Ramai yang terfikir apabila menyambung pelajaran nanti semakin banyak kita menanggung hutang. Dari bangku sekolah sehingga SPM.. Dah lulus SPM sambung STPM,Diploma. Semasa diploma pun selalu ikat perut, PTPTN cukup-cukup untuk 2-3 bulan je.. Bila dah berjaya menggenggam diploma, rasa dah merdeka sangat kan? Masa tu ada sebilangan yang sudah bekerjaya dan ada yang tidak. Semasa bekerja, mungkin sesetengah tu terfikir untuk menyambung pelajaran. Tapi kan bekerja itu lebih untung daripada menyambung pengajian? Sampai bila nak study? Soalan yang selalu bermain di fikiran ialah, siapa yang nak tanggung??
Ada pinjaman pun masih tidak cukup menampung perbelanjaan seharian kita. Tapi tidakkah kita terfikir melanjutkan pengajian adalah sesuatu yang lebih baik daripada terus bekerja dengan makan gaji berkelulusan sedia ada?
Melalui pengalaman yang pernah berkerja sebagai juruteknik sebuah kilang Semiconductor, poket memang tak pernah kering. Seluk poket je mesti ada kertas muka agong je. Basic rm 1400, campur elaun semua rm2400.. Tiap kali cuti mesti pusing Malaysia..
Apabila menerima surat tawaran melanjutkan pengajian, soalan-soalan di atas mengaju fikiran. Sebagai jawapan kepada soalan itu tadi, ianya dijawab dengan soalan kembali. Kenapa kita tidak boleh sedangkan orang lain boleh? Selama mana kamu nak bergaji sebanyak tu? Kita tiada impian berumah besar, berkereta besar seperti orang lain? Berapa lama kita nak duduk di dalam tekanan bekerja sebegini?
Walaupun kita menyambung pengajian dengan bebanan hutang yang meningkat, tetapi kerjaya kita di masa kelak akan tetap meningkat. Apa salahnya berkorban untuk 3-4 tahun untuk hidup sehingga ke hari tua nanti. Menuntut ilmu adalah jihad fisabilillah dan tiada batas umurnya. Titik mula untuk berjaya adalah sejak sebelum kita dilahirkan dan kejayaan tiada titk penamat. Manfaatkan masa yang ada untuk melakar masa depan kita dan jangan menoleh kebelakang sekiranya hampir kecundang. Titik kegagalan hanya ada pada orang yang tiada semangat untuk hidup. Jangan biarkan KEHENDAK mengatasi KEPERLUAN..
No comments:
Post a Comment