MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Thursday 22 March 2012

Himpunan Syiling Lama!!

Kalau kumpul-kumpul koleksi ni, memang sesetengah orang akan kata MEMBAZIR.. Tapi kalau memang betul-betul minat buat koleksi mesti cakap benda yang BEST punyer...
Masa zaman kanak-kanak dulu, saya ada macam-macam koleksi tapi semuanya bukanlah benda mahal-mahal memandangkan hidup pun tak senang mana pun. Sampaikan lighter jenama Cricket yang dah habis gas tu pun saya simpan buat koleksi. Sticker, setem dan macam-macam lagi la.. Tapi semuanya dah lesap sebab pindah rumah.. ada jugak yang kena buang sebab Mak kata buat semak rumah..
Semasa sekolah menengah pulak, saya suka simpan barang-barang lama sebab Pakcik saya sorang ni selalu beli gadget masa dia muda-muda. Ada Pager (alat kelui, kalau tak tahu search la google.hehe.), kaset-kaset lama, radio lama, tv lama, kamera lama dan macam-macam benda yang susah nak jumpa sekarang.. Tapi HILANG jugak benda-benda tu.. TENSION sungguh.. hahaha..
Baru-baru ni abang ipar saya ada pulak hobi baru iaitu koleksi syiling lama. Bukan syiling yang di bumbung tu ye.. Baru la saya teringat yang saya ada simpan syiling-syiling lama semasa saya darjah dua. Syiling-syiling tu semua yang saya dan family jumpa di rumah saya dulu.. Nasib baik la mak saya masih simpan syiling-syiling tu. Kalau tidak, hilang jugak macam koleksi yang lain-lain..



Koleksi Syiling 1 sen sehingga 2007

Syiling Singapore

Syiling Straits Settlements

Syiling Straits Settlements (zaman penjajahan Bitish)

Syiling Malaya and British Borneo


Syiling 1 sen Malaya and British Borneo

Syiling Thailand

Syiling Indonesia

Syiling New Zealand

Syiling 1 Dollar Australia

Syiling Italy

Syiling Hungary

Syiling USA

Yang ini tinggal satu je.. hahaha
So, bila dah bertemu balik dengan benda ni bolehlah sambung balik hobi ni.. Esoknya terus pergi pasar karat di Ipoh dan juga buat Metal Detector (MD).. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK