MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Tuesday 15 May 2012

Sejarah Sambutan Hari Guru

Teringat aku masa sekolah dulu, kalau tarikh 16 Mei tu jatuh pada hari berkerja memang seronok sangat sebab hari tu mesti tak masuk kelas. Bila dah naik ke sekolah menengah pulak, dah berani prank cikgu-cikgu. Masa tu cikgu semua kena sporting sikit, setahun sekali nak usik mengusik dengan cikgu. Serius, memang aku rindukan kenangan Sambutan Hari Guru.






Bila dah masuk universiti mana nak ada sambutan untuk pensyarah macam Hari Guru zaman sekolah dulu. Masa tu baru terfikir, macam mana Hari Guru itu wujud dan kenapa tarikh 16 Mei dipilih untuk sambutan tersebut. Kebanyakan blog menceritakan sekadar cerita tangkap muat sahaja dan aku cuba sedaya upaya mengenang jasa guru-guru aku untuk bercerita lebih panjang sedikit. (lebih sikit je..)


Ni yang aku nak cerita ni,


Sambutan Hari guru di Malaysia bertujuan mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di Malaysia. 
Sambutan Hari Guru yang pertama kali disambut ialah pada tahun 1972 dengan bertemakan "Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara".


Tarikh 16 Mei dipilih kerana pada tarikh yang sama Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima semua cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran negara kita yang dikenali sebagai Laporan Razak. Laporan Razak inilah yang menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak tahun 1956.


Logo Hari Guru

Objektif Sambutan Hari Guru diadakan ialah:

  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan intergrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Kini 40 tahun Sambutan Hari Guru telah diadakan. Dari Laporan Razak yang dijadikan Dasar Pendidikan Negara pada 1956 hinggalah ke Program Transformasi Pendidikan Negara menerusi NKRA, menyaksikan aliran transformasi dalam melahirkan insan berkualiti menerusi sistem pendidikan dan hari ini 16 Mei 2012 merupakan Hari Guru yang ke-40 dengan tema 
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara"





Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua 

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan




p/s: Dah lama tak menyanyi lagu Kami Guru Malaysia. SELAMAT HARI GURU CIKGU.

Apa dah jadi di Facebook hari ini?

Hari ini ramai member di Facebook menukarkan Profile Picture diorang dengan gambar orang memakai pakaian coklat. Kenapa ye? 


Hari ini 15 Mei 2012 merupakan hari Nakbah yang ke 64 iaitu hari pengisytiharaan rasmi Negara HARAM Israel. Ini bermakna sudah 64 tahun Israel menduduki Palestin secara HARAM dan meragut segala keamanan rakyat Palestin. Ini bukanlah isu Palestin sahaja malah sebagai isu global yang perlu diambil peduli oleh seluruh dunia.




Gambar berwarna coklat tersebut merupakan pakaian tahanan yang dipaksa pakai dan tertulis perkataan 'SHABAS' di dalam bahasa Ibrani iaitu singkatan untuk Jabatan Penjara Israel.

Penukaran Profile Picture tersebut menyatakan sokongan terhadap lebih daripada 1600 tahanan di penjara Palestin yang 'mogok lapar' sebagai tanda protes berikutan keadaan mereka yang tidak terurus di sana. Mogok tersebut yang bermula 17 April 2012 yang lepas telah mengakibatkan jumlah tahanan yang sakit semakin meningkat. Kebanyakkan daripada mereka ditahan tanpa sebab dan merupakan satu kekejaman yang perlu kita bantah. 

Untuk menunjukkan tanda sokongan kepada mereka, marilah kita bersama-sama menggantikan DP kita di Facebook, Twitter dan juga mana-mana medium yang boleh kita tunjukkan sebagai tanda protes terhadap kekejaman Israel. 












Kepada yang 'Non-Muslim' saya menyeru kita bersama membantah demi kemanusiaan dan juga keamanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh klik di link ini
http://www.facebook.com/activists.palestine
http://www.bharian.com.my/articles/TahananPalestinmogoklapar/Article/
http://palhunger.tumblr.com/
http://www.sinarharian.com.my/global/1-600-tahanan-palestin-mahu-mogok-lapar-1.40501
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK