Dari hari Jumaat kelmarin aku cadang nak mencari pantai, bukan nk mandi just nak cari mood tengok laut ni. Apa salahnya sekali sekala tengok permandangan yang lapang kat laut tu, rasa tenteram jiwa.. Hahahaa..
Hari ni aku pinjam motor member aku, aku pun merempit pergi ke Pantai Reakeasi Sungai Punggur di Rengit. On the way aku terserempak dengan kemalangan 4 buah kereta tapi tak teruk sampai membawa maut pun. Aku pun patah balik, terus ambil gambar, ada la modal nak sembang dengan member nanti. Nak tengok gambar tersebut klik SINI. Sebenarnya aku nak mencari Pantai Perpat, tapi dah lewat. Aku pun pergi la Pantai Punggur buat kali kedua. Layan jugak merempit ni, dah lama tak bawak motor jalan jauh (alah 20KM je..)
Sampai je kat sana, aku tak cakap banyak terus order nasi goreng ayam dan teh ais. Ramai jugak orang kat situ, sebelum ni aku pergi time senja memang lah takde orang.
Selesai je makan, aku pun beli keropok ikan satu terus melepak kat benteng batu kat situ sambil ambik gambar. Lepas puas ambik gambar aku pun balik. Bila cek balik gambar kat laptop, ada jugak yang kabur.. Rupanya ada habuk kat lense tu, cisss..
p/s: Bila la nak pergi ke Pantai Perpat ni..
p/s: Bila la nak pergi ke Pantai Perpat ni..
No comments:
Post a Comment