MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Monday 29 October 2012

Kemungkinan Manusia Merentas Masa

Korang pernah tak terfikir nak kembali ke zaman bebudak dulu atau nak ke masa hadapan untuk tengok apa yang berlaku kepada kita akan datang? Mesti pernah terfikir nak merentas masa macam cerita Doraemon tu kan? Aku memang suka kalau ada cerita science fiction yang macam ni. Contohnya macam cerita Back To The Future. Lepas tengok cerita mengarut mengalahkan drama seram melayu, aku terfikir yang Time Travel adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia punya taksub sampai aku rasa yang aku ni perlu bertanggungjawab untuk mencipta mesin macam tu..Huahaha!!! Logik ke tidak? Is it possible or impossible untuk kita merentas ruang masa? 





Susah nak explain kan? Sebab teori-teori berkaitan diperkukuhkan oleh hukum fizik yang sememangnya kita tak akan faham even diorang explain berjuta kali. Kompleks sangat!

Albert Einstein yang memperkenalkan Theory of Relativity berpendapat yang TIME IS NOT FIXED! Ianya boleh diubah. Contohnya, Kalau kita pergi ke angkasa lepas dengan kenderaan yang lebih laju daripada kelajuan cahaya dan kembali ke bumi, umur orang di bumi akan lebih tua daripada umur kita. "Mengarut la ang!" aku pernah bertekak dengan member aku pasal ni masa form 1 dulu.. Hahaha.. Masing-masing nak tunjuk genius.
Tapi Einstein mengatakan time travel adalah sesuatu yang mustahil kerana sememangnya mustahil mencipta kenderaan selaju cahaya. Moto kapcai korang boleh pecut selaju 299792458 m/s tak?

Kemudian saintis lain mula mengkaji lebih mendalam dan menemui teori tentang merentas masa ni. Ada yang menggunakan WORM HOLES. Worm Holes ni adalah satu terowong yang menghubungkan Black Holes dan White Holes. Astronomers percaya yang Black Holes ni menyedut apa sahaja yang dekat dengannya termasuklah cahaya dan akan merentas masa melalui Worm Holes ni. 



Boleh imagine tak theory Worm Holes ni? Selain tu ada jugak teori lain seperti Quantum dan Rolling Up Time. Bila diorang kemukakan teori-teori macam ni, kita mula terfikir yang time travel ni adalah sesuatu yang tidak mustahil. 

Tapi sebenarnya macam tidak masuk akal. Kenapa?
Okey, tak perlu nak buat calculation fizik bagai, tak perlu nak teropong langit tengok black holes. Kalau manusia boleh merentas masa, mungkin mesin ini telah wujud pada masa akan datang. So, mesti la ada cucu, cicit, piut, miut kita datang bertandang ke rumah kita time hari raya ye tak? Takkan la setahun sekali tak boleh nak datang jenguk.

Alah, paling tidak pun datang 5 tahun sekali pun tak pe la. Logik tak penjelasan yang macam tu?

Lagi satu hujah yang boleh kita katakan Merentas Masa adalah MUSTAHIL ialah Surah Al-Asr.



Maksudnya: Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka juga berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ayat ni dah jelas menunjukkan yang mustahil untuk kita berpatah balik ke masa lampau untuk betulkan kesilapan kita. Masa sentiasa bergerak, tak boleh diundur dan tak boleh dihentikan. So, TIME IS FIXED!

Korang nak jadi Time Traveller?? 
Aku nak ajar korang cara untuk pergi ke masa hadapan. Sebagai contoh kalau kita nak pergi ke 5 jam akan datang, cuba korang tidur dan bangun selepas 5 jam. Korang akan berada pada 5 jam akan datang la tu kan? 
Hehehehe

p/s: If you show somenone their future, they have no future..If you take away the mistery, you take away hope..:)

Friday 26 October 2012

Salam AidilAdha

Alhamdulillah.. Baru je selesai dua majlis qurban di kampung aku untuk hari ni.. Seperti tahun-tahun sebelum ni, aku punya tugas duduk dalam parit la.. Ini memang tugas fevret aku nih! Disebabkan aku mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang engineering (Apa punya relate la dengan lembu..), aku diberikan amanah untuk memproses sistem penghadaman lembu tersebut. Atau dalam bahasa prosa klasik Mencuci Perut Lembu.. Tak ramai yang tahu macam mana nak cuci segala benda dalam perut lembu tu tau.. 

Terutama sekali pada bahagian usus.. Kan makanan tu pada bahagian dalam usus tu, macam mana kita nak cuci bagi bersih? Kita terbalikkan usus tu bagi yang bahagian dalam tu berada di luar. So, macam mana kita nak terbalik kan? Itu la yang aku buat magic kat bebudak hingusan.. Aku masukkan batang pokok bemban dalam usus tu, then keluarkan ikut lubang lagi satu. Kalau silap buat, memang koyak la nanti.. Aku nak cerita pun tak berapa reti, gambar pon takde nak tunjuk.. Yang mana tak tahu tu, esok lusa tengok la macam mana diorang buat nak cuci usus tu.. 

Aku rasa kerja yang ni paling aku suka sebab boleh kenakan member-member. Hahaha.. Memang kena simbah dengan air la kalau buat silap..Itu kira tak kejam lagi, yang paling kejam kalau kena baling dengan benda kaler hijau dalam perut tu......Aku ni jenis tak kejam punye... Hehehe

Tayar Dah Expired Pulak

Baru dua hari lepas aku post pasal persediaan sebelum perjalanan jauh. Sekarang aku dah selamat tiba ke destinasi yang dituju dengan bermacam dugaan. Baru adventure macam ni!
Korang tau tak tayar korang tu ada expired date? Kira macam roti la jugak.. Tapi kalau tayar, tetap tak boleh dimakan walaupun belum expired. Sebelum ni kan pernah kecoh kat berita pasal tayar expired yang diorang jual murah? Memang tayar tu new condition, tapi sifat tayar tu dah berubah. Tayar yang sepatutnya ada sifat kenyal dah jadi keras dan merekah. Jadi tayar tersebut tak grip kalau kita brek. Lagi satu masalah, tayar tu jadi bengkak sebab tekanan dalam tayar dah jadi tak stabil. Tu pasal la time drive terasa semacam je goyang dan bergegar. Kebanyakkan tayar mempunyai had usia selama 2-4 tahun je. Kalau kereta tu selalu guna, memang tayar botak dulu sebelum expired. Tapi lain pulak yang berlaku dengan aku ni. Tayar belum botak dah kena tukar empat-empat. Kepala pulak yang botak.Tengok-tengok tayar tu keluaran April tahun 2009 rupanya.

Memang dah sampai masa la pun. Sebelum ni kereta ni duduk parking je since baru beli dulu, kalau jalan jauh pun boleh kira dengan jari kut. Tu pasal la bunga tebal lagi. Aku memang jenis malas nak drive, jangan harap aku nak drive kalau tak ada urusan penting. Kalau masuk area bandar, lagi la aku tak nak. Tapi kalau dah tumpang member tu, memang kena drive la kalau tiba turn aku drive. 

Tuesday 23 October 2012

Tips Memeriksa Kenderaan Sebelum Berjalan Jauh

Aku rasa semua dah tak sabar nak balik kampung untuk cuti Hari Raya Aidiladha kan? Kalau student tu, jasad kat kelas tapi fikiran dah melayang kat kampung. 
Tiket bas awal-awal lagi dah beli, barang semua siap packing kalah orang nak pergi Haji.
Post kali ini aku nak bagi tips kepada mereka yang berkenderaan sendiri sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung. 



Based on my experience (alamak! tercakap omputih pulak!!), elok kita periksa kenderaan sehari sebelum memulakan perjalanan. KENAPA?
Sebab ada beberapa kemungkinan yang berlaku. Kalau kita check kereta sejam sebelum bertolak, then kita detect ada masalah. Mungkin tak sempat nak fix kerosakan tersebut.
Jadi, seeloknya kita periksa seawal yang mungkin sebelum memulakan perjalanan.


  1. Mula-mula sekali kita periksa air di dalam tangki radiator dulu. Check level air di dalam tangki simpanan yang terletak di sebelah tangki radiator. JANGAN isi sampai penuh sehingga mencurah-curah ke ladang gandum ye.. Ikut level pada tangki tersebut.  Then, periksa keadaan 'radiator cap' secara fizikal. ini kerana penutup tersebut berfungsi sebagai 'thermostat' yang akan mengeluarkan air ke tangki simpanan apabila suhu enjin panas dan akan menyedut air dari tangki simpanan ketika air di dalam tangki radiator berkurang.
  2. Kemudian periksa keadaan minyak enjin pula. Tarik 'Dipstick' dan lap dipstick supaya bersih dari minyak dan masukkan kembali dipstick tu. Kemudian, tarik keluar balik dan periksa level minyak enjin tu. Periksa keadaan minyak tersebut secara fizikal. Jika ianya berwarna hitam, bermaksud minyak tersebut perlu ditukar. Di dipstick ada tanda MAX dan MIN, tambahkan minyak pelincir kalau ianya tidak berada pada tahap MAX. 
  3. Periksa keadaan brake fluid. Periksa level di dalam tangki fluid tesebut. Jika berkurang, tambahkan brake fluid dari jenis DOT3 atau DOT4. Lihat pada penutup untuk mengetahui jenis fluid yang digunakan. Jangan gunakan sebarangan minyak! Ini kerana brek menggunakan sistem hidraulik yang menggunakan bendalir bukan minyak. Minyak akan mengakibatkan kerosakan pada oilseal brek tersebut.
  4. Periksa keadaan power stereng fluid. Pastikan ianya mencukupi dengan melihat level pada tangki tersebut. Pastikan warnanya tidak hitam. Jika berwarna hitam, ianya wajib ditukar.
  5. Periksa keadaan bateri kereta anda. Bateri kereta mempunyai jenis sel basah dan sel kering. Jika sel kering, periksa indicator yang terdapat di atas bateri tersebut. Jika berwarna hijau, bermakna ianya masih elok. Sel kering pula menggunakan elektrolit atau air bateri. Periksa level air bateri tersebut dan tambah air bateri sehingga menunjukkan level MAX. JANGAN gunakan air biasa!
  6. Periksa keadaan Timing Belt dan belt yang lain. Periksa keadaan secara fizikal sama ada tegangan yang cukup dan tiada benang yang keluar. Lihat milliage atau tarikh akhir ianya ditukar. Jika sampai masanya, bawa kenderaan anda ke bengkel berhampiran. Langkah awal dapat menyelamatkan duit anda melayang ribuan ringgit.
  7. Periksa keadaan tayar anda. Periksa bunga tayar dan tekanan angin di dalam tayar tersebut. Untuk memeriksa bunga tayar, kita just lihat keadaan fizikal tayar tersebut. Kaedah yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan syiling 20 sen. Letakkan syiling tersebut di celah antara bunga tayar. Jika tulisan SEN tersebut tak dapat dilihat, tayar tersebut masih lagi boleh digunakan. Untuk check tekanan angin pula, bawa kenderaan anda ke stesyen minyak berhampiran. Untuk kereta yang standard keluar kilang, sila periksa tekanan angin yang sesuai. Selalunya pengilang akan menampal sticker pasal tekanan angin tayar di celah pintu sebelah driver. Kalau tak ada, selalunya orang pam tayar menggunakan tekanan 200kPa. Periksa sekali angin tayar spare!
  8. Okey.. Semua dah cek kan? Last sekali cek minyak petrol anda sebelum memulakan perjalanan. Kalau untuk perjalanan yang jauh, pastikan minyak sekurangnya setengah tangki. Ini adalah untuk langkah persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan. Kemudian periksa peralatan kecemasan yang sepatutnya perlu dibawa berada dalam keadaan sempurna. Contoh: Spanar buka tayar, Spanar saiz 8,10,12,14 dan 17, screwdriver, jerk, lampu suluh, triangle reflector, air dan first aid kit. 
Selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Hari Raya Aidiladha. 
Berhati-hati di jalanraya dan ingat orang yang menyayangi kita!

Sindiket Mempergunakan Kanak-Kanak

Tadi aku lepak bersama member-member aku di sebuah kedai makan tepi jalan. Tengah sedap berborak, tetiba didatangi oleh satu kelibat manusia berbaju kurung dan bertudung lalu memberi salam. "Assalamualaikum pakcik..." Huaaaaaaa.... tua sangat ke muka aku nih??? balik rumah terus tengok cermin 3-4 jam..hahaha..
Then, kami jawab salam. Aku tengok macam dia nak jual something sebab dia pegang botol dan resit. Aku tengok betul-betul resit tu ala Dektektif Conan gitu..Oooo... Resit derma anak-anak yatim.. 



Ini bukan first time aku jumpa orang macam ni, dah banyak kali dah. Korang pon banyak kali jumpa kan? Kita keluar je bank, datang bebudak datang nak jual madu, kalendar dan duit tu diorang cakap disalurkan ke rumah anak-anak yatim, tahfiz dan bla bla bla... Dia ingat aku baru lepas keluar duit kot. Padahal aku punya la bebal, baru lepas bank in duit bayar duit kereta, itu, ini.. Kekadang nak balik ke Johor ikut highway, dari Ipoh ke Johor berapa banyak R&R yang ada? Setiap kali berhenti, mesti ada bebudak ni tunggu kat petrol pump. Aik? Tadi bukan budak ni ke yang aku jumpa kat Tapah? Time tu aku kat Sungai Buloh. Takkan dia ada ilmu jampi serapah kot? Mungkin orang lain kot... Aku terus cam muka dia betul-betul..Mane la tau kot terjumpa lagi..
Sampai kat Seremban pulak, jumpa orang macam tu lagi. Ishhhh.. Aku tenung muka budak tu bebetul.. Nasib baik bukan orang yang sama. Kalau tak, mau pengsan aku kat situ.. Bayangkan la, aku punya la pecut selaju yang boleh dari Ipoh. Tetiba jumpa orang yang sama. Tak ke impossible?

Seriously, memang budak ni jual barang mahal gila. Lepas tu pulak, barang yang dijual bukan keperluan aku pun. Apa yang aku boleh buat, aku bagi la sedekah seposen kat budak tu. Mesti korang ada terfikir bebudak ni mungkin menipu, tak pun bebudak ni dipergunakan oleh sindiket tertentu. Member aku pon marah kalau aku bagi duit macam tu je. Ingat duit senang nak dapat ke? 

Ya Allah, bukan niat aku nak menunjuk2 kat korang. Korang pon xkenal sape aku kan? So, xde sebab aku nak buat macam tu. Aku just nak ubah mentality semua orang pasal ni. Setiap kali orang meminta sedekah atau derma, abaikan perasaan suspicious korang tu. Yang paling penting, niat korang sedekah tu ikhlas. Buangkan prasangka buruk and think positive! Kalau dia nak tipu sekali pun, itu urusan dia dengan Allah. 
Takkan miskin diri kita ni disebabkan RM10 yang korang bagi tu. Insyaallah, Allah akan pulangkan berlipat kali ganda. Aku sendiri dah merasa, sejak aku tinggal berjauhan dengan keluarga memang duit selalu tak cukup. So, memang jadi kedekut nak bagi seposen kat orang. Lepas tu aku ada dengar kuliah pasal derma, hadiah dan sedekah. Walau time kita sempit sekali pun, kalau ada balance duit tu ringankan tangan untuk bersedekah. Alhamdulillah, ada je rezeki yang Allah beri time aku takde duit. Kekadang kawan panggil bagi job, kekadang tengah drive tu ada orang kereta rosak. Rosak sikit je, diorang bagi sedekah kat kita. Memang Allah tak bagi lebih kat kita, Dia akan bagi cukup-cukup kat kita untuk kita survive. Lagi satu, jangan membazir beli benda bukan-bukan. Aku cukup pantang kalau member mintak 20 sen sebab tak cukup duit nak beli rokok! Bukan kedekut, aku sayang kawan-kawan aku.

p/s: Merokok itu HARAM!!!

Sunday 14 October 2012

Teknologi Elektrik: Litar Selari

Selalunya ramai yang keliru dengan perbezaan litar sesiri dengan litar selari. Diorang cakap litar sesiri ialah litar yang bersiri-siri dan litar selari ialah litar yang ada satu laluan je. Bukan diorang yang fikir macam tu, aku pun fikir macam tu jugak time sekolah dulu. Absolutely SALAH!

Yang sebenarnya litar sesiri ialah semua komponen berada dalam satu siri MANAKALA litar selari pulak ialah litar yang mempunyai cabang yang lain. Oleh sebab kedudukan komponen dalam keadaan selari dalam litar skematik, ianya dipanggil selari. Dalam bahasa omputihnya disebut Parallel Circuit.


Cara pengiraan litar selari adalah berbeza kerana mempunyai lebih dari satu laluan. Arus (current) akan berpecah melalui laluan yang ada dan nilai voltage yang masuk ke dalam laluan adalah sama. 

IT =I1+I2
VT =V1=V2

Untuk mendapatkan jumlah rintangan pula, 

1/RT = 1/R1+1/R2


Teknologi Elektrik: Litar Sesiri

Litar Sesiri (Series Circuit) ialah litar yang hanya mempunyai satu laluan sahaja untuk arus mengalir di antara dua titik. Oleh itu, arus yang sama mengalir pada setiap komponen.

Litar Sesiri
Pengiraan bagi litar ini amat mudah kerana jumlah rintangan yang terdapat di dalam litar ini adalah sama dengan hasil tambah bagi setiap rintangan. 


Berdasarkan gambarajah (a) kita dapat lihat terdapat empat perintang. Oleh itu, jumlah rintangannya ialah:

RT = R1+R2+R3+RN

Untuk mendapatkan nilai arus (current) pula, kita hanya menggunakan rumus asas V=IR.

IT = V/RT
Perintang adalah beban kepada bekalan kuasa, Vs. Untuk mengetahui voltan setiap beban tersebut, kita menggunakan nilai arus yang sama tetapi nilai rintangan mengikut beban tersebut. Sebagai contoh, jika kita ingin mencari voltan untuk R1,

V1 = IT(R1)

Eh, tak perasan aku guna ayat skema.. Kalau dah expert sikit, kita boleh jugak guna equation yang cenggini haa.

V1= (R1/R2) VT

Untuk memastikan pengiraan yang telah kita buat tadi adalah tepat, jumlah V1,V2,V3,VN adalah sama dengan VT.

VT = V1+V2+V3+VN


p/s: Buah cempedak di luar pagar ye....

Saturday 13 October 2012

Konsep Aliran Elektrik

Alhamdulillah, dah post yang ke-100 dah pun. Pernah guna pili atau kepala paip? Tipu sangat kalau tak pernah guna. Nanti hidung jadi macam Pinochio karang. Lainlah kalau seumur hidup mandi guna air telaga.




Andaikan kepala paip tu sebagai perintang, paip sebagai wayar dan tangki air sebagai bateri. Tangki membekalkan air dan melalui paip tersebut. Tekanan di dalam tangki tu ibarat Voltan. Kalau tekanan tinggi, maknanya voltannya tinggi. Apabila air tersebut masuk ke dalam paip, aliran air tersebut bergerak laju dan banyak. Macam tu lah arus elektrik mengalir. Bila kita buka kepala paip, air akan mengalir keluar. Tapi kalau kita tutup sikit kepala paip tu, air mengalir dengan kuantiti yang sedikit dan perlahan. Jadi, kepala paip tu kita anggapkan sebagai perintang yang menyekat tekanan dan kuantiti air yang mengalir. 

Gambar di bawah ini mungkin boleh membantu pemahaman konsep ni.


Voltan memberikan daya untuk menggerakkan sejumlah arus elektrik melalui pengalir, Rintangan pula menyekat jumlah arus yang mengalir tersebut. Mudah je kan?

Tips mengahafal persamaan menggunakan Segitiga VIR

Pernah tengok segitiga ni? Ini takde kena mengena dengan agenda freemason dan illuminati okey!



Segitiga ni aku jarang guna sebab aku hafal equation V=IR je. Kalau nak cari  I atau R, just terbalikkan equation tu. Kalau nak guna figure ni, kena ingat kedudukan V perlu diletakkan di atas. 
Kalau kita nak cari nilai Voltage, tutup huruf V dengan jari. Kalau tak nak guna jari, guna pemadam pon boleh. Takpe.... hahaha
Okey, be serious! Bila kita dah tutup huruf V tu, kita boleh lihat huruf I dan R berada bersebelahan. Oleh itu, kita darabkan I dengan R tu. Kalau kita nak cari nilai I pula, kita tutup huruf I dan boleh lihat V berada di atas R. Oleh itu, kita bahagikan V kepada R. 
Kalau kita nak cari nilai R, kita tutup R. Kita boleh lihat V berada di atas I. Then, kita bahagikan V kepada I. Senaaaaaannnggg.....

Untuk lebih memahami konsep hubungkait antara Voltage, Resistance dan Current, klik SINI.

Asas Elektrik

Assalamuailaikum pembuka bicara.. Ecewah! Cantik semacam bahasa.. Jawab, jangan tak jawab salam tu..
Memandangkan mechanical engineering ni ada relate dengan elektrik, so post kali ini nak menceritakan serba sedikit tentang elektrik. Aku tak hebat mana pun pasal elektrik ni, tapi kalau simpan ilmu yang sedikit ni nak buat apa kan? Tak rugi pun kalau aku share dengan orang. Sesetengah orang boleh hafal semua, tapi konsep zero. Bila nak apply kat sistem, ternganga luas sampai lalat besar penumbuk boleh masuk.

Firstly, apa yang patut kita tahu ialah definisi litar elektrik.


Litar elektrik ialah satu sambungan yang lengkap antara beberapa elemen seperti sumber elektrik dan beban menggunakan pengalir. Beban yang dimaksudkan di sini ialah komponen elektrik seperti mentol, perintang dan lain-lain. Pengalir pula terdiri daripada bahan konduktor elektrik seperti wayar.

Secara basic, dalam sebuah litar yang lengkap ada beberapa elemen yang kita patut tahu iaitu Voltan, Arus dan Rintangan.
Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik (koduktor). Unit untuk voltan ialah Volt (V). 
Arus (current) ialah jumlah elektron yang mengalir di dalam konduktor tersebut. Unit untuk arus ialah Ampere (A) dan simbolnya ialah I.
Rintangan (resistance) ialah halangan yang menyekat jumlah elektron untuk mengalir di dalam konduktor. Kalau current dan voltage melalui resistor, nilainya akan menurun. Unit untuk rintangan ialah Ohm (Ω) simbolnya ialah R.

Oleh itu, Hukum Ohm menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir berkadar terus dengan voltan dan berkadar songsang dengan rintangan.

Ingat betul-betul statement ni. Kalau bukan sebab lecturer aku buat kuiz pasal Ohm's Law ni, sampai sekarang aku tak ingat kot.

Based on this statement, kita boleh dapat equation macam ni.
V=IR..........1
I=V/R.........2
R=V/I ........3

Simple kan? Tapi ada jugak yang tak boleh nak ingat benda ni. Nak senang ingat, klik SINI.
Untuk memahami konsep pula klik SINI.

p/s: Sabda Rasulullah SAW: “Apabila mati seseorang anak adam itu maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh”.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK