MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Monday 27 February 2012

Singgah di Hutan Lipur Gunung Ledang

Alang-alang lalu Ledang, baik singgah kejap di Gunung Ledang. Masa tu aku dengan members aku balik dari Melaka. Saja je nak buat benda tak berfaedah kat sana. Memandangkan takde benda nak rushing, kami singgah la kejap di Gunung Ledang. Sampai sana pun dah lewat jugak, pukul 5 petang. Kalau datang pukul 12 tengahari tu cantik jugak la kan, cuaca sekarang pun panas. Dengan tanpa membuangkan masa, aku pun snap la gambar ala-alagapas kari ayam. Snap sana, snap sini.. Tempat memang best, tapi aku tak banyak masa nak menjelajah dalam hutan tu. Ada la dalam sejam aku kat situ. Orang kata, senja-senja tak elok duduk dalam hutan. Kami pun balik la dengan muka tak puas mandi.. 




Takde yang spesel pun dengar gambar ni..



Gambar ni di-snap tidak menggunakan filter dengan bukaan shutter 15 sec, ISO 80
Bila dah dapat snap yang terbaik, baru la aku balik. Members semua merungut tunggu aku kat kereta.. Lepas ni memang aku pergi lagi ke sini, memang best!!

Saturday 25 February 2012

Taekwondo

Alamak!!! Aku kena siapkan satu tugasan berkisarkan tentang sejarah taekwondo di Malaysia. Adoyai, mana la aku nak tau taekwondo ni. Tak kenal maka tak cinta kan? Oleh sebab itu, aku secara paksa perlu mengenali taekwondo ni. Aku search la website and blog berkaitan taekwondo ni, dan ini hasil yang aku dapat.

TAEKWONDO merupakan sejenis 'martial art' yang berasal dari Korea. Ianya sukan rasmi Korea dan telah dipertandingkan di peringkat olimpik sejak tahun 2000. Maksud taekwondo berasal dari perkataan 'Tae' menumbuk, 'Kwon' menendang dan 'Do' cara. Jadi ianya bermaksud 'Cara Menendang dan Menumbuk'. Tak gitu?

Taekwondo diperkenalkan ke seluruh dunia oleh seorang panglima tentera Korea Selatan iaitu Jeneral Choi Hong Hi.

Sejarah taekwondo di Malaysia bermula pada tahun 1962 semasa Jeneral Choi Hong Hi telah dihantar untuk menjadi Duta Korea di Malaysia. Beliau memperkenalkan taekwondo kepada masyarakat di sini dan Persatuan Taekwondo Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Taekwondo telah diterima oleh masyarakat di sini sehinggakan satu demonstrasi telah diadakan di Stadium Merdeka di atas permintaan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Di Malaysia terdapat beberapa persatuan taekwondo yang bernaung di bawah persatuan taekwondo dunia. Antaranya ialah:

  1. World Taekwondo Federation (WTF)
  2. International Taekwondo Federation (ITF)
  3. Global Taekwondo Federation (GTF)
Perbezaan antara ketiga-tiganya ialah modul itu sendiri. Untuk WTF, ianya mementingkan aspek kesukanan dan telah diiktiraf oleh Majlis Sukan Olimpik di Sydney pada tahun 2000. Untuk ITF dan GTF, ianya masih mementingkan kesenian 'martial art' tersebut.





Friday 24 February 2012

Screen Recorder

Screen Recorder Pro


Korang tau tak software untuk record segala apa yang berlaku di skrin monitor korang. Aku nak kongsikan satu software yang boleh record apa yang dipaparkan pada skrin monitor. Setakat ini aku belum jumpa software yang lagi bagus dari yang ni. Setakat ini aku boleh cakap software ini ok je la, sebab kadang-kadang dia lack jugak.. Kepada korang yang ada software yang lagi bagus dari ni, mintak la share sikit. 




Software ni boleh la membantu sebahagian kerja-kerja untuk presentation dan ianya juga dapat tracking perjalanan komputer kita. Kalau member pinjam PC kita, kita record je guna software ni. Mana la tau, dia buat benda bukan-bukan, kita boleh la tau.. Thats All! 

TURBO DAN SUPERCAS

TURBO DAN SUPERCHARGER

Turbocharger dan Supercharger ialah satu alatan untuk meningkatkan kuasa sesebuah enjin. Sebab itulah turbo banyak digunakan pada kenderaan-kenderaan berat enjin diesel. Alat ini ialah sebuah pemampat udara yang membantu meningkatkan tekanan dalam enjin  penafasan biasa (NA).

TURBOCHARGER





Turbocharger ialah satu sistem pemampat yang menggunakan tenaga hasil dari sisa gas ekzos "Regenerate System". Ini bermakna, gas ekzos yang terhasil memutarkan turbin ekzos. Turbin ekzos yang disambungkan dengan satu shaft memutarkan turbin untuk menyedut lalu memampatkan udara. Udara yang telah dimampatkan itu akan melalui "intercooler" untuk disejukkan terlebih dahulu dan akan masuk ke dalam ruang pembakaran bersama bahan bakar (petrol atau diesel). Secara teori, udara akan mengembang apabila dipanaskan. Oleh itu, udara yang dimampatkan tadi masuk ke dalam dengan isipadu yang banyak dan memberikan kuasa yang berganda apabila terbakar. Selain itu, udara yang dimampatkan itu juga membantu meringankan beban untuk piston melonjak ke bawah. 
Oleh sebab turbocharger menggunakan gas ekzos, maka turbocharger akan berfungsi apabila enjin berada pada RPM yang tinggi kerana tekanan gas ekzos mampu untuk memutarkan turbin tersebut.

merah:  gas ekzos
biru: udara
SUPERCHARGER





Supercharger mempunyai prinsip yang sama dengan Turbocharger. Bezanya ialah supercharger menggunakan pulley untuk memutarkan turbin. Supercharger berfungsi sebaik sahaja enjin dihidupkan kerana tenaga dipindah menggunakan sistem tali sawat "belt" yang disambungkan pada "crankshaft". Oleh itu, kuasa tork dan BHP yang dikeluarkan dalam keadaan linear atau sekata. 


Enjin yang dipasangkan supercas






KOMPONEN ASAS


Komponen asas yang perlu ada pada sistem Turbo dan Supercas tentulah turbin tersebut. Komponen lain yang perlu ada ialah:


INTERCOOLER


Intercooler
Intercooler kebiasaannya dipasang pada sistem Turbo kerana suhu udara yang melalui turbo akan meningkat disebabkan pemindahan haba daripada gas ekzos. Selain itu, udara yang telah disejukkan menyebabkan molekul oksigen mengecut. Apabila udara yang telah dimampatkan terbakar akan menyebabkan tekanan menjadi lebih tinggi dan meningkatkan kuasa enjin.


WASTEGATE


Wastegate
Wastegate dikenali sebagai injap pelega di dalam sistem pneumatik. Ianya berfungsi melepaskan tekanan berlebihan agar tekanan sistem berada dalam keadaan stabil. Tekanan yang berlebihan boleh merosakkan komponen sistem pembakaran dan juga "Knocking" pada enjin tersebut. 



Enjin Pembakaran Dalam

Aku memang minat kalau sembang pasal kereta dan ada la sikit je knowledge bab-bab kereta ni. Disebabkan minat, aku belajar la dengan pakcik mekanik kat kampung aku dan sekarang ni kadang-kadang buat part time job kat bengkel sepupu aku. Banyak jugak pengalaman yang aku dapat. Kalau nak tukar sparepart tu memang ramai yang boleh, tapi kalau nak troubleshoot apa yang rosak kat kereta tu tak semua yang boleh. Time aku tengah syok melayan video pasal kereta di youtube, hati aku terdetik nak cerita pasal enjin TURBO. Memandangkan sebelum ini aku pernah buat research tentang Turbo semasa diploma dulu, aku berani la sikit nak cerita pasal ni. Hope, boleh la bantu kepada student-student macam aku dulu.

Ok, kita guna ‘SAYA’ la pulak ye. Nampak macam ape je guna ‘AKU’ ni. Hehehe..
Sebelum tu saya nak story pasal enjin pembakaran dalam dulu. Dalam bahasa yang mudah difahami ialah ‘Internal Combustion Engine’ dan bahasa yang lagi mudah difahami ialah enjin yang kita guna kat motor dengan kereta tu la. Enjin ni ada 2 jenis iaitu jenis salingan dan jenis emparan(rotary). Fokus untuk topik ini ialah enjin jenis salingan. Enjin jenis salingan terbahagi kepada dua iaitu 2 stroke dan 4 stroke.  Kedua-dua jenis enjin ni mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Untuk enjin 2 stroke ni, mempunyai kuasa yang lebih kuat berbanding 4 stroke tetapi pencemaran bunyi dan udara yang tinggi kerana ianya lebih bising dan mengeluarkan asap. Enjin 4 stroke pula lebih senyap dan penggunaan bahan api yang rendah.


Enjin 4 Lejang

Stroke bermaksud LEJANG. Enjin 4 stroke bermaksud mempunyai 4 susunan lejang iaitu, lejang masukan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang ekzos. Lejang-lejang ini akan berturutan dalam satu kitaran lengkap.


Gambar ini adalah sebuah enjin 4 stroke yang mempunyai 4 silinder. Bagi yang warna biru adalah lejang masukan, warna oren ialah lejang mampatan, bintik hitam dan merah adalah lejang kuasa, dan hitam adalah lejang ekzos. Enjin 4 stroke mempunyai injap (valve) iaitu sejenis alat yang membenarkan campuran udara dan bahan bakar bergerak dalam searah sahaja. Dalam gambar ni, injap masukan (Inlet) berwarna biru dan Injap Ekzos berwarna merah.

Proses bermula dengan lejang masukan dimana piston bergerak ke bawah dan injap Inlet terbuka. Semasa piston bergerak ke bawah, ruang di dalam silinder menjadi vakum lalu menyedut udara dan campuran bahan bakar (fuel) yang masuk melalui injap Inlet. Seterusnya, piston mula bergerak ke atas dan Injap Inlet dan Injap Ekzos tutup. Maka, berlakulah lejang mampatan. Apabila piston mula berada pada kedudukan paling atas, percikan api dari spark plug menyebabkan campuran fuel dan udara terbakar dan dinamakan lejang kuasa. Tekanan yang terhasil menggerakkan piston turun ke bawah. Apabila piston bergerak ke atas semula, Injap Ekzos akan terbuka dan mengeluarkan gas ekzos yang terbakar tadi dan ianya dinamakan Lejang Ekzos. Kitaran ini berterusan mengikut turutan sehingga enjin dimatikan. 

Enjin 2 lejang

Bagi enjin 2 stroke, ianya tidak mempunyai Injap seperti 4 stroke tetapi menggunakan injap dedaun (Leaf Valve). Enjin 2 stroke mempunyai lejang-lejang seperti enjin 4 stroke tetapi ianya berlaku serentak. Apabila piston mula turun ke bawah, tekanan vakum akan menyedut campuran udara dan bahan api masuk ke dalam ruang pembakaran. Pada ketika ini, campuran udara tersebut akan masuk dan menolak gas ekzos keluar. Apabila piston mula bergerak ke atas,  Injap dedaun (Leaf Valve) akan terbuka dan menyedut campuran udara dan bahan bakar masuk ke dalam enjin. Pada masa ini, campuran udara dimampatkan dan terbakar. Secara ringkasnya, lejang masukan berlaku serentak dengan lejang ekzos dan lejang mampatan berlaku serentak dengan lejang kuasa. Disebabkan itu, enjin
2 stroke mengeluarkan bunyi yang bising. Enjin 2 stroke juga mempunyai asap kerana menggunakan minyak pelincir silinder (2T). Ini kerana enjin 2 stroke tidak menggunakan minyak enjin (4T).  Sebagai tambahan, kebanyakkan enjin motorsikal 2 stroke menggunakan minyak enjin yang hanya berfungsi sebagai pelincir untuk gearbox dan bearing.



Monday 20 February 2012

Singgah Sebentar Di Hot Spring Sg. Klah

On the way Pak Munawe... HAhaha...
On the way nak balik utara dulu highway jem la pulak. Maka, kami semua decide nak lalu ikut jalan lama dari Rawang ke Kuala Kangsar. Semasa lalu kawasan Tapah terasa nak mandi Hot Spring kat situ pulak. Maka, kami pun singgah sebentar di Hot Spring Sg. Klah. Memang Beshhhh!!!!!!!!


Pintu Gerbang Hot Spring Sg. Klah


Kafetaria siap ada karaoke!!!

Sebijik di kampung. Nama pun kawasan Felda kan...




Kenderaan untuk ke hot spring. Kereta persendirian juga boleh dibawa masuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK