MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Tuesday 14 May 2013

Jangan Bercakap Tentang Perjuangan Islam.

Assalamualaikum w.b.t.

Jangan membuat inferens berdasarkan tajuk sahaja. Tergerak hati untuk berkongsi pendapat tentang perjuangan Islam setelah berlaku pertelingkahan kecil dengan sahabat aku kira-kira 5 minit yang lalu. 
Isunya memang kecil disebabkan bendera dan fahaman ideologi yang berbeza. 

Aku yakin yang aku bukan fanatik politik seperti sahabat aku yang lain tapi berasa tercabar jika menyentuh isu yang sensitif seperti memperlekehkan idea seolah-olah aku tidak memperjuangkan apa yang mereka juangkan. 

Jawapan aku mudah. Jangan berbicara tentang perjuangan Islam jika anda tidak perjuangkan Islam anda dahulu. Ya, aku mengaku PAS jelas dilihat memperjuangkan Islam dan UMNO jelas dilihat memperjuangkan Melayu dan tampak racist. Tapi jangan menilai perjuangan individu dengan parti yang disertai SEBAB Islam bukan lahir dari parti tapi lahirnya dari hati. Seperti mana kita lihat pada BIN atau BINTI, berkopiah atau bersongkok, bertudung atau berserban dan lain-lain, bukanlah menunjukkan status agama dan keimanan seseorang terhadap Allah Azza Wa Jalla. Ini kerana bukan semua BIN atau BINTI itu Islam, bukan semua yang berserban itu Islam, bukan semua yang berhijab itu Islam dan bukan semua yang berkopiah itu Islam. Oleh itu, jangan membuat kesimpulan awal JIKA yang tidak berkopiah, berserban, tiada BIN atau BINTI itu kafir.

Islam aku sangat mudah dengan adanya 5 perkara Rukun Islam dan 6 perkara Rukun Iman iaitu SYARAT keIslaman dan keImanan yang berkait dengan hati, lidah dan perbuatan. Apa yang anda tahu tahap keimanan seseorang berdasarkan apa yang dii'tiqad oleh hati sesorang? Apa yang anda dengar dengan apa yang dilafazkan oleh lidah sesorang dan juga apa yang anda dapat lihat dengan perbuatan seseorang? Jangan semata-mata untuk mengejar keredhaan dan syurga Allah s.w.t kita tercicir keimanan dan agama kita. 

So, jangan berangan-angan hendak membawa perubahan jika diri sendiri tidak diubah dan jangan berbicara dengan perjuangan jika diri sendiri belum bersedia untuk berjuang. Solat 5 waktu untuk diri sendiri pun jarang nak buat, janganlah nak mengaku perjuangkan Islam.

p/s: Kepada sahabat aku, jangan disebabkan ideologi kita berbeza korang nak kafirkan aku. Solat yang ditinggalkan tak terqada lagi, nanti kena qada lagi solat-solat yang aku dah imamkan. Harap sama-sama kita diberikan petunjuk Allah s.w.t.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK