MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Thursday 22 December 2011

Permandangan Tanjung Balau, Johor

Gambar ni aku ambik di Tanjung Balau, Johor. Aku ni memang suka dengan laut. Bukan sebab nak mandi punya pasal, tapi sebab aku suka dengan permandangan yang indah nan permai..(Cewahh!)
Terasa luas je permandangan bila tengok laut ni.. Satu-satunya tempat yang kita boleh melihat permandangan ufuk. Hajat di hati nak tengok matahari terbit tapi pagi tu cuaca mendung la pulak.. Dah lama jugak tak tengok matahari terbit. Dulu hari-hari tengok time duduk di Pasir Putih Kelantan. Rindunya kenangan waktu tu.. sob3.. :(







Murtad dan hukumnya??

Haa... Mari kita bercakap tentang agama sikit ye.. Ini sebenarnya group asignment aku nih. Akhir-akhir ni bukan main lagi kes-kes murtad kita dengar kat media. Aku bukannya arif sangat dengan hukum hakam agama ni walaupun dulu sekolah SMKA. Ilmu ni tak terbatas dan tiada seorang pon yang cukup ilmu di dunia ni. Dengan berbekalkan ilmu yang ada time study di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Perak dulu, aku kini menjadi insan yang berguna.. Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah,"Insan yang cemerlang datang dari akal ye. ye? ye!"...Okay enough! balik ke topik asal ye!!!


Definisi Murtad dari sudut bahasa ialah berasal dari perkataan arab, Riddah yang bermaksud kembali kepada sesuatu yang lain. Dari sudut istilah ianya membawa maksud seorang muslim yang Mukallaf yang keluar daripada Islam samada dengan kepercayaan, perkataan dan perbuatan atas kerelaan dirinya.

Hukum Murtad

Hukum murtad tidak dijelaskan di dalam Al-Quran. Tetapi dijelaskan oleh hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Jika seseorang itu keluar dari Islam maka bunuhlah dia".-Riwayat Al-Bukhari. Hadis ini dipercayai sebagai hadis ahad iaitu hadis yang berdiri dengan sendiri kerana terputus perawi hadis antara Iqramah dengan Ibnu Abbas dan Ibnu Abbas dengan Rasulullah.
Para ulama' bersepakat hukuman bunuh dikenakan bagi orang yang murtad, akan tetapi ianya bertentangan dengan ayat 256 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud,"Tiada paksaan dalam agama kerana telah nyata kebenaran dari kesesatan".
Hukum bunuh terhadap murtad diperkuatkan oleh sebuah hadis yang bermaksud, "Dari Ibnu Mas'ud dan Aisyah R.A.,Rasulullah bersabda: Tidak halal darah bagi seseorang Muslim itu selain dari tiga sebab iaitu berzina setelah menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan meninggalkan agama(murtad).-Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud.

Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang mengecam sekerasnya orang yang murtad:
  1. Surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud, Dan sesiapa yang murtad dikalangan kamu daripada agamanya lalu dia mati dalam kekufuran maka terhapulah segala pahala amalan di dunia dan akhirat,dan mereka itu adalah penghuni neraka yang kekal di dalamnya.
  2. Surah An-Nisa ayat 137 yang bermaksud, Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian kafir dan bertambah-tambah kekufuran mereka selepas itu, Allah tidak akan mengampuni mereka dan  tidak akan menunjukkan jalan yang benar.
  3. Surah Al-Maidah ayat 21 yang bermaksud, Janganlah kamu berpaling tadah ke belakang(murtad) maka kamu akan rugi-seruginya. 
  4. Surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud, Sesiapa yang murtad dikalangan kamu daripada agamanya maka sesungguhnya Allah S.W.T. akan menggantikan mereka itu dengan satu kaum yang benar-benar dikasihi Allah dan mereka juga mengasihi-Nya.
Akhir kata, saya ingin memohon maaf dan tunjuk ajar sekiranya artikel ini ada kekurangan dan kesilapan. Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita bersama..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK