MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Saturday 13 October 2012

Konsep Aliran Elektrik

Alhamdulillah, dah post yang ke-100 dah pun. Pernah guna pili atau kepala paip? Tipu sangat kalau tak pernah guna. Nanti hidung jadi macam Pinochio karang. Lainlah kalau seumur hidup mandi guna air telaga.




Andaikan kepala paip tu sebagai perintang, paip sebagai wayar dan tangki air sebagai bateri. Tangki membekalkan air dan melalui paip tersebut. Tekanan di dalam tangki tu ibarat Voltan. Kalau tekanan tinggi, maknanya voltannya tinggi. Apabila air tersebut masuk ke dalam paip, aliran air tersebut bergerak laju dan banyak. Macam tu lah arus elektrik mengalir. Bila kita buka kepala paip, air akan mengalir keluar. Tapi kalau kita tutup sikit kepala paip tu, air mengalir dengan kuantiti yang sedikit dan perlahan. Jadi, kepala paip tu kita anggapkan sebagai perintang yang menyekat tekanan dan kuantiti air yang mengalir. 

Gambar di bawah ini mungkin boleh membantu pemahaman konsep ni.


Voltan memberikan daya untuk menggerakkan sejumlah arus elektrik melalui pengalir, Rintangan pula menyekat jumlah arus yang mengalir tersebut. Mudah je kan?

Tips mengahafal persamaan menggunakan Segitiga VIR

Pernah tengok segitiga ni? Ini takde kena mengena dengan agenda freemason dan illuminati okey!



Segitiga ni aku jarang guna sebab aku hafal equation V=IR je. Kalau nak cari  I atau R, just terbalikkan equation tu. Kalau nak guna figure ni, kena ingat kedudukan V perlu diletakkan di atas. 
Kalau kita nak cari nilai Voltage, tutup huruf V dengan jari. Kalau tak nak guna jari, guna pemadam pon boleh. Takpe.... hahaha
Okey, be serious! Bila kita dah tutup huruf V tu, kita boleh lihat huruf I dan R berada bersebelahan. Oleh itu, kita darabkan I dengan R tu. Kalau kita nak cari nilai I pula, kita tutup huruf I dan boleh lihat V berada di atas R. Oleh itu, kita bahagikan V kepada R. 
Kalau kita nak cari nilai R, kita tutup R. Kita boleh lihat V berada di atas I. Then, kita bahagikan V kepada I. Senaaaaaannnggg.....

Untuk lebih memahami konsep hubungkait antara Voltage, Resistance dan Current, klik SINI.

Asas Elektrik

Assalamuailaikum pembuka bicara.. Ecewah! Cantik semacam bahasa.. Jawab, jangan tak jawab salam tu..
Memandangkan mechanical engineering ni ada relate dengan elektrik, so post kali ini nak menceritakan serba sedikit tentang elektrik. Aku tak hebat mana pun pasal elektrik ni, tapi kalau simpan ilmu yang sedikit ni nak buat apa kan? Tak rugi pun kalau aku share dengan orang. Sesetengah orang boleh hafal semua, tapi konsep zero. Bila nak apply kat sistem, ternganga luas sampai lalat besar penumbuk boleh masuk.

Firstly, apa yang patut kita tahu ialah definisi litar elektrik.


Litar elektrik ialah satu sambungan yang lengkap antara beberapa elemen seperti sumber elektrik dan beban menggunakan pengalir. Beban yang dimaksudkan di sini ialah komponen elektrik seperti mentol, perintang dan lain-lain. Pengalir pula terdiri daripada bahan konduktor elektrik seperti wayar.

Secara basic, dalam sebuah litar yang lengkap ada beberapa elemen yang kita patut tahu iaitu Voltan, Arus dan Rintangan.
Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik (koduktor). Unit untuk voltan ialah Volt (V). 
Arus (current) ialah jumlah elektron yang mengalir di dalam konduktor tersebut. Unit untuk arus ialah Ampere (A) dan simbolnya ialah I.
Rintangan (resistance) ialah halangan yang menyekat jumlah elektron untuk mengalir di dalam konduktor. Kalau current dan voltage melalui resistor, nilainya akan menurun. Unit untuk rintangan ialah Ohm (Ω) simbolnya ialah R.

Oleh itu, Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan.

Ingat betul-betul statement ni. Kalau bukan sebab lecturer aku buat kuiz pasal Ohm's Law ni, sampai sekarang aku tak ingat kot.

Based on this statement, kita boleh dapat equation macam ni.
V=IR..........1
I=V/R.........2
R=V/I ........3

Simple kan? Tapi ada jugak yang tak boleh nak ingat benda ni. Nak senang ingat, klik SINI.
Untuk memahami konsep pula klik SINI.

p/s: Sabda Rasulullah SAW: “Apabila mati seseorang anak adam itu maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK