MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Friday, 18 May 2012

Superhero Eropah zaman 90an

Aku dah tak larat nak bercerita tentang zaman 90an ni sebab banyak sangat weh... Yang mana aku boleh cerita aku akan cuba ceritakan. Kali ni entri aku pasal Superhuman@Superhero zaman aku kanak-kanak dulu.. Macam-Macam Ada! Ada Hulk, Batman, Superman, Spiderman, Keluangman, Suparman, Suparjo, Supermarkat..


Yang aku nak fokuskan kat sini berkenaan cerita yang telah dilupakan oleh member-member aku dan yang masih ingat tentang cerita ini, TAHNIAH! We're the same!


Superboy
Aku percaya, ramai yang tidak mengetahui tentang kewujudan Superboy kan? Aku tak ingat cerita dia macam mana, tapi yang aku tau memang aku pernah tengok cerita yang bertajuk Superboy!
Superhuman Samurai
Cerita ni pun member aku tak tahu.. Cerita ni ditayangkan setiap hari dalam pukul 7 malam sebelum maghrib. Aku masih ingat lagi, aku layan cerita ni sementara tunggu kawan aku datang rumah nak pergi ke surau.
The Flash
Cerita ni mungkin ramai yang tahu sebab ada komik pasal dia. Tapi member aku pun tak tahu pasal ni..

Nightman
Cerita Nightman ni best sebab mata Nightnman ni ada lampu warna merah. Bila kat sekolah masing-masing berebut nak jadi Nightman.
Power Rangers
Yang ni kalau tak tahu lagi memang duduk dalam gua semasa zaman 90an.. Go Go Power Rangers....

p/s: Rasa-rasanya banyak lagi cerita lebih kurang macam ni.. Apa lagi ye?



Untuk Lihat Kartun Jepun Zaman 90an KLIK SINI
Untuk Lihat Kartun Eropah Zaman 90an KLIK SINI
Untuk Lihat Superhero Jepun Zaman 90an KLIK SINI

2 comments:

  1. aq mmg mnat cter nightman dlu....mner nak cari skang cter ni....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK