ni kepada kawan korang yang lain untuk kenakan diaorang seperti korang yang telah terkena.. hahaha (",)

p/s: Damn!!! kenapa aku tak baca sampai habis sebelum aku buat???? 

Sunday, 22 April 2012

Sejak bila Proton menciplak design kenderaan?

Sebelum itu tahniah diucapkan kepada Proton di atas kejayaan terhadap Proton Preve.. Syabas!!! Tajuk mesti mau kasi panas brader.. Tadi ada pulak member sorang ni ternampak Mitsubishi Super Touring kat parking, terus dia bertanya "Eh, Saga tu tiru Mitsubishi yang mana ha?"
Aku pun menjawab, "Ada sebijik tu, cutting lebih kurang Saga jugak.. Nama dia Fi..Fi..Fi ape ntah. Tapi bukan Fiona lah." Geram jugak sebab selama ni aku ingat nama kereta tu..
Masuk je bilik, aku pun terus buat penyiasatan di wikipedia. Baru aku jumpa, Mitsubishi Fiore! 

Proton Saga 1985 dan Mitsubishi Lancer Fiore 1983
Mitsubishi Fiore ini adalah generasi ke-4 bagi model Lancer. Proton membuat sedikit perubahan termasuk sekali dengan lambangnya. Takkan la nak pakai lambang Mitsubishi pulak kan? Untuk model Iswara pula, Proton masih menggunakan rekabentuk yang sama tetapi berlaku perubahan terhadap bumper,grill dan lampu. Kemudian pada tahun 1993, Proton Wira pula diperkenalkan   menggunakan gabungan rekabentuk daripada Mitsubishi Lancer  dan Mirage.

Proton Wira 1.8 1996 dan Mitsubishi Lancer EvoII 1994
Pada tahun 1995, Proton mengeluarkan kenderaan bentuk hatchback iaitu Proton Satria. Kereta ini juga diubahsuai daripada model Mitsubishi Mirage hatchback. Dalam tahun yang sama juga, Proton memperkenalkan Proton Putra yang diambil daripada Mitsubishi Mirage Coupe.

Proton Putra 1995 dan Mitsubishi Mirage 1991
Kemudian Proton mengeluarkan kenderaan yang mempunyai ciri-ciri eksekutif iaitu Proton Perdana dalam tahun yang sama. Ianya diambil daripada model Mitsubishi Galant Eterna.
Proton Perdana 1995 dan Mitsubishi Galant 1992

Kemudian Proton melancarkan Proton Tiara pula dengan saiz yang kompak. Kereta tersebut saling tak tumpah dengan Citroen AX cuma berbeza pada bahagian grill dan bodykit je.

Proton Tiara 1996 dan Citroen AX 1986
Kemudian, Proton melancarkan Proton Waja pada tahun 2000.Kereta yang dilihat sedikit eksekutif dan elegan ini diubahsuai daripada model Mitsubishi Carisma. 

Proton Waja 2000 dan Mitsubishi Carisma 1995
Pada tahun 2001 pula, Proton melancarkan Proton Juara yang diubahsuai daripada Mitsubishi TownBox. 

Proton Juara 2001 dan Mitsubishi TownBox 1999
Perubahan yang dilakukan ialah terhadap bodykit dan juga lain-lain. Kemudian, pada tahun 2011, Proton melancarkan Proton Inspira yang diinspirasi daripada Mitsubishi Lancer Evo X. 
Walaupun ianya diubahsuai daripada platform Evo, enjinnya tidak menggunakan sistem Turbocharger. Habis kuat pun hanya 1000 unit terawal yang menggunakan enjin Mivec.

Proton Inspira 2011 dan Mitsubishi Lancer Evolution X 2007
Baru-baru ini Proton melancarkan model terbaru iaitu Proton Preve pula. Ada pula yang mengatakan ianya diciplak daripada Kia Forte. Kalau tengok pada rupa memang la sama, mungkin sebab permintaan pasaran terhadap konsep kereta tersebut. Takkan orang lain dah keluarkan kereta konsep futuristik kita masih lagi nak keluarkan kereta bentuk kotak macam Saga lama tu lagi kan?

Proton Preve 2012

Kia Forte 2008
Cuba tengok betul-betul dan bezakan sendiri. Jangan salahkan Proton kalau dia nak ciplak ke ape ke. Aku bangga Malaysia mampu mengeluarkan kereta sendiri walaupun pada mulanya cedok daripada luar. Bukan macam segelintir yang hanya tahu mengkritik sahaja. Jangan salahkan Proton, sebaliknya salahkan diri kerana kenapa tidak anda sendiri yang cipta kereta anda sendiri??? Anda berhak mengkritik jika anda mampu mencipta kereta sendiri.. :)
p/s: punya impian untuk create enjin kereta sendiri. (",)

Friday, 20 January 2012

Kembar Seiras

Hari ni aku teman kakak aku pergi ke Giant Seri Kembangan untuk membeli beberapa barang dan sambil tu aku menjaga Rayyan anak kakak aku a.k.a anak saudara aku. Aku pon pergi la ke sebuah kedai buku di situ dan terpandang sebuah buku yang mengisahkan tentang KEMBAR rencana dari National Geografi . Tiba-tiba teringat pulak dengan someone yang selama ni aku tak tahu yang beliau ni ada kembar!!! Aku dan geng-geng aku selalu menyakat minah ni kat cafe. Kitorang ramai-ramai tenung dia lama-lama. Pada suatu hari tu, aku saja buat blog walking dan ternampak muka dia kat blog tu. Tapi yang pelik nya, macam mana boleh ada dua pulak minah ni? Musykil.. Belek punya belek, baru tahu yang tu blog kembar dia la der….Maka, hati aku pun tergerak untuk mengupas dan berkongsi cerita tentang kembar.(cewah!!)



Aku dilahirkan sebagai ‘single’ ok.. tapi ada kembar angkat! Disebabkan muka member aku ni lebih kurang macam aku, ramai kengkawan dan cikgu-cikgu kitorang yang selalu tersilap orang. Huahaha..
Tetapi, sememangnya keluarga aku ni mempunyai genetik kembar kerana aku mempunyai dua orang adik perempuan yang kembar seiras. Kini adik aku yang kembar dua ni sudah menjangkau umur 22 tahun dah. Muka memang seiras tapi perangai memang berbeza. Dari kecik sampai besar pun bergaduh lagi. Kalau masa kecik-kecik dulu, memang pening la mak aku. Semua benda kena beli dua atau tiga jika termasuk aku sekali.. Memandangkan jarak umur aku dengan diorang ni tak jauh, maka barangan keperluan aku seperti susu, pampers dan lain-lain tersenarai sekali dengan wishlist diorang.

Mengikut fakta, kejadian kelahiran kembar berlaku 1/80 kelahiran dan kerana faktor genetik, ianya bukan mustahil untuk berlaku berulang kali dalam satu keturunan. Selain dari faktor genetik, penggunaan hormon ‘gonadotrophin’ dapat meningkatkan kebarangkalian kelahiran kembar. Kelahiran kembar ini bergantung kepada perempuan dan tidak mungkin lelaki yang melahirkannya betul tak? Hehehe.. maksud saya, kelahiran kembar bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh perempuan. Kelahiran kembar seiras berlaku apabila satu telur disenyawakan dengan satu sperma manakala kembar tak seiras berlaku apabila dua telur yang berlainan disenyawakan dengan dua sperma yang berlainan.




Bagi kembar seiras, sel telur yang disenyawakan akan berpecah sekitar 14 hari selepas kehamilan. Mereka ini mempunyai sel genetik dan kromosom yang sama. Disebabkan itu, mereka mempunyai sifat fizikal yang sama. Ikatan yang sungguh kuat ini menyebabkan mereka lebih gemar meluangkan masa bersama. Walaupun sifat mereka kebanyakkan sama, tidak mustahil untuk mereka bergaduh kerana berbeza pendapat.

KESAN
Kelahiran kembar sememangnya menjadi sesuatu yang diidamkan oleh setiap pasangan ibu dan bapa. Tetapi tahukah anda ianya terlalu berisiko?
Ini kerana ianya terdapat beberapa komplikasi seperti KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG. Ini kerana proses matang kandungan kembar berakhir 2-3 minggu lebih awal dari kandungan biasa.
TWIN TO TWIN TRANSFUSION terjadi jika pengaliran darah yang tidak seimbang pada kedua-dua bayi semasa kandungan. hal ini terjadi jika terdapat pembentukan salur darah yang tidak normal pada kandungan. Kebanyakan kelahiran kembar memerlukan kelahiran secara PEMBEDAHAN CAESAREAN kerana kemungkinan kedudukan kepala bayi di dalam kandungan berada pada posisi songsang atau untuk mencegah komplikasi yang mungkin berlaku pada bayi kedua selepas bayi pertama berjaya dilahirkan. PLACENTA PREVIA berlaku apabila kedudukan uri yang terlalu bawah kerana saiznya  yang besar dan mengakibatkan pendarahan.

Walaupun terdapat pelbagai risiko, kita sebagai umat Islam hendaklah redha dengan segala Qada’ dan Qadar Allah S.W.T.  Anak-anak adalah rezeki yang diamanahkan ALLAH kepada hambanya dan peliharalah sebaiknya.

Wednesday, 18 January 2012

Angkasawan Pertama Malaysia




Angkasa..kalo sebut gerenti sesapa pon tau...
Angkasa adalah kawasan dari muka bumi ini..
Dan,didalam al-Quran juga ada definisinya...
Angkasa itu adalah langit..

Ahhh..peduli apa...
Yg aku nk citer pasal angkasawan pertama malaysia...
Syed Muzaffar,manusia bertuah dimuka bumi di negara yg bergelar Malaysia..
Syed Muzaffar sangat bertuah sesangat..
Tapi..ada satu kejadian yg membuatkan beliau pilu dan sedih..
Kejadian ini berlaku semasa beliau dlm perjalanan turun ke bumi bersama angkasawan yg lain..


Inilah dialog yg telah ditranslate dan membuat beliau terkilan sesangat..

Angkasawan Rusia  : Syed Muzaff,tahu tak kamu?
Syed Muzaffar           : Apa dia?
Angkasawan Rusia  : 
Aku baru dapat berita ini. Sebenarnya,kamu bukanlah rakyat Malaysia 
                                      pertama yg sampai ke angkasa.
Syed Muzaffar           : Hah? Ko biar betul? Sapa rakyat Malaysia yg pertama naik ke angkasa 
                                      tu? (sambil terkejut)
Angkasawan Rusia   : Kalau kau nk tahu...rakyat malaysia pertama yg sampai ke angkasa 
                                       tu..nama dia...

|

|
|
|
|
|
V





...AYAH PIN!!

Kuang kuang kuang!! kui kui kui...kekekeke...kena korang..ahaha..!!

Senarai DUN PilihanRaya





1. DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam
2. DUN yg paling takde rasa . DUN Air Tawar
3. DUN yg paling panas , DUN Pedas.
4. DUN yg paling miskin . DUN Sekupang
5. DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
6. DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
7. DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
8. DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
9. DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
10. DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.
11. DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
12. DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.
13. DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
14. DUN banyak air , DUN Ampangan
15. DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.
16. DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
17. DUN paling bahaya , DUN Baling.
18. DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.
19. DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
20. DUN ada binatang , DUN Kijang
21. DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
22. DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK