MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Tuesday 24 April 2012

Zip Seluar jadi Homepage Google!!

Terkejut aku tiba-tiba ada zip seluar kat skrin! Bila klik je zip tu terus terbukak..Nasib baik tak nampak benda yang tidak sepatutnya.. Memang COOL macam Eskrim Mat Kool.. 




Bila zip dah terbukak, terus nampak nama Gideon Sunback! Klik wikipedia, baru la tahu sebab-musabab nye...


Gideon Sunback dilahirkan pada tanggal 24 April 1880 dan hari ini merupakan ulangtahun kelahiran beliau. Beliau merupakan seorang jurutera elektrik dan orang yang bertanggungjawab membuat zip yang kita pakai sekarang nih!!! Beliau bukanlah orang pertama yang create benda ni tapi dia hanya membuat inovasi kepada zip moden.


Kalau takde dia ni, mungkin kita ni pakai kain pelikat dengan kain batik la agaknye.. Tapi bila zip ni dah dicipta, takde pulak orang nak pasang zip kat kain pelikat ngn kain batik. Agak-agaknya kalau dia ni takde, mungkin kita berpeluang menjadi orang pertama membuat zip. 
Selama ni aku ingatkan orang lain yang cipta zip sebab di kebanyakkan zip ada tulisan YKK. Rupa-rupanya YKK tu Yoshida Kogyo Kabushikigaisha (agak susah disebut) iaitu pengeluar zip terbesar di dunia.

Okeylah, nak sambung main zip ni balik.. Cambest je..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK