MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Monday 26 March 2012

Pasar Karat Loken @ Ipoh

Pernah dengar nama Loken tak? ade juga yang sebut Loking, Lowken dan ntahapehape lagi lah.. Yang penting sekarang nama dia Memory Lane, tapi still orang panggil Loken. Dulu letaknya Loken ni berdekatan tepi sungai Ulu Kinta di tengah-tengah Bandaraya Ipoh. Sekarang ni letaknya di tapak Gerbang Malam Ipoh. Loken tu menatang ape? Ada ape dengan Loken ni? 
Haaaa... Ni cek nak habaq mai ni.. 
Loken ni adalah sebuah pasar karat yang cukup terkenal di Perak. Cakap je nak barang apa, possibility nak jumpa tu 70%.. hahaha.. 


Pasar ni memang besar beb! Segala benda petala alam mungkin boleh jumpa kat sini. Daripada sekecik-kecik barang sampai la ke besar, boleh cari di sini. Ada radio lama, kaset, cd, piring hitam, typewriter, syiling lama, perhiasan lama, barangan elektrik lama, kamera lama, powerAmp, cd player, TV, mainan, lighter, karburator dan sparepart kenderaan pun adeeee... 


Aku selalu pergi sini bukan nak beli barang buat koleksi ke ape ke, selalunya aku pergi sini cari sparepart barang-barang Vespa dan kereta je. Kalau bernasib baik, jumpa la yang original punye.. Kadang-kadang cari sparepart gadget lama macam kamera, walkman, discman dan macam-macam lagi lah. Nak dibuang sayang, sebab sentimental value tu penting... Kadang-kadang cari barang untuk projek DIY aku, kalau nak beli barang baru mahal sangat.. Kalau projek fail, rugi besar pulak. 


Kalau korang ni pengumpul barang-barang lama, memang aku syorkan korang datang la ke sini. Harga dia berpatutan la jugak, maklumlah barang RARE... Tapi kalau pandai main harga, takpun kalau mulut korang manis pandai bodek tokey kat situ, silap-silap dapat free la kut.. hahahahaha(gelak aje aku nih!)


Nak cerita banyak-banyak dah tak larat nak cerita beb. Kalau korang pergi ke Perak, jangan lupa singgah Loken.. Especially peminat barang antik, memang heaven! Yang tak minat tu singgah la jugak, boleh la memeriahkan majlis kat situ.. Pergi dulu, baru tahu....(",)

Sunday 25 March 2012

Terlajak ke Teluk Cempedak..

Hari ni memang hari memenatkan bagi aku. Mana tak nyer, pukul 7pagi dah kena gegar dengan kawan ke Rompin, Pahang untuk berjumpa dengan Tok Batin di Perkampungan Orang Asli di sana. Masa dalam perjalanan dari Batu Pahat tu mata aku memang terlelap tidur-tidur ayam je.. Sedar-sedar dah sampai ke kampung tersebut. Bila masuk je kampung tu terkejut la jugak, rumah aku pun takde kuali astro atas bumbung. Sampai kat rumah Tok Batin tu, coverage handphone terus full bar. Mana tak nyer, dah pencawang tu dekat laman rumah dia je..


Lepas bersembang tak sampai setengah jam dengan Tok Batin tu, kitorang semua pun beredar. Ada seorang member ni ajak pegi Kuantan. Dia cakap tak jauh pun dari Rompin tu, so go on je la.. Aku pun menahan kelopak mata ni supaya tak tidur, kalau tidur nanti confirm muka macam reban ayam bila sampai Kuantan.. Ye la, kata tadi tak jauh.. Bila dah rasa lama, aku pun tengok jam. Rupanya dah setengah jam tak sampai-sampai.. Cettt... Rupanya perjalanan dari Rompin ke Kuantan lebih kurang sejam. Kalau aku tau awal-awal, baik aku tidur je..


Sampai di Kuantan kitorang terus pergi Teluk Cempedak. Waaaaaaaaaaauuuuuuuu... Cantik air nye... Kaler BIRU........ Member yang beriya-iya mengajak kitorang tadi terus menghilangkan diri. MISSING IN ACTION la konon.. rupanye dia pergi jumpa member-member dia kat area Kuantan tu senyap-senyap... Patutlah beriya-iya mengajak.. Yang member lagi sorang ni pulak, pergi jumpa awwwwek dia. Patut jugaklah dia beriya-iya bersetuju pergi ke Kuantan.. Hahahaha... Aku macam biasa, mesti bawak kamera yang hukum karma ni.. (Tapi masih OK lagi, cuma dah out of date)..
Ada certain shot aku guna camera OLYMPUS AZ330, kamera tahun 90an yang guna filem tu.. Tak sabar nak tengok hasilnya..


Panjang bebenor sembang nye ye?? Di sini ade la sekeping dua gambar yang nak dikongsikan dengan anda semua..










Dah puas mengukur keluasan Pantai Teluk Cempedak, kitorang pun balik dan singgah minum dulu di Taman Esplanade Kuantan di Bandar Kuantan..



Disebabkan aku tidur time pergi pagi tadi, dengan ini aku diperintahkan untuk drive pulang.. Ada jugak suara yang nak pergi menghala ke Kuala Terengganu terus petang tadi.. Dah, dah!! Aku dah penat ni, Jom balik! 
Alhamdulillah, kitorang selamat sampai ke destinasi...

Friday 23 March 2012

Sejukkan Badan di Hutan Lipur Ulu Kenas

Hutan Lipur Ulu Kenas ni terletak kira-kira 15 minit dari Bandar Diraja Kuala Kangsar. Masa ni cuaca panas sangat, jadi kami decide nak pergi ke sini. Bila sampai je terus hujan pulak. So, tak dapat lah nak mandi sebab bahaya. Biasanya kalau lepas hujan, air dari atas gunung ni akan turun macam air bah ataupun kepala air. Lepas basuh kaki di sungai tu, saya pun snap la beberapa keping gambar supaya kedatangan kami ke sana tak menjadi sia-sia. Selama ni tak pernah pun ambil gambar di situ, sebab selalu sangat pergi.. Hehehe..


















Air keruh dan deras selepas hujan..











Lepas snap je gambar, kami menjalankan operasi MD.. NAk tau apa itu MD?? Tunggu di next post ye... JENG jeng JENG!!!

Thursday 22 March 2012

Himpunan Syiling Lama!!

Kalau kumpul-kumpul koleksi ni, memang sesetengah orang akan kata MEMBAZIR.. Tapi kalau memang betul-betul minat buat koleksi mesti cakap benda yang BEST punyer...
Masa zaman kanak-kanak dulu, saya ada macam-macam koleksi tapi semuanya bukanlah benda mahal-mahal memandangkan hidup pun tak senang mana pun. Sampaikan lighter jenama Cricket yang dah habis gas tu pun saya simpan buat koleksi. Sticker, setem dan macam-macam lagi la.. Tapi semuanya dah lesap sebab pindah rumah.. ada jugak yang kena buang sebab Mak kata buat semak rumah..
Semasa sekolah menengah pulak, saya suka simpan barang-barang lama sebab Pakcik saya sorang ni selalu beli gadget masa dia muda-muda. Ada Pager (alat kelui, kalau tak tahu search la google.hehe.), kaset-kaset lama, radio lama, tv lama, kamera lama dan macam-macam benda yang susah nak jumpa sekarang.. Tapi HILANG jugak benda-benda tu.. TENSION sungguh.. hahaha..
Baru-baru ni abang ipar saya ada pulak hobi baru iaitu koleksi syiling lama. Bukan syiling yang di bumbung tu ye.. Baru la saya teringat yang saya ada simpan syiling-syiling lama semasa saya darjah dua. Syiling-syiling tu semua yang saya dan family jumpa di rumah saya dulu.. Nasib baik la mak saya masih simpan syiling-syiling tu. Kalau tidak, hilang jugak macam koleksi yang lain-lain..



Koleksi Syiling 1 sen sehingga 2007

Syiling Singapore

Syiling Straits Settlements

Syiling Straits Settlements (zaman penjajahan Bitish)

Syiling Malaya and British Borneo


Syiling 1 sen Malaya and British Borneo

Syiling Thailand

Syiling Indonesia

Syiling New Zealand

Syiling 1 Dollar Australia

Syiling Italy

Syiling Hungary

Syiling USA

Yang ini tinggal satu je.. hahaha
So, bila dah bertemu balik dengan benda ni bolehlah sambung balik hobi ni.. Esoknya terus pergi pasar karat di Ipoh dan juga buat Metal Detector (MD).. 

Friday 9 March 2012

Alahai Timing Belt



Adoyai.... Kepada audience yang berkereta, sudahkah anda memeriksa timing belt @ tali sawat kereta anda??? Ha... Ni dah bagi peringatan ni.. So, lepas online boleh la korang pergi check.
Time kepala tengah kusut ni, tiba-tiba bapak aku call bagitau yang timing belt kereta dia putus. Jeng jeng jeng... (saspen giler...) 
Bertambah kusut la kepala aku ni, nasib baik rambut aku pendek.. Kalau tidak, dah macam Hantu Kak Limah la jawabnya.. Punya lah bebal (rasa bersalah) hati aku ni, sebab sebelum aku balik Johor aku tak check timing belt dulu. Sebelum tu aku ada servis throttle body, cable plug dan check apa-apa yang patut. Tak terfikir pulak pasal timing belt.
Apa-apa pun benda dah jadi... Dah la pakai kereta yang sparepart dia susah nak cari. Kia Sportage memang susah sangat nak cari sparepart. Dah la susah nak dapat, mahal pulak tu..
Dugaan...


Seboleh-bolehnya, periksa keadaan timing belt setiap 6 bulan. Bukan susah sangat pun, bukak 2-3 skru saiz 10 je.. Jangan nak diikutkan sangat dengan mileage tu. Walaupun guarentee dia 10000km, tak tentu dia boleh tahan lagi.
Kalau ada kesan rekahan ataupun benang-benang timing belt tu dah terkeluar, tukarlah dengan kadar segera. Tak mahal pun sebenarnya costing tukar timing belt, yang jadi mahal sebab upah.

Selalunya dalam anggaran RM300-RM600 costing sekali upah bergantung kepada jenis enjin.
Memang mahal, tapi berbaloi-baloi..(bak kata Amy Search)

Kalau timing belt tu putus, kau tahu lah azab kau.. hahaha... Mahu cecah RM1000 lebih tu..
Kena angkat cylinder head, kena buat grindvalve sebab valve semua dah bengkok. Silap-silap cylinder head kena skim(potong), piston kena tukar kalau crack.
Jadi, biarlah berhabis RM300-RM600 daripada berhabis beribu-ribu sebab kedekut sangat nak tukar timing belt..


BERINGAT SEBELUM KENA!!!! (",)
p/s: Nasib baik la kereta ford escort kesayangan pakai timing chain, xpernah bertukar pun.. hehehe...

Drift @ BP Mall Batu Pahat Johor

Dah lama jugak aku tak update post. Banyak sangat kerja yang macam tak habis-habis tu, memang tak cukup masa. Pening kepala aku bulan ni dengan bermacam-macam benda yang kena diuruskan. Dah nasib aku diberi tanggungjawab. So, kena la tanggung dan jawab..... Tapi dalam sibuk-sibuk tu, sempat la jugak aku pergi event drift di BP Mall Batu Pahat yang berlangsung 4 March lalu.. 


Seperti biasa, tak sah kalau aku tak bawak sekali camera aku yang tak seberapa ni. Dapat la aku snap beberapa keping gambar sebab aku tengah syiok record video. Huahahaha..(bongkak giler...)



Kereta yang menarik tumpuan

Kereta ni jugak menarik tumpuan. Sarung enjin V8 tu.. Turbo punye gedabak besau..

Radiator pon dah terlepas ke belakang. Engine bay dah tak muat nak letak.

Memang nampak performance Datsun ni mengancam woo...

Tapi machine ni tak berjaya ke final atas masalah teknikal.





Kereta yang berjaya ke final.


Video khas buat peminat drift sedunia.... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK