MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Friday, 13 January 2017

Eh, Dah Tahun 2017!!!



Pejam celik, pejam celik dah tahun 2017. Alhamdulillah dengan izinNya, tahun 2016 adalah tahun yang agak produktif bagi aku. Masa yang berlalu sepanjang tahun 2016 digunakan sepenuhnya menghadap job yang bertimbun. Yes, I'm a workaholic! But, aku akan reward diri aku dengan berjimba selama seminggu setiap kali selesai satu projek.

Aku mempunyai beberapa pelanggan tetap samada yang datangnya dari syarikat atau individu. Aku diberi kepercayaan melaksanakan tugasan yang diberi dalam tempoh yang singkat sebab kebanyakkan client aku ni tau cakap 'urgent' je. Tapi kalau melibatkan consultation, tau pulak cakap 'take your time'. hahaha
Tapi aku sedar, dalam perniagaan ni ada dua benda yang berharga iaitu MASA dan DUIT. So, aku perlu  kejar masa supaya dapat mengikat pelanggan. Kelebihan aku adalah dapat siapkan job dalam masa yang ditetapkan dengan harga yang berpatutan. Hasil kerja aku selalunya ada 'wow factor' sebab client tak provide apa-apa pun. Diorang request nak benda macam ni dan function macam (special feutures) ni tanpa ada drawing dan schematic diagram. So, aku la project manager, engineer, drafter, fabricator, think tanker semua bagai dan ada beberapa orang pembantu.

Buat masa ni aku masih tak mampu nak hire pekerja tetap sebab masih kabur dengan market demand. Apa yang aku buat ni agak rare dan bergantung dengan permintaan industri. Rasa macam susah nak sustain kat Malaysia ni yang kebanyakkannya adalah 'end user'.

Jig untuk vibration testing

Wiring harness assembly station
External tank for dynamometer test
ECU casing for electrostatic test


Spark Ignition System for Gas Turbine Engine


Ini kandang puyuh je la! Tapi prototype untuk spray antibacteria dalam tu.

ECU Test Bench (under construction). Yang Ford Escort kat belakang tu projek masa lapang. 

External Fuel Tank untuk enjin EFI. Time ni under construction lagi. hahaha

Gambar di atas ni adalah sebahagian job yang aku dapat sepanjang tahun 2016. Ada yang terpaksa censored dan ada yang tak dipaparkan sebab berkait dengan IP produk yang sedang dipatenkan. Baru-baru ni aku sibuk dengan patent searching sebab nak patentkan satu produk yang telah dilakukan penambahbaikan (improvement). Kalau aku free nanti, boleh la aku ulas sikit pasal Intellectual Property dan patent ye. 

Berbalik kepada topik tahun 2017 ni, aku ada beberapa target besar yang aku nak capai pada tahun ni. Selain Master Engineering, aku nak dapatkan second diploma pada tahun ni. Aku juga sedang mula menyusun perancangan untuk dapatkan Ir. dan 'Technologist' dalam tempoh 5 tahun dari sekarang. (Pergghhhh.. macam Rancangan Malaysia ke Sebelas pulak)

p/s: Semoga anda semua dilimpahi rezeki yang diberkati.. Aminnn
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK