MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Friday, 18 May 2012

Rancangan Kanak-Kanak Era 90an

Kali ni aku nak cerita pasal rancangan yang bukan kartun ataupun superhero, aku nak cerita pasal rancangan kanak-kanak yang menggunakan costum, puppet, maskot dan gameshow.
Selalunya cerita cenggini ditayangkan hari Sabtu dan Ahad kecuali Sesame Street yang memang ditayangkan setiap pagi. Cerita Sesame Street dia ajar aku dari huruf A-Z dan memang jadi kegemaran aku cerita ni. 

Cerita ni ada versi Bahasa Melayu dan English dan kalau yang English ni buat mulut aku ternganga je la.
Sesame Street
Lepas tu ingat lagi tak dengan cerita ALONG?
Yup, yang kucing berdiri tu. Yang aku ingat ada segmen ELA & ELI yang mengajar resepi tetapi bukan mengajar memasak. Yang paling aku tak lupa nama resepi tu `Cempedak di Luar Pagar’, cara dia susun buah cempedak atas pinggan dan cucuk cempedak menggunakan pencungkil gigi.

ALONG
Dan segmen yang paling aku tak lupa ialah segmen SITI SIFIR yang akan mengajar kita sifir sambil menyanyi irama lagu ALONG. Kalau cikgu tanya pasal sifir kat sekolah, confirm jawab sambil menyanyi! Hahaha...

Di Mana Joe Jambul
Korang ingat lagi gameshow `Di Mana Joe Jambul’???
Memang berjambul kepala otak mengingatkan cerita tu. Gameshow yang mengisahkan kumpulan penjenayah Joe Jambul.  Budak-budak yang masuk rancangan tu kena cari Joe Jambul tu dan segmen yang aku suka ialah letakkan tiang-tiang di atas peta tu.

Banyak lagi cerita yang aku nak cerita, tapi gambar takde susah nak cerita. Contohnya macam PINTAR PINTAS. Kena bina perkataan guna huruf yang ada. Pengacara pulak nama dia Coach Rosman...
Barney And Friends

Lepas tu ada Barney and Friends, lagu dia one and two, two and three, bla..bla..bla...
Then, ada rancangan Teletubbies yang matahari  dalam cerita tu muka baby.  Tekan perut ada keluar gambar perut dia, tanduk pulak berlampu-lampu. Yang syoknya Teletubbies ni dia lompat dan berlaga perut, sampaikan aku dengan kawan aku buat macam tu. Terpelanting aku berlaga dengan kawan aku yang besar.
Teletubbies
Akhir sekali aku nak cerita Timang Tinggi-Tinggi. Yang ni memang lawak sebab cikgu aku cakap muka aku macam muka Atan dalam watak tu. Bukan cikgu aku sorang yang cakap macam tu, kawan-kawan aku time aku dah habis sekolah pun cakap macam tu. Tapi satu je aku nak cakap, aku lagi hensem dari Atan tu ok! Hahaha...

Untuk Lihat Kartun Jepun Zaman 90an KLIK SINI
Untuk Lihat Kartun Eropah Zaman 90an KLIK SINI
Untuk Lihat Superhero Jepun Zaman 90an KLIK SINI

p/s: Tajam jugak memori aku ni lagi... haaaa

Superhero Eropah zaman 90an

Aku dah tak larat nak bercerita tentang zaman 90an ni sebab banyak sangat weh... Yang mana aku boleh cerita aku akan cuba ceritakan. Kali ni entri aku pasal Superhuman@Superhero zaman aku kanak-kanak dulu.. Macam-Macam Ada! Ada Hulk, Batman, Superman, Spiderman, Keluangman, Suparman, Suparjo, Supermarkat..


Yang aku nak fokuskan kat sini berkenaan cerita yang telah dilupakan oleh member-member aku dan yang masih ingat tentang cerita ini, TAHNIAH! We're the same!


Superboy
Aku percaya, ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan Superboy kan? Aku tak ingat cerita dia macam mana, tapi yang aku tau memang aku pernah tengok cerita yang bertajuk Superboy!
Superhuman Samurai
Cerita ni pun member aku tak tahu.. Cerita ni ditayangkan setiap hari dalam pukul 7 malam sebelum maghrib. Aku masih ingat lagi, aku layan cerita ni sementara tunggu kawan aku datang rumah nak pergi ke surau.
The Flash
Cerita ni mungkin ramai yang tahu sebab ada komik pasal dia. Tapi member aku pun tak tahu pasal ni..

Nightman
Cerita Nightman ni best sebab mata Nightnman ni ada lampu warna merah. Bila kat sekolah masing-masing berebut nak jadi Nightman.
Power Rangers
Yang ni kalau tak tahu lagi memang duduk dalam gua semasa zaman 90an.. Go Go Power Rangers....

p/s: Rasa-rasanya banyak lagi cerita lebih kurang macam ni.. Apa lagi ye?



Untuk Lihat Kartun Jepun Zaman 90an KLIK SINI
Untuk Lihat Kartun Eropah Zaman 90an KLIK SINI
Untuk Lihat Superhero Jepun Zaman 90an KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK