MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Wednesday 30 May 2012

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. 

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan Ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU.

Sunday 27 May 2012

Warga Jepun jual alat kelamin untuk dimakan!

Kalau berita macam ni memang aku tak terkejut langsung. Walaupun teknologi semakin ke hadapan, peradaban manusia jadi semakin mundur. 

Ada ke patut buat pembedahan buang alat kelamin, then jual bagi orang makan.. Haishhhh... Teruk giler...







Seorang lelaki warga Jepun, Mao Sugiyama telah menjalani pembedahan membuang alat kelamin pada Mac lalu dan menyimpannya selama dua bulan. 13 Mei lalu dia menjualnya untuk dimasak dengan harga 20,000 yen (RM750) bagi satu hidangan.

Tujuannya ialah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai golongan minoriti seks. Masakan tersebut disediakan oleh seorang tukang masak yang berkelayakan dan si pembeli hendaklah menandatangani satu perjanjiaan untuk tidak menuntut ganti rugi terhadap Sugiyama.




p/s: apesal tak jual je otak tu, bukan dia reti nak fikir pun.. ahhaha

Saturday 26 May 2012

Teluk Gorek!!!



Cuti minggu ni aku menghabiskan sisa-sisa cuti dengan kerja yang bertimbun. Kengkawan aku pulak ada yang pergi ke Tioman, kalau takde diorang memang rosaklah program.. Mana cukup corumn nak main DotA.. hahaha... 


Aku pun tukar plan untuk pergi ke Teluk Gorek bersama kawan-kawan aku yang lain pulak. Apa salahnya pegi bercuti ye tak? Release tension sikit..
Lastly, aku decide tak jadi nak ikut disebabkan aku ada 4 (EMPAT) presentation pada hari Isnin ni. Huh! Agak tekanan sedikit di situ..  Kalau tidak, sekarang ni aku dah menjejakkan kaki ke Teluk Gorek dah.


Dah la kamera aku si Amy Ramli pinjam bawak pergi Tioman, tak dapatlah aku nak merayap cari gambar esok..

Thursday 24 May 2012

WWW 1 berharga RM520,000

Nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 kini mencatatkan rekod baru mengatasi MCA 1 dengan nilai bidaan sebanyak RM520,000.




Tempoh lelongan selama 15 hari bermula 30 April lalu berjaya mengutip sebanyak RM11.3 juta hasil iaitu 10 kali ganda daripada lelongan biasa.


Selain itu, bilangan pembida terbanyak pula seramai 84 orang yang membida nombor. WWW 333. Isnin ini Jabatan Pengangkutan Jalan akan mengeluarkan keputusan penuh di www.jpj.gov.my.


Hari ini, 28 Mei 2012 baru kita dapat tahu siapa pemilik nombor pendaftaran tersebut iaitu Sultan Johor..


p/s: RM520000 boleh beli Honda EK 10 bijik!!!

Tuesday 22 May 2012

Mek..!! Ore Masuk TV!

Tahniah kepada pasukan Kelantan kerana berjaya menjulang Piala FA 2012!

Gambar daripada Mohd Haniff Mohd Nor.
Mesti korang biasa tengok gambar di atas ni kan?   Wah.. Semangat sungguh abe The Red Warriors ni. Gambar yang menjadi tontonan hangat di laman internet sekitar final Piala FA baru-baru ni. Terus femes la abe hok pege sepanduk tu..

Tapi mesti korang tak pernah tengok sepanduk tu masa perlawanan Bayern menentang Chelsea pada malam yang sama kan?







GOMO KELATE GOMO !!!

p/s: Like jika suka!!!

Monday 21 May 2012

Kita Perlu Memasarkan Bisnes di Facebook! Kenapa?

Pada hari ini, buka sahaja internet pastinya perkara pertama yang akan diakses adalah akaun Facebook. 


Jika malas nak baca KLIK SINI..


Tidak kira bila masanya, fenomena Facebook kita telah menular di muka bumi. Namun, tidak salahnya kita sebagai usahawan menggunakan kelebihan Facebook ini bagi memasarkan bisnes kita kepada pasaran!
Jom kita lihat, mengapa ianya perlu?


1) Ratusan Juta Pengguna Facebook


Pengguna Facebook terus meningkat dari hari ke hari. Manakala jumlah pengguna Facebook dari Malaysia adalah di antara yang tertinggi di dunia dan Asia. Kita tidak akan mengambil kesemua jutaan pengguna itu, sebaliknya kita boleh tentukan berapa ramai yang kita mahu sasarkan.


Pengguna-pengguna Facebook ini pula biasanya akan membuka Facebook terlebih dahulu berbanding laman web yang lain. Malah tidak salah jika dikatakan, ada sebahagian pengguna Facebook tidak berminat untuk melayari mana-mana website seperti blog dan sebagainya. Mereka hanya aktif di Facebook sahaja atau paling kurang, mereka teramat kerap melayari Facebook pada setiap hari.




2. Facebook Ads


Dengan fungsi Facebook Ads berbayar yang disediakan oleh pihak Facebook, kita boleh membuat iklan yang fokus, tepat dan menumpu kepada golongan yang tertentu sahaja seperti umur, minat, tempat tinggal dan jantina. Fungsi ini tiada di mana-mana laman web pengiklanan yang lain.
Walaupun FB Ads adalah memerlukan kos (berbayar), namun dengan wujudnya beberapa panduan dan kursus berkaitan pengiklanan ini, kita boleh mengelak kerugian dan kegagalan.


3. Facebook Mobile


Semakin banyak gajet yang dilengkapkan dengan aplikasi media sosial seperti Facebook. Pihak pengeluar gajet seperti Apple, Samsung, Nokia dan banyak lagi, kini memasukkan aplikasi media sosial ke dalam produk keluaran mereka.
Daripada jumlah pengguna Facebook, sebahagian mereka mengakses Internet dengan menggunakan gajet elektronik. Bermaksud, mereka akan terus menerus online di Facebook walaupun tidak berada di rumah ataupun di pejabat (tempat bekerja).


Ini adalah satu peluang untuk usahawan dan perniagaan, di mana usaha promosi kita begitu mudah dibaca dan sampai kepada pengguna-pengguna Facebook pada bila-bila masa.


4) Facebook Bersifat Viral


Aspek viral adalah salah satu ciri yang ada pada Facebook. Apa yang seseorang buat di Facebook, ia boleh diketahui oleh rakan-rakannya yang lain. Contohnya jika seorang pengguna FB klik Like satu Page bisnes, rakan lain akan tahu mengenainya. Lantas rakan-rakannya juga akan klik Like.
Sifat viral ini juga dipanggil sebagai 'promosi dari mulut ke mulut'. Selain Facebook itu sendiri bersifat viral, pengguna-pengguna FB juga suka dan kerap berkongsi mengenai perkara yang mereka suka dan tidak. Jadi, apabila kita memaksimumkan teknik pemasaran di Facebook, mesej pemasaran kita akan menjadi semakin viral dan sampai kepada ribuan pengguna Facebook yang lain.


5) Pengguna Facebook Lebih Percayakan Rakan Mereka


Pelanggan baru amat sukar mempercayai kita, tetapi apabila rakan mereka mengatakan kita adalah usahawan yang boleh dipercayai, dari situ mereka akan mula yakin untuk membeli daripada kita. Mereka mungkin akan bertanya rakan-rakan mereka dahulu, bertanya di Group yang mereka sertai ataupun membaca tulisan rakan-rakan FB mereka.
Selain daripada itu, apabila mereka melihat rakan-rakan lain berinteraksi di Fan Page kita, ia akan menyebabkan mereka juga mahu turut serta dan ambil tahu mengenai kita.




15 buah E-book karangan Razif Yusof


Anda ada Facebook? Apa faedah yang anda dapat? Kini zaman semuanya di hujung jari. Jangan lepaskan peluang yang perlu kita rebut. PELAJARI CARA-CARA MENJALANKAN PERNIAGAAN INTERNET dengan kos yang jimat!
Ya! PERCUMA!!!

Pesawat yang tenggelam selama 67 tahun..

Sebuah Pesawat Perang Dunia Ke-II telah ditemui pada November 2010 di Tasik Michigan Waukegan, utara Chicago. Pesawat yang dikenali sebagai Vought F4U-1 bukanlah terhempas semasa perang dunia dulu, tapi semasa latihan penerbangan kerana kesan kerosakan yang terdapat pada bangkai pesawat berkenaan.

Menurut rekod, pesawat tersebut terhempas pada 7 Jun 1943 dan tenggelam sedalam 220 kaki. Juruterbang pula berjaya diselamatkan.





p/s: Kalau rajin, pergi la cari kat lombong belakang rumah.. Mana la tahu kan boleh terjumpa..

Saturday 19 May 2012

Siput Geoduck yang Pelik

Beberapa hari lepas aku ada terbaca di blog tentang sejenis siput yang agak pelik rupa fizikalnya. Banyak blog yang cerita pasal benda ni kecuali aku sebab aku just nak cerita yang aku ada terima email pasal benda ni dulu. Hahahaa 

Aku masih ingat yang ada orang forward email kat aku pasal siput ni beberapa tahun yang lepas. Aku pun korek la balik inbox aku yang berserabut ni... Tadaaaaa!!! Email bertarikh 27 Jun 2008 yang dikirimkan oleh kakak aku.. Yelah, dulu mana ada lagi budaya share kat Facebook lagi.. Myspace dengan Friendster masa tu takde aplikasi macam sekarang ni.

Okey, sambung balik pasal SIPOT..




Siput ni bukanlah sejenis siput sedut yang selalu dimasak lemak tu.. (meleleh air liur..)
Siput yang dinamakan Canadian Geoduct ini banyak terdapat di luar negara dan popular di Eropah, Jepun dan China. 



Kalau siput ni dibawa masuk Malaysia, confirm kerang dengan kupang buat demonstrasi bantahan bawah laut. Nampak siput ni macam pelik kan? Kalau kat tempat diorang ni bukan sesuatu yang pelik siap boleh makan lagi. Kalau aku, tak sanggup rasanya nak makan. Tengok rupa pun dah gerun...






Nak mencari pun susah..


Tapi di Jepun dan China, siput ini menjadi hidangan biasa di restoren. Mereka percaya yang siput ini mempunyai khasiat yang tinggi untuk memulihkan tenaga dan juga menyembuhkan penyakit.



p/s: Kalau dapat free benda ni confirm pening fikir nak masak macam mana benda nih.


Speasis Ikan Pelik di Sungai Congo

Seperti korang, kalau dah takde apa-apa nak buat mesti 'meng-google' kat internet untuk cari benda-benda menarik. Aku terjumpa cerita pasal Congo ni dan rasakan ia macam menarik je. Aku pun copy je gambar ni, nampak sangat tipunya kalau aku cakap aku yang pergi sendiri ke Congo untuk ambil gambar ni.


Sungai Congo atau dengan nama lainnya Sungai Zaire yang terletak di Afrika merupakan sungai yang terdalam di dunia. Dianggarkan mempunyai kedalaman melebihi 230 meter dan panjangnya 4700 kilometer menjadikan ianya sungai terdalam dan kesembilan terpanjang di dunia.


Apa yang menariknya sungai ini, para pengkaji yang datang ke sungai ini menemui beberapa spesies hidupan yang belum pernah ditemui sebelum ini. Kalau nak pergi ke sana tu janganlah datang bawak pancing je, jangan lupa bawak apa peralatan lain sebab ikan dia bukan macam kat Malaysia.








Synodontis nigriventris

Ikan  Synodontis nigriventris  kalau dilihat sama je macam ikan terumbu karang yang lain tapi yang istimewanya ialah ikan ini berenang secara terbalik tetapi bukan gaya kuak lentang.

Ini baru sikit je aku rasa dan banyak lagi spesies ikan yang pelik di sungai tu yang mereka masih tak jumpa. Itu belum kira speasis Dinosour yang ada orang jumpa kat sungai tu. Kesahihan cerita tersebut tak dapat disahkan sebab takde bukti visual tetapi kalau nak cuba cari boleh je search di Google. 

p/s: Masa kecil dulu takut turun sungai sorang, takut piranha dengan jaws..

Friday 18 May 2012

Rancangan Kanak-Kanak Era 90an

Kali ni aku nak cerita pasal rancangan yang bukan kartun ataupun superhero, aku nak cerita pasal rancangan kanak-kanak yang menggunakan costum, puppet, maskot dan gameshow.
Selalunya cerita cenggini ditayangkan hari Sabtu dan Ahad kecuali Sesame Street yang memang ditayangkan setiap pagi. Cerita Sesame Street dia ajar aku dari huruf A-Z dan memang jadi kegemaran aku cerita ni. 

Cerita ni ada versi Bahasa Melayu dan English dan kalau yang English ni buat mulut aku ternganga je la.
Sesame Street
Lepas tu ingat lagi tak dengan cerita ALONG?
Yup, yang kucing berdiri tu. Yang aku ingat ada segmen ELA & ELI yang mengajar resepi tetapi bukan mengajar memasak. Yang paling aku tak lupa nama resepi tu `Cempedak di Luar Pagar’, cara dia susun buah cempedak atas pinggan dan cucuk cempedak menggunakan pencungkil gigi.

ALONG
Dan segmen yang paling aku tak lupa ialah segmen SITI SIFIR yang akan mengajar kita sifir sambil menyanyi irama lagu ALONG. Kalau cikgu tanya pasal sifir kat sekolah, confirm jawab sambil menyanyi! Hahaha...

Di Mana Joe Jambul
Korang ingat lagi gameshow `Di Mana Joe Jambul’???
Memang berjambul kepala otak mengingatkan cerita tu. Gameshow yang mengisahkan kumpulan penjenayah Joe Jambul.  Budak-budak yang masuk rancangan tu kena cari Joe Jambul tu dan segmen yang aku suka ialah letakkan tiang-tiang di atas peta tu.

Banyak lagi cerita yang aku nak cerita, tapi gambar takde susah nak cerita. Contohnya macam PINTAR PINTAS. Kena bina perkataan guna huruf yang ada. Pengacara pulak nama dia Coach Rosman...
Barney And Friends

Lepas tu ada Barney and Friends, lagu dia one and two, two and three, bla..bla..bla...
Then, ada rancangan Teletubbies yang matahari  dalam cerita tu muka baby.  Tekan perut ada keluar gambar perut dia, tanduk pulak berlampu-lampu. Yang syoknya Teletubbies ni dia lompat dan berlaga perut, sampaikan aku dengan kawan aku buat macam tu. Terpelanting aku berlaga dengan kawan aku yang besar.
Teletubbies
Akhir sekali aku nak cerita Timang Tinggi-Tinggi. Yang ni memang lawak sebab cikgu aku cakap muka aku macam muka Atan dalam watak tu. Bukan cikgu aku sorang yang cakap macam tu, kawan-kawan aku time aku dah habis sekolah pun cakap macam tu. Tapi satu je aku nak cakap, aku lagi hensem dari Atan tu ok! Hahaha...

Untuk Lihat Kartun Jepun Zaman 90an KLIK SINI
Untuk Lihat Kartun Eropah Zaman 90an KLIK SINI
Untuk Lihat Superhero Jepun Zaman 90an KLIK SINI

p/s: Tajam jugak memori aku ni lagi... haaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK