MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Sunday 6 May 2012

Fakta Gigi dan Lidah!!!





4 Fakta Yang Tidak Diketahui Ramai


Fakta 1 :
Anda tidak boleh menyentuh semua gigi anda dengan lidah anda


Fakta 2 :
Setelah membaca Fakta 1 anda dengan bodohnya mempraktikkannya

Fakta 3 :
Setelah baca Fakta ke 2 anda tersenyum pahit ….dan berkata dalam hati “Hampeh..! aku dah
terkena nih!”



Dan…
Fakta 4 :
Setelah anda membaca Fakta 3 anda berniat untuk copy lawak bodoh ni kepada kawan korang yang lain untuk kenakan diaorang seperti korang yang telah terkena.. hahaha (",)

p/s: Damn!!! kenapa aku tak baca sampai habis sebelum aku buat???? 

Terima Kasih my Followers

TERIMA KASIH!!! Terima Kasih sekali lagi kepada followers blog aku yang tak seberapa ni sebab sudi untuk menjadi konco2 aku.. Walaupun jumlah followers yang sedikit bilangannya, aku bangga kerana followers aku ni tidak kurang hebatnya. Banyak jugak info yang berkualiti daripada blog korang.. Mintak maaf la kalau tak sempat komen sebab hidup aku bukannya 25jam sehari di blog. Aku posting pun time aku tengah siapkan kerja, sambil-sambil hilangkan tekanan tu aku posting la. Aku bukannya nak kejar followers sangat, tapi tujuan aku ber-blogging setakat untuk hendak kongsikan pandangan dan cerita aku je. Takkan la aku nak pegi cari member2 aku dan ceritakan kat diorang kan? Then, paksa2 pulak diorang dengar.. Hahaha... 


Sebab tu aku post blog aku di group blogger Facebook tanpa berkata apa-apa.. Tanpa gambar aku dan maklumat terperinci tentang aku. Kalau ada yang sudi membaca, Alhamdulillah.. Ada jugak yang mendengar luahan perasaan blogger yang xberapa GLAM ni ye.. Ada jugak yang follow aku daripada post tersebut, nampak keikhlasan korang di situ. Ada jugak yang bagi komen dan kata "blog yang menarik!" then bagi link suruh aku follow diorang. Bila tengok statistik, xde pulak traffic pada masa tu. Sorry, aku bukan seperti itu. Kalau korang ikhlas follow aku, aku follow la korang balik. 


Apa yang membuatkan hati aku puas ialah jumlah readers setiap post aku (walaupun ada yang tak sengaja singgah di blog aku ni). Bertambah seronok lagi jika ada orang yang komen di setiap post. Walaupun sorang yang komen, aku cukup puas hati sangat. Hahahaha...  




Terima Kasih sekali lagi kepada:




1. http://pak-mail.blogspot.com/

2. http://malaysiascore.blogspot.com/

3. http://begkotakzil.blogspot.com/

4. http://ceritemerapusufie.blogspot.com/

5. http://syimlurfe.blogspot.com/

6. ameerul ashraf

7. Kyle Kesha

8. admin



9.  http://conteng2kreatif.blogspot.com




p/s: kepada nama2 yang xde link ke blog anda, sila tinggalkan link blog anda di ruangan komen ye...

Shooting untuk video pendek 1 Citizen..

Hari ni boleh tahan jugak penatnya. Aku ni dah la ambik jurusan kejuruteraan mekanikal, kerja bertimbun-timbun nak kena buat. Ntah macam mana ada bebudak mintak tolong kat aku untuk buat video assignment diorang. Memang jauh panggang dari api bidang aku dengan multimedia ni. Diorang cakap, diorang mintak tolong kat aku sebab diorang ada tengok video parody yang aku buat dulu. 


Ok, aku accept untuk tolong korang semua (2 orang je).. Nasib baik la korang ni perempuan, laju je lelaki macho macam aku nak tolong. hahaha... Aku tolong sebab korang kawan-kawan aku.. Asalkan korang bagi kerjasama, aku boleh je tolong korang.. Mula-mula korang create je idea untuk video tu. "Masalahnya kami pun takde idea nak buat..". Alahai, adik adikku.... 
Video yang hendak dihasilkan tu ialah video untuk "1 Citizen" dan ini link dia..http://www3.1citizen.com.my/
So, kami pun bertungkus-lumus mencari idea. Dengan berbekalkan ilmu yang aku curi daripada kakak aku (kakak aku study grafik dulu), aku pun draw storyboard atas buku "1 Citizen" tu.. 


Lepas tu, esoknya (Pukul 2 petang tadi) kami terus shooting ala2 filem Hollywood. Masa shooting tu la datang idea yang berlambak-lambak. Disebabkan aku dulu pernah jadi pelakon extra drama dulu, aku ada jugak skodeng teknik2 diorang.. So, aku pun buat la beberapa angle shot untuk setiap scene. Yang bebudak ni pulak, jenuh aku nak record videonya.. Banyak kali silap buat ekspresi muka. Takkan la senyum time sedih?? hahahaha.. Tapi takpe, korang bagi kerjasama, aku pun selesa. 


Bila dah selesai semua, aku pun balik untuk edit dan compile video ni.. Susah jugak aku nak edit sebab syarat video tu tak boleh lebih seminit dan bersaiz kurang 10MB. Jadi aku pun ambik plot yang penting-penting je.. Tiba-tiba datang member aku ke bilik sambil membawa Domino Pizza.. Pergghhhh...Bebudak ni belanja aku woooooo....(Tenkiu Amalia n Nawar)


Edit punya edit, dah dekat 5 jam aku edit, sampai terlepas tengok Chelsea vs Liverpool. Alhamdulillah, bila dah siap aku pun buat tayangan perdana kat member-member aku dan berharap memberi komen yang positif. Perrghhhhh!!!! Member aku semua puji beb.. Diorang cakap SMART, SEMPOI, MENARIK, TERTARIK kau memang da BOMB!!! (ala, nak jaga hati member lettew...)


Tapi ada satu komen yang aku jangkakan dari diorang semua.. "Aku tak paham la jalan cerita ni.." Hahahahaha.... Aku dah agak dah! Benda seminit mana boleh nak cerita detail sangat...
"Alah.... Sajak tu pon korang bukannya tau sangat maksud dia. Hanya pengarang tu je yang faham.. Kan? Kan? Itulah seni dan sastera......" Aku meng-cover-kan diri aku.. HAhahahaa


Aku berharap sangat yang video yang aku buat bersama members aku ni boleh pergi jauh ke peringkat seterusnya dalam "1 Citizen". 


p/s: Nanti aku upload video tu setelah due date competition tu tamat.

Antara Pendidikan Seks dan Buang Bayi?



Tadi aku menjawab satu borang kaji selidik berkaitan Pembuangan Bayi dan Pendidikan Seks. Apa kaitan kedua-dua ni?? Pendidikan Seks sebagai langkah pencegahan kelahiran luar nikah yang menjerumus kepada Pembuangan Bayi. Soalan yang membuat saya terpaku sejenak, "Wajarkah pendidikan seks diajar di institusi pendidikan?".


Wajar dan Tidak Wajar??? Ya, dua2 sekali!
Adalah wajar ianya menjadi kurikulum di sekolah dan tidak wajar jika silibus terlalu drastik dengan nama Pendidikan Seks.
Jika Pendidikan Seks mahu dijadikan kurikulum di institusi pendidikan, ianya perlu diajar secara berperingkat mengikut umur pelajar. Adalah tidak sesuai untuk kita mengajar tentang persenyawaan kepada kanak-kanak bawah umur. Ianya dapat memberi kesan yang negatif terhadap pemikiran kanak-kanak yang belum matang (baligh) dan juga terlalu awal untuk membuka pemikiran kanak-kanak.


Semasa di peringkat bawah 12 tahun, silibus yang perlu diterapkan ialah tentang batas-batas hubungan sosial. Disebabkan itu, nama subjek perlu ditukar kepada lain. Elemen agama dan juga moral perlu ditekankan di sini dan ibu bapa perlu memainkan peranan bersama.
Selain itu juga, pelajar didedahkan dengan erti CABUL, ROGOL dan ZINA. Ini kerana terdapat banyak kes individu dicabul tanpa mereka sedari. Bukan bermaksud mereka dicabul ketika tidur tetapi mereka tidak faham apa itu cabul. 
Inilah perkara yang perlu diterapkan sebagai langkah pencegahan Seks Luar Nikah yang membawa kepada pembuangan bayi tersebut. 


Pembuangan Bayi yang berlaku bukanlah disebabkan kebodohan pasangan melakukan hubungan seks tetapi kebodohan pasangan terhadap moral dan agama. Mustahil usia sebegini masih belum tahu bagaimana berlakunya persenyawaan???

Sebak giler... mana pergi kemanusian diorang?

Muka yang masih suci diperlakukan macam ni..




Apa yang dapat aku simpulkan disini, Pendidikan Seks perlu digantikan dengan satu subjek yang menekankan aspek batas-batas hubungan sosial, agama dan moral. 
(Kalau mak bapak ambil tahu hal anak-anak, tak perlu kita nak wujudkan benda-benda macam ni)

p/s: Yang buang bayi ni, beranak macam buang air besar gamaknya.. Senang-senang nak buang...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK