MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Wednesday 28 November 2012

Contest Mencipta Nama Blog QIOS

Aku di dalam DILEMA!!! bukan DELIMA! Confuse nak join ke tak nak contest QIOS ni. 
Bukan berlagak bagai la, cuma segan sikit.. hahaha... Aku bukan kaki join contest-contest macam ni.


Rasa tercabar pulak tengok idea orang lain. So, aku pun cuba menyahut cabaran untuk memerah kepala hotak aku yang berkilat sebab jarang guna nih. Kadang-kadang syok jugak kalau orang terima idea kita kan?

Cara nak join memang senang. Korang LIKE page diorang je kat Facebook. Klik sini http://www.facebook.com/pages/QioS-Blog-Shop/464367600279942



Lepas tu korang follow la blog diorang, bukan kena bayar pon kan....

Lepas tu serlahkan idea kreatif korang tu... Macam aku, aku cadangkan:

QIOSWEAR - Sebab background diorang lebih kepada pakaian
QIOStyle - Sebab mereka juga lebih kepada fashion and style. Kalau sebut bunyi QIO Style.
QIOStore - Sebab diorang menjual macam-macam.  Pronounce dia mcm Qio Store. Pelik jugak bunyi dia tu..

Aku belek-belek blog diorang huruf S tu nama si Syaza rupanya, xpasal2 jadi Style n Store.. Sori ye...hakhak..

Saturday 24 November 2012

Nabiela Biela ajak tukar link bloglist!!!

Seperti biasa, kalau dah takde kerja nak buat selain berdating dengan aweks-aweks dan kawans perempuans dan jugak girlfriendssssssss (Cehhh, bajet HOT), aku duduk depan lappy menyiapkan kerja yang bertimbun sambil online la.. Kalau takde wifi, memang tak boleh buat kerja punya sebab cari bahan. Kalau wifi ada pulak, tetap tak boleh buat kerja sebab melencong ke lain..
Kalau take five tu aku berblogwalking la kan, takkan nak hadap tekanan sampai lebam kot...

Sedang belek-belek tu, aku terpandang entri blog yang aku follow pasal bloglist exchange. So, kalau korang nak tengok, cer klik NABILA BIELA.. Tak rugi kalau follow sebab Cik Nabila ni tak mengenakan sebarang bayaran untuk follow beliau. YA! Semuanya PERCUMA.



Dah kebetulan tajuknya bloglist exchange, (bukan tajuk dia Nabiela Biela ajak tukar link bloglist ke?)
Aku suggest kat korang untuk follow bloggers yang selalu aku belek page diorang.. Kalau tak menarik, takde la aku suggest kat korang.. Memang cantik menarik kau memang da bomb!


http://conteng2kreatif.blogspot.com
http://miraakim.blogspot.com
http://mynameishafizah.blogspot.com
http://sararose-93.blogspot.com

So, kalau ada yang nak difollow, boleh la drop link korang di ruangan comment.. #Mood tengah rajin ni..

Muka Heliza ditusuk straw!!!




Gambar ni aku ambil dari fesbuk kawan aku. Aku pon tak dapat maklumat lanjut tentang kejadian ini. Yang aku ada hanya gambar kejadian yang berlaku.

Ini gambar terbaru beliau...
|
|
|
|
|

|

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v








Bahaya betul kalau muka terpampang kat merata-rata nih.. Ngeri aku..

p/s: Gambar Ihsan Budak Kuala Serabut...

"When I grow up, I want to be an engineer.."

"When I grow up, I want to be an engineer.."
Aku still ingat lagi petikan ayat ni since darjah 5 dulu yang berada dalam English Textbook zaman aku. Sekarang ni syllabus dah tukar, mungkin tak jumpa dah kot. 

Ada lagi yang still aku ingat apa yang ada dalam English Textbook darjah 1 dan 2, contohnya,

One two put my shoes, three four shut the door.. Yang ni common sangat. Yang lagi satu ni jarang-jarang sikit.. 

"Cobbler, cobbler, mend my shoe.
Get it done by half past two.
Half past two is much too late!
Get it done by half past eight."

Tapi sekarang ni aku bukan nak cerita pasal poem, poet, lagu atau segala madah pujangga yang ada dalam buku Bahasa Inggeris tu. Tapi aku nak cerita serba sedikit pasal angan-angan Mat Jenin aku masa sekolah dulu. 

Masa sekolah, especially zaman sekolah rendah memang cikgu ada tanya pada kita pasal My Ambition kan? Kalau boleh, kita sorang je yang boleh ada cita-cita yang kita nak. Tak boleh sama dengan orang lain! hahaha..
Time aku darjah satu dulu, aku nak sangat jadi Pilot. Pergghhh.. Gah Siot! Tiba-tiba bila cikgu tanya member aku, dia pon nak jadi Pilot..
Arghhhh!!! Cancel cita-cita nak jadi Pilot. Aku sanggup bercita-citakan jadi tukang kebun asalkan tak sama dengan orang! 

Aku pon tak ingat macam mana aku boleh pilih Engineer sebagai cita-cita aku, tapi yang aku tahu time darjah 5 tu memang aku dah bercita-cita jadi engineer. Masa tu aku sorang je angkat tangan bila cikgu tanya, "Siapa yang nak jadi engineer dalam kelas ni?"
Kembang lubang hidung aku masa tu sebab aku seorang sahaja yang mengangkat tangan..

Bila dah sekolah menengah, aku still lagi dengan cita-cita aku tu.. Yang tak boleh blah, setiap kali exam aku tulis IR. sebelum nama aku. Lagi tak boleh blah time aku form 4, semua properties aku tulis dengan IR. sebelum nama aku. Dengan paper trial SPM pon aku bubuh nama macam tu sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap cikgu-cikgu aku.. Eleh, dengki la tu! Biarlah saya perasan sorang-sorang cikgu. 
Bukan semua cikgu yang marah kalau aku buat macam tu, ramai jugak cikgu yang support. Salah ke kalau berangan nak jadi engineer kan? Memang time tu perangai aku tak menunjukkan tahap IQ yang memuaskan untuk bercita-cita jadi engineer sebab aku selalu merapu setiap essay dalam exam. Merapu aku pon takde lah sampai isi terpesong, tapi habis semua nama member aku kena petik dalam karangan BM. Setiap kali cikgu bagi kertas yang ditanda, aku dapat simpan kertas tu sehari je. Lepas tu tak tahu mana pergi kertas tu, sedar-sedar dah sampai ke tangan orang lain sebab dirembat. Ingat majalah ujang ape???
Aku still ingat Cikgu Suerida iaitu guru kelas aku, dia tanya aku nak jadi kartunis ke engineer??

Tapi bila dah besar sekarang ni, kalau terjumpa cikgu-cikgu sekolah dulu mesti diorang bertanya, "Sekarang ni buat apa?"
Tak buat apa pon cikgu, cuti study.. Ternganga diorang, especially Cikgu Saiful..
Eheh, cikgu ni apesal? Ingat aku ni kurang cerdik ke? (gurau je..)
Cikgu Saiful ni cikgu kimia aku yang agak friendly dengan aku.. Kalau ada spotcheck apa-apa, memang aku dikecualikan, sebab aku tak bawak apa-apa ke sekolah.. Beg pon kadang-kadang je aku bawak..

"Belum jadi engineer lagi la ni?"
Belum lagi cikgu, kalau ada rezeki insyaallah cikgu...
Terima kasih cikgu sebab ingat lagi angan-angan Mat Jenin aku..

Tuesday 20 November 2012

Traffic Source dari KamalMustafa.com

Salam 1 Malaysia!
Kalau bukak je dashboard blog, aku mesti klik statistic visitor dulu.. Aku rasa bukan aku sorang je yang macam tu kan?
Alhamdulillah, walaupun follower tak seberapa tapi aku gumbira  bangat seyhhh sebab visitor yang mencapai daily target. Tapi aku selalu tertanya-tanya mana datangnya traffic source dari blog seorang hamba Allah ni?
Dah lama aku cari dalam http://kamalmustafa.com, sampai la sekarang ni tak jumpa-jumpa.

Kewujudan beliau menjadi tanda tanya kepada diri aku.. Hahaha.. Aku pun klik dan cari lagi untuk hari ini. Oleh sebab tak jumpa, sampai ke sudah aku melayan blog beliau.


Aku pun tak perasan yang aku leka baca blog KM ni. Lepas satu post, satu post lagi aku klik.
Aku suggest korang tengok dan belek sendiri la, ada macam-macam tips dan info brader.

p/s: Sampai sekarang menjadi tanda tanya mana datangnya traffic dari blog beliau. Kalau KM pun tak tahu, aku lagi la tak tahu..


Sunday 18 November 2012

ROKOK, MAKRUH, HARAM.

Gambar sekadar pencuci mata.
Soalan sensitif bagi aku, "Ko tak merokok ke?" 
Apsal? Tak pernah nampak aku merokok?
Soalan yang lagi sensitif sangat bagi aku, "Ko merokok ke?"
Apsal? Muka macam smoker ke?

Hahaha.. Soalan yang sering orang terdekat aku ajukan kat aku ni memang tahap kipas susah mati. Yang buat aku jadi tanda tanya, kenapa bertanya macam tu. 
Dalam dua tiga hari lepas lagi sorang bertanya soalan macam tu..Jadi confuse pulak nak jawab, kalau cakap tak macam penipu, kalau cakap ye macam menipu..
Lagi tipu kalau tak pernah smoking langsung. Pernah tu memang la pernah, tapi saja buat poyo je la.. Macho la kononnnn kan...? Lagi satu aku nak tanya, nampak macho ke merokok ni? Tak de ke perbuatan lain yang boleh menampakkan anda tu macho selain merokok? 

Jawapan yang selalu orang jawab kenapa dia merokok.
1.  Menghilangkan rasa mengantuk.
2.  Mencari idea.
3.  Hilangkan bosan. 
4.  Ketagih.

Bagi jawapan yang nombor 1 dan 2 sememangnya tidak masuk akal. Macam mana la nak hilangkan mengantuk kalau totally oksigen tak sampai ke otak. Aku tau sebab aku pun pernah buat, tak payah nak bukak buku sains biologi pon takpe. 

Untuk yang jawapan nombor 3 itu adalah jawapan paling tepat untuk anda merokok. Kalau dah bosan, korek hidung pon boleh hilangkan bosan tu kan? Masing-masing ada cara sendiri hilangkan bosan. 
Untuk jawapan yang last sekali tu, memang aku kesian sangat. Memang benda ni buat kita ketagih. Pasal apa? Sebab nikotin dalam rokok tu akan masuk dalam badan. Perokok bukan ketagihkan asap rokok, tetapi nikotin tersebut. 
Sebab tu kalau tak dapat rokok, perokok ni akan terasa nak merokok. Kalau perokok tegar tu memang kena cukup dos dia, sebab tu kena 2 kotak sehari kot.. hahaha


Sekarang ni yang membuatkan rokok membahayakan kesihatan adalah kandungan tar yang masuk ke dalam paru-paru.
Aku pernah merokok, aku pernah rasa pengalaman macam ni. Nak stop tak susah pun, singkirkan nikotin dalam badan. Macam mana nak buang, berhenti merokok terus. 

Ada yang cakap berhenti slow-slow, jangan nak merepek la. Kalau nak berhenti, tak payah sentuh langsung. Nampak sangat lemahnya diri kalau tak boleh lawan. Sampai satu tahap nanti, kalau terhidu asap rokok pun rasa nak muntah. Serius, baru la korang tahu yang asap rokok tu busuk sangat.
Kalau tak sayang diri, ingat la orang yang sayang kat kita. Cer fikir kalau kita mati nanti, kan dah hilang orang yang dia sayang.. Kan? kan? 

Merokok itu HARAM. Mana ada haram, makruh je la. Apsal makruh???
Tercengang aku dengar macam tu. Umur dah lanjut, study sampai oxford, tapi knowledge tipis...
"AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN."
Takkan la nak tunggu kat kotak tu tulis "AMARAN ALLAH S.W.T: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN." pulak..(minta maaf kalau gurau ni kasar ye..)
Dah terang-terang membahayakan kesihatan, dah tentu la hukumnya HARAM. 
-memudaratkan diri.(Ibarat bunuh diri lerrrrr....)
-memudaratkan orang lain.
-membazir.

Kalau ternampak pak imam yang merokok tu korang jangan cakap dia tu kafir atau sesat pulak. Diorang tu ketagih sebab dah terjebak orang kata. Diorang pun berkeinginan untuk pencen merokok ni. Kawan-kawan aku pun ramai yang macam tu. 

p/s: So, adik-adik jangan try nak merokok ye..Kalau abang nampak, abang sebat dengan selipar jamban karang. hahaha

Thursday 15 November 2012

Bercakap Pasal Teh

Hidup ni singkat je..Kalau Rasulullah cakap kiamat dengan zamannya jaraknya antara 2 jari, macam mana dengan hidup kita? Kali ni aku bukan nak cakap pasal hidup atau mati, just nak membuka mata je. Memang hidup ini penuh dengan ibadah untuk bekalan akhirat, tapi gunakan masa dan nikmat yang Allah bagi sebaik mungkin untuk kita explore tentang dunia.

Pendekkan cerita, aku nak ceritakan pasal teh je.. Since setahun yang lepas, aku perasan yang teh ni ada perbezaan. Sebelum ni aku rasa semua teh sama je kecuali TEH CAP LOMBONG.. Aroma memang memikat....hehehe..
Semua ni start daripada member aku yang memberikan stock teh yang memberangsangkan.. Dia ni memang malas nak bancuh air.. Sori la geng sebab cakap macam tu, memang ko malas pon kan??

Pagi semalam aku dapat teh yang aku nak, then terfikir nak ceritakan kat sini. So kalau korang terbaca, aku suggest kat korang untuk try...Boleh tak kalau aku cakap,1001 teas you must drink before you die..??
Doesn't means we can't die kalau tak cukup 1001 teh la... Just for your experience.. At least, kita dah rasa apa yang orang lain belum rasa..

Tuesday 13 November 2012

Pay It Forward! Movie Yang Patut Tengok Sebelum Mati..

Bunyi menggerunkan tak? hahaha.. Dah lama aku nak ceritakan pasal movie ni, tapi takde masa la pulak..
Punya lama tangguh nak cerita kat korang, tiba-tiba semalam ada minah mintak movie kat aku.. Aku teringatkan pasal Pay It Forward ni..Movie ni aku tau dari member blogger jugak yang cakap movie ni best.
Aku pon download sebab nak tengok ape yang best.. Memang tak best! ZZZZZZZZZZZZ.....
Tapi movie ni memang betul-betul bagi inspirasi kat aku.




Pay It Forward ni macam konsep bantu membantu. Kita bukan membalas budi kepada orang yang dah membantu kita, tapi kita membalas budi dengan membantu orang lain. Orang lain yang telah kita bantu tu pula akan membalas budi dengan membantu orang lain. MLM?? Yup! Macam MLM kan..
Jadi bantuan kita tu bukan terhenti di situ, tapi ianya berterusan sampai la ke sudah. Sampai satu ketika nanti,  bantuan tu akan kembali kepada kita. Bayangkan kalau semua orang di sekeliling kita ada nilai macam tu?
So, kita perlu terapkan dahulu konsep Pay It Forward sebelum Saling Bantu Membantu.
Apa beza kedua-dua ni? Tak banyak beza pon. Cuma Bahasa Melayu dengan English je.. Hahaha
Aku rasa "Saling Bantu Membantu" ni berada dalam satu ruang yang terhad. Akan tetap berada dalam satu komuniti dan tak akan ke mana-mana kerana perkataan SALING kat situ.

So, aku berani cakap movie ni antara 1001 movies you must watch before you die..hehehe

DOWNLOAD PAY IT FORWARD

Thursday 8 November 2012

Tutorial: Jadikan Pendrive Sebagai Bootable Device

Pernah ada masalah time nak format laptop, tiba-tiba file corrupt sebab CD atau DVD calar? Tak pun, baru je plan nak format laptop tiba-tiba baru perasan yang laptop korang tak ada CD Drive? Tak pun korang download ISO file, lepas tu tak tahu nak burn dalam CD dan jadikan dia bootable? Tak pun korang memang tak tahu apa yang aku merapu ni, then korang pon baca sebab korang nak tahu?

Ni aku nak share sikit pasal satu software yang aku biasa gunakan. Software ni sama je dengan software lain yang sama waktu dengannya. Kita selalu download file bootable dalam bentuk .ISO, macam installer OS, LiveCD, Beini, Backtrack etc.. Tapi tak tahu macam mana nak guna untuk dijadikan bootable dan boleh running dengan bangganya. Banyak software yang kita boleh guna, contohnya WinISO, PowerISO, NeroBurner. Tapi aku suggest kat korang especially newbie dalam bidang ni gunakan Rufus. Boleh klik SINI untuk DOWNLOAD!




Software ni hanya untuk create bootable untuk pendrive sahaja. Yes, SAHAJA! So, korang jangan la pulak tercari-cari option to create bootable untuk CD. Memang takkan jumpa even kucing berkokok sekalipun..Kalau korang guna version lain, tak tahu la pulak kannnn.. hehehe
Cara nak guna mudah je, korang perlukan pendrive dan satu file ISO yang korang nak guna. Cucuk pendrive, then klik device. Pilih pendrive korang tu. Then klik, gambar CD Driver di sebelah kanan tu untuk masukkan file input ISO korang tu. 


Lepas korang pilih, klik Open. Then, korang klik Start. AMARAN!!! Pastikan pendrive korang tu kosong! Sebab format pendrive tu perlu ditukar. So, kalau ada gambar awek korang dalam tu memang terdelete permanently. Lepas korang klik start, tunggu je la beberapa detik dan ketika sambil nyanyi lagu Sedetik Lebih. Memang geli telinga! hahaa
Biasanya kalau Windows OS punya installer, memang lama kena tunggu. 
Bila dah selesai, korang boleh try running guna VMware. Kalau takde, korang try la reboot laptop korang dan ubah Boot Order kat BIOS korang. 

Kalau nak tengok version YouTube, boleh klik SINI.

p/s: Sekarang ni member aku ramai yang tanya pasal nak create bootable Beini.. Jenuh la nak ulang banyak kali, ingat radio tape ke kena rewind banyak kali? hahaha.. Bunyi kasar, tapi melawak..

Thursday 1 November 2012

Sistem Penyejukan Cecair


Alhamdulillah, siap satu kerja. Tengah sedap membelek bahan rujukan dalam hard disk, terjumpa pulak dengan karya klasik aku time diploma dulu. Hahaha 
Ayat super skema punya, kalau pakai bahasa rojak senang la nak explain. Kalau totally BM, engineering jadi sastera la pulak. Sebab aku rasa benda ni boleh jadi rujukan yang lain, so aku post natang nih untuk golongan yang memerlukan. (Boleh jugak tambah bilangan post aku ye tak?) Hahaha gelak sengsorang..
Lagipun aku tau, ramai yang jenis selak buku yang tebal pasal nak cari bahan ciput macam ni, buang masa je kutip satu-satu dalam buku tu. Sekarang ni semua di hujung jari, bukan setakat korek hidung je. Klik je, copy. Boleh gunakan masa yang ade tu buat kerja lain pulak. 
So, kalau berguna tu korang copy-paste-edit sikit. Nanti sama pulak dengan member. Ternganga nak jawab sape tiru sape nih??? 

Radiator merupakan salah satu komponen terpenting dalam sesebuah kereta yang menggunakan sistem penyejukan air.  Namun begitu, terdapat juga kenderaan yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukkan udara.

Sistem penyejukan ini adalah suatu rangkaian untuk mengatasi terjadinya ‘over-heating’ pada enjin supaya enjin dapat beroperasi dalam keadaan stabilJika enjin tersebut beroperasi dalam keadaan yang agak sejuk, komponen yang bergerak yang mengalami geseran di dalamnya akan  berkurang jangka hayatnya dan kurang efisien serta mengeluarkan lebih banyak tahap pencemaran pada gas ekzos.  Kebanyakan enjin akan beroperasi dengan baik pada keadaan bendalir penyejuknya pada sekitar takat didih air iaitu 100oC.  Pada tahap ini, ruang kebuk pembakaran akan cukup panas dan membolehkan pembakaran bahan api menjadi lebih lengkap dan sempurna untuk menghasilkan kuasa yang sebaik mungkin.
  
Pada suhu begini, keadaan minyak pelincir akan lebih cair atau tahap kelikatannya akan menurun.  Ini akan membolehkan komponen enjin bergerak dalam keadaan yang kurang bebanan serta menjadi antara faktor penjimatan bahan api.  Begitu juga dengan komponen mekanikal yang bergerak akan mengalami kadar geseran yang rendah dan jangka hayat  komponen akan menjadi lebih lama.

Hampir semua jenis enjin akan beroperasi dengan baik pada tahap kepanasan yang ideal.  Oleh itu, untuk memastikan enjin cepat panas setelah dihidupkan dan memastikan tahap kepanasan sentiasa di tahap yang ideal adalah antara tugas utama satu sistem penyejukan.


Prinsip kerja radiator

Radiator beroperasi sebagai penyejuk sesebuah mesin seperti enjin kenderaan.  Semasa enjin beroperasi, pergeseran dan pembakaran yang berlaku di dalam enjin menghasilkan haba panas.  Kadangkala, suhu panas membantu dalam operasi enjin dan kadangkala tidak membantu.  Malahan, suhu panas enjin memusnahkan komponen enjin seperti kepala silinder menjadi bengkok akibat ‘over-heating’.



Kitaran kerja radiator bermula daripada tangki radiator seperti di dalam rajah di atas.  Apabila enjin beroperasi, pam air akan menyedut air masuk dari tangki radiator ke dalam blok enjin. Ketika enjin beroperasi, haba panas pada blok enjin diserap oleh air sebagai medium penyejuk. Pada ketika ini, suhu panas pada blok enjin tersebut dapat dikurangkan manakala suhu air meningkat. Pada ketika ini, haba panas blok enjin dipindahkan ke air. Perolakan haba yang berlaku menyebabkan air yang meningkat suhunya tadi bergerak naik melalui saluran-saluran sistem  sambil menyejukkan komponen. Kemudian, air tadi akan melalui termostat. Termostat berfungsi sebagai pintu yang akan terbuka dan tertutup mengikut tahap kepanasan enjin. Jika air tersebut dalam keadaan sejuk, termostat akan tertutup dan sebaliknya akan berlaku. Apabila air panas tadi sampai ke atas, ianya akan memasuki tangki radiator semula. Di dalam tangki radiator, air disejukkan semula. Sirip-sirip yang dibuat pada tangki air bertujuan untuk mempercepatkan penyejukan air tersebut. Hal ini kerana, semakin luas permukan yang bersentuhan dengan udara, semakin banyak haba yang dibebaskan ke persekitaran. Di dalam tangki radiator, air yang rendah suhunya akan bergerak turun semula kerana perolakan haba yang berlaku. Proses yang sama berulang mengikut tertib.


Komponen asas radiator


1.   Tangki Radiator       -Tangki radiator ialah tangki simpanan cecair penyejuk dan juga komponen menyejukkan cecair tersebut.  Sirip-sirip pada tangki radiator bertujuan mempercepatkan haba panas bebas ke persekitaran.  Kebiasaannya, tangki radiator diperbuat daripada aluminium kerana potensinya menyerap haba.  Tangki radiator selalunya diletakkan di kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik.

2.   Termostat                 - berfungsi sebagai pintu yang akan terbuka dan tutup mengikut tahap kepanasan enjin. Pada keadaan enjin sejuk, termostat akan tertutup untuk membolehkan enjin panas dengan lebih cepat kepada tahap kepanasan yang baik untuk beroperasi.

3.  Kipas Penyejuk         -Kipas penyejuk berfungsi sebagai pembantu dalam sistem penyejukkan.  Apabila udara dari persekitaran tidak mencukupi untuk menyejukkan sistem, kipas penyejuk akan beroperasi untuk menyejukkan sistem ke suhu yang sepatutnya.

4.Penutup Radiator       -Penutup radiator bertujuan untuk menutup tangki radiator.  Ianya diperbuat dengan keupayaan menahan tekanan tertentu yang wujud di dalam sistem.  Ia juga berfungsi sebagai injap untu cecair penyejuk masuk dari dalam tangki simpanan..

5. Tangki Simpanan      -Tangki simpanan ialah tangki tambahan bagi cecair penyejuk.  Apabila cecair penyejuk berkurangan, tekanan dalaman yang berlaku akan mengepam cecair penyejuk dari dalam tangki tersebut ke tangki radiator. 




Penyelenggaraan


Sistem penyejukkan air memerlukan penyelenggaraan dari masa ke semasa. Jika penyelenggaraan jarang dilakukan, risiko berlakunya kerosakan pada komponen sistem adalah tinggi dan secara tidak langsung mendatangkan mudarat kepada komponen enjin. Ini kerana, jika cecair penyejuk yang berkarat tidak ditukar akan menyebabkan liang-liang pada tangki radiator tersumbat. Ianya akn menganggu sistem penyejukan dan menyebabkan berlakunya over-heating.



Sistem penyejukkan hendaklah diselenggara sekurang-kurangnya 3 bulan.
Langkah-langkah penyelenggaraan adalah seperti berikut:
  1. Palam buang di bahagian bawah tangki radiator dan penutup tangki radiator dibuka dan air dibiarkan mengalir sehingga tangki radiator kosong.
  2. Air yang bersih diisikan ke dalam tangki radiator sehingga penuh atau melimpah. Kemudian, enjin dihidupkan tanpa menutup tangki radiator.
  3.  Enjin dibiarkan beroperasi sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat.
  4.  Enjin dimatikan dan palam buang diikat kembali dengan kemas. Air yang bersih diisi semula ke dalam tangki sehingga penuh. Kemudian, enjin dihidupkan tanpa menutup tangki radiator.
  5.  Perlu dipastikan ketika enjin dihidupkan, tiada air keluar daripada tangki sebaliknya air di dalam tangki berkurang disebabkan air dipam masuk ke dalam blok enjin. Jika berlaku sebaliknya, berlaku kebocoran pada gasket kepala silinder.
  6. Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap lagi bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam enjin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu enjin tidak seperti biasa dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, over-heating boleh berlaku.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK