MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Friday 24 February 2012

Screen Recorder

Screen Recorder Pro


Korang tau tak software untuk record segala apa yang berlaku di skrin monitor korang. Aku nak kongsikan satu software yang boleh record apa yang dipaparkan pada skrin monitor. Setakat ini aku belum jumpa software yang lagi bagus dari yang ni. Setakat ini aku boleh cakap software ini ok je la, sebab kadang-kadang dia lack jugak.. Kepada korang yang ada software yang lagi bagus dari ni, mintak la share sikit. 




Software ni boleh la membantu sebahagian kerja-kerja untuk presentation dan ianya juga dapat tracking perjalanan komputer kita. Kalau member pinjam PC kita, kita record je guna software ni. Mana la tau, dia buat benda bukan-bukan, kita boleh la tau.. Thats All! 

TURBO DAN SUPERCAS

TURBO DAN SUPERCHARGER

Turbocharger dan Supercharger ialah satu alatan untuk meningkatkan kuasa sesebuah enjin. Sebab itulah turbo banyak digunakan pada kenderaan-kenderaan berat enjin diesel. Alat ini ialah sebuah pemampat udara yang membantu meningkatkan tekanan dalam enjin  penafasan biasa (NA).

TURBOCHARGER





Turbocharger ialah satu sistem pemampat yang menggunakan tenaga hasil dari sisa gas ekzos "Regenerate System". Ini bermakna, gas ekzos yang terhasil memutarkan turbin ekzos. Turbin ekzos yang disambungkan dengan satu shaft memutarkan turbin untuk menyedut lalu memampatkan udara. Udara yang telah dimampatkan itu akan melalui "intercooler" untuk disejukkan terlebih dahulu dan akan masuk ke dalam ruang pembakaran bersama bahan bakar (petrol atau diesel). Secara teori, udara akan mengembang apabila dipanaskan. Oleh itu, udara yang dimampatkan tadi masuk ke dalam dengan isipadu yang banyak dan memberikan kuasa yang berganda apabila terbakar. Selain itu, udara yang dimampatkan itu juga membantu meringankan beban untuk piston melonjak ke bawah. 
Oleh sebab turbocharger menggunakan gas ekzos, maka turbocharger akan berfungsi apabila enjin berada pada RPM yang tinggi kerana tekanan gas ekzos mampu untuk memutarkan turbin tersebut.

merah:  gas ekzos
biru: udara
SUPERCHARGER





Supercharger mempunyai prinsip yang sama dengan Turbocharger. Bezanya ialah supercharger menggunakan pulley untuk memutarkan turbin. Supercharger berfungsi sebaik sahaja enjin dihidupkan kerana tenaga dipindah menggunakan sistem tali sawat "belt" yang disambungkan pada "crankshaft". Oleh itu, kuasa tork dan BHP yang dikeluarkan dalam keadaan linear atau sekata. 


Enjin yang dipasangkan supercas






KOMPONEN ASAS


Komponen asas yang perlu ada pada sistem Turbo dan Supercas tentulah turbin tersebut. Komponen lain yang perlu ada ialah:


INTERCOOLER


Intercooler
Intercooler kebiasaannya dipasang pada sistem Turbo kerana suhu udara yang melalui turbo akan meningkat disebabkan pemindahan haba daripada gas ekzos. Selain itu, udara yang telah disejukkan menyebabkan molekul oksigen mengecut. Apabila udara yang telah dimampatkan terbakar akan menyebabkan tekanan menjadi lebih tinggi dan meningkatkan kuasa enjin.


WASTEGATE


Wastegate
Wastegate dikenali sebagai injap pelega di dalam sistem pneumatik. Ianya berfungsi melepaskan tekanan berlebihan agar tekanan sistem berada dalam keadaan stabil. Tekanan yang berlebihan boleh merosakkan komponen sistem pembakaran dan juga "Knocking" pada enjin tersebut. 



Enjin Pembakaran Dalam

Aku memang minat kalau sembang pasal kereta dan ada la sikit je knowledge bab-bab kereta ni. Disebabkan minat, aku belajar la dengan pakcik mekanik kat kampung aku dan sekarang ni kadang-kadang buat part time job kat bengkel sepupu aku. Banyak jugak pengalaman yang aku dapat. Kalau nak tukar sparepart tu memang ramai yang boleh, tapi kalau nak troubleshoot apa yang rosak kat kereta tu tak semua yang boleh. Time aku tengah syok melayan video pasal kereta di youtube, hati aku terdetik nak cerita pasal enjin TURBO. Memandangkan sebelum ini aku pernah buat research tentang Turbo semasa diploma dulu, aku berani la sikit nak cerita pasal ni. Hope, boleh la bantu kepada student-student macam aku dulu.

Ok, kita guna ‘SAYA’ la pulak ye. Nampak macam ape je guna ‘AKU’ ni. Hehehe..
Sebelum tu saya nak story pasal enjin pembakaran dalam dulu. Dalam bahasa yang mudah difahami ialah ‘Internal Combustion Engine’ dan bahasa yang lagi mudah difahami ialah enjin yang kita guna kat motor dengan kereta tu la. Enjin ni ada 2 jenis iaitu jenis salingan dan jenis emparan(rotary). Fokus untuk topik ini ialah enjin jenis salingan. Enjin jenis salingan terbahagi kepada dua iaitu 2 stroke dan 4 stroke.  Kedua-dua jenis enjin ni mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Untuk enjin 2 stroke ni, mempunyai kuasa yang lebih kuat berbanding 4 stroke tetapi pencemaran bunyi dan udara yang tinggi kerana ianya lebih bising dan mengeluarkan asap. Enjin 4 stroke pula lebih senyap dan penggunaan bahan api yang rendah.


Enjin 4 Lejang

Stroke bermaksud LEJANG. Enjin 4 stroke bermaksud mempunyai 4 susunan lejang iaitu, lejang masukan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos. Lejang-lejang ini akan berturutan dalam satu kitaran lengkap.


Gambar ini adalah sebuah enjin 4 stroke yang mempunyai 4 silinder. Bagi yang warna biru adalah lejang masukan, warna oren ialah lejang mampatan, bintik hitam dan merah adalah lejang kuasa, dan hitam adalah lejang ekzos. Enjin 4 stroke mempunyai injap (valve) iaitu sejenis alat yang membenarkan campuran udara dan bahan bakar bergerak dalam searah sahaja. Dalam gambar ni, injap masukan (Inlet) berwarna biru dan Injap Ekzos berwarna merah.

Proses bermula dengan lejang masukan dimana piston bergerak ke bawah dan injap Inlet terbuka. Semasa piston bergerak ke bawah, ruang di dalam silinder menjadi vakum lalu menyedut udara dan campuran bahan bakar (fuel) yang masuk melalui injap Inlet. Seterusnya, piston mula bergerak ke atas dan Injap Inlet dan Injap Ekzos tutup. Maka, berlakulah lejang mampatan. Apabila piston mula berada pada kedudukan paling atas, percikan api dari spark plug menyebabkan campuran fuel dan udara terbakar dan dinamakan lejang kuasa. Tekanan yang terhasil menggerakkan piston turun ke bawah. Apabila piston bergerak ke atas semula, Injap Ekzos akan terbuka dan mengeluarkan gas ekzos yang terbakar tadi dan ianya dinamakan Lejang Ekzos. Kitaran ini berterusan mengikut turutan sehingga enjin dimatikan. 

Enjin 2 lejang

Bagi enjin 2 stroke, ianya tidak mempunyai Injap seperti 4 stroke tetapi menggunakan injap dedaun (Leaf Valve). Enjin 2 stroke mempunyai lejang-lejang seperti enjin 4 stroke tetapi ianya berlaku serentak. Apabila piston mula turun ke bawah, tekanan vakum akan menyedut campuran udara dan bahan api masuk ke dalam ruang pembakaran. Pada ketika ini, campuran udara tersebut akan masuk dan menolak gas ekzos keluar. Apabila piston mula bergerak ke atas,  Injap dedaun (Leaf Valve) akan terbuka dan menyedut campuran udara dan bahan bakar masuk ke dalam enjin. Pada masa ini, campuran udara dimampatkan dan terbakar. Secara ringkasnya, lejang masukan berlaku serentak dengan lejang ekzos dan lejang mampatan berlaku serentak dengan lejang kuasa. Disebabkan itu, enjin
2 stroke mengeluarkan bunyi yang bising. Enjin 2 stroke juga mempunyai asap kerana menggunakan minyak pelincir silinder (2T). Ini kerana enjin 2 stroke tidak menggunakan minyak enjin (4T).  Sebagai tambahan, kebanyakkan enjin motorsikal 2 stroke menggunakan minyak enjin yang hanya berfungsi sebagai pelincir untuk gearbox dan bearing.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK