Okey, setelah aku ceritakan dekat member aku iaitu Ajib dan Acap, baru aku teringat nk post kat sini. Metal Detecting ni selalunya kitorang panggil MD, iaitu operasi mencari logam2 yang dah lama duduk kat bawah tanah. Tak kira la tanah mana-mana pun, sampai kat dalam rumah pun kami cari. Kalau buat dekat tempat public, mesti jadi perhatian punya lah. Diorang ingat aku cari periuk api..Hahaha..
Metal Detector |
Harga barang ni boleh tahan jugak la harganya, ada yang bawah RM1k, ada yang banyak K nya..Tapi pasal minat, kena la beli. Aku beli??? Eh, tak lah.. Aku setakat follow abang ipar aku je, jadi dia yang punya benda ni. Aku ni kira tukang survey tempat dan tukang korek tanah je la..Gamaknya blog abang ipar aku tu pun tulis benda yang sama yang aku ni tukang korek je.. Hhahaha..
Nak guna benda ni takdelah susah mana, sebab dimana ada logam disitu dia bagi bunyi signal. Yang tak best nya benda ni, sampai ke perencah maggi pun dia boleh detect. Ada sekali tu, kami pergi buat MD kat kebun aku. Dapatlah tiga keping syiling lama dan yang peliknya ada pulak kotak rokok Dunhill baru (Reloc) di kedalaman yang lebih dalam daripada syiling tersebut. Konpius giler..
Ini dekat kebun aku. |
Syiling China |
Yang paling syok ada sekali tu kami buat MD di Stesyen Keretapi Tinggal, cari dalam tanah tak dapat apa pun. Entah macam mana, abang ipar aku pergi scan di dinding. Jumpa syiling 20sen tahun 73 dalam keadaan seperti baru lagi. Senyum sampai ke telinga la dia.. Hahahaa..
Stesyen Keretapi Bukit Berapit |
Sebutir kelongsong mempunyai cerita tersendiri... |
p/s: takut kalau terjumpa bom..
No comments:
Post a Comment