MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Thursday 22 December 2011

Permandangan Tanjung Balau, Johor

Gambar ni aku ambik di Tanjung Balau, Johor. Aku ni memang suka dengan laut. Bukan sebab nak mandi punya pasal, tapi sebab aku suka dengan permandangan yang indah nan permai..(Cewahh!)
Terasa luas je permandangan bila tengok laut ni.. Satu-satunya tempat yang kita boleh melihat permandangan ufuk. Hajat di hati nak tengok matahari terbit tapi pagi tu cuaca mendung la pulak.. Dah lama jugak tak tengok matahari terbit. Dulu hari-hari tengok time duduk di Pasir Putih Kelantan. Rindunya kenangan waktu tu.. sob3.. :(







Murtad dan hukumnya??

Haa... Mari kita bercakap tentang agama sikit ye.. Ini sebenarnya group asignment aku nih. Akhir-akhir ni bukan main lagi kes-kes murtad kita dengar kat media. Aku bukannya arif sangat dengan hukum hakam agama ni walaupun dulu sekolah SMKA. Ilmu ni tak terbatas dan tiada seorang pon yang cukup ilmu di dunia ni. Dengan berbekalkan ilmu yang ada time study di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Perak dulu, aku kini menjadi insan yang berguna.. Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah,"Insan yang cemerlang datang dari akal ye. ye? ye!"...Okay enough! balik ke topik asal ye!!!


Definisi Murtad dari sudut bahasa ialah berasal dari perkataan arab, Riddah yang bermaksud kembali kepada sesuatu yang lain. Dari sudut istilah ianya membawa maksud seorang muslim yang Mukallaf yang keluar daripada Islam samada dengan kepercayaan, perkataan dan perbuatan atas kerelaan dirinya.

Hukum Murtad

Hukum murtad tidak dijelaskan di dalam Al-Quran. Tetapi dijelaskan oleh hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Jika seseorang itu keluar dari Islam maka bunuhlah dia".-Riwayat Al-Bukhari. Hadis ini dipercayai sebagai hadis ahad iaitu hadis yang berdiri dengan sendiri kerana terputus perawi hadis antara Iqramah dengan Ibnu Abbas dan Ibnu Abbas dengan Rasulullah.
Para ulama' bersepakat hukuman bunuh dikenakan bagi orang yang murtad, akan tetapi ianya bertentangan dengan ayat 256 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud,"Tiada paksaan dalam agama kerana telah nyata kebenaran dari kesesatan".
Hukum bunuh terhadap murtad diperkuatkan oleh sebuah hadis yang bermaksud, "Dari Ibnu Mas'ud dan Aisyah R.A.,Rasulullah bersabda: Tidak halal darah bagi seseorang Muslim itu selain dari tiga sebab iaitu berzina setelah menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan meninggalkan agama(murtad).-Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud.

Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang mengecam sekerasnya orang yang murtad:
  1. Surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud, Dan sesiapa yang murtad dikalangan kamu daripada agamanya lalu dia mati dalam kekufuran maka terhapulah segala pahala amalan di dunia dan akhirat,dan mereka itu adalah penghuni neraka yang kekal di dalamnya.
  2. Surah An-Nisa ayat 137 yang bermaksud, Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian kafir dan bertambah-tambah kekufuran mereka selepas itu, Allah tidak akan mengampuni mereka dan  tidak akan menunjukkan jalan yang benar.
  3. Surah Al-Maidah ayat 21 yang bermaksud, Janganlah kamu berpaling tadah ke belakang(murtad) maka kamu akan rugi-seruginya. 
  4. Surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud, Sesiapa yang murtad dikalangan kamu daripada agamanya maka sesungguhnya Allah S.W.T. akan menggantikan mereka itu dengan satu kaum yang benar-benar dikasihi Allah dan mereka juga mengasihi-Nya.
Akhir kata, saya ingin memohon maaf dan tunjuk ajar sekiranya artikel ini ada kekurangan dan kesilapan. Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita bersama..

Tuesday 20 December 2011

Relevan atau tidak AUKU dimansuhkan?

AUKU ialah AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Menteri Pelajaran dimana ianya menyekat penglibatan politik ke atas mahasiswa. Sekatan ini adalah wajar kerana ianya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Jika difikirkan kembali, jika tiada AUKU ini adakah keharmonian negara ini terjamin?
Jika dilihat perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan sebelum ini banyak menggunakan kalangan pelajar walaupun AUKU ini masih ada. Adakah perkara yang sama tidak akan berlaku jika AUKU ini dimansuhkan??
Majoriti mahasiswa masih belum cukup dewasa (bukan semua). Isu menurunkan bendera wajah PM tempoh hari menunjukkan ketidakdewasaan mentaliti mahasiswa terbabit. Ianya satu tindakan yang biadap menyerupai tindakan tentera jepun menjajah Tanah Melayu ketika dulu. Adakah ianya satu tindakan yang beradab dan bertamadun??
AUKU ini menyekat mahasiswa untuk berpolitik dan membantu mahasiswa fokus terhadap pelajaran. Jika kita fikirkan isu sosial remaja masa kini, ibu-bapa yang membenarkan anak-anak keluar lewat malam?
Jika ibu-bapa menyekat kebebasan anak-anak mungkin tidak terjadi kes rogol, samun, ragut dan buang bayi.
Adalah lebih baik mahasiswa mengutarakan isu sosial yang disebutkan tadi daripada melakukan sesuatu yang masih jauh lagi untuk dilakukan ibarat SEMUT DI SEBERANG LAUT BOLEH NAMPAK, GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK.


Petikan ayat terakhir di blog chedet "Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU. "


Jika benar mahasiswa kini sudah benar-benar dewasa, saya bersetuju agar AUKU dimansuhkan. Tapi saya percaya bukan semua yang cukup dewasa dan hanya sekadar menunjukkan mereka adalah golongan pemikir elit yang berlagak seperti pemikiran mereka setaraf dengan ahli politik lain. Ianya menunjukkan seolah-olah mereka matang menentukan halatuju negara tetapi tidak sedar mereka mudah menjadi kambing hitam oleh anasir duri dalam daging. Fikirkan secara rasional agar maruah terbela di bumi sendiri. Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi. Maafkan saya jika ada keterlanjuran bicara, saya peduli dengan nasib kita, salam perpaduan untuk semua.

Monday 19 December 2011

Kisah Nobita dan Sizuka yang tiada dimana-mana komik atau TV

Pada suatu malam di depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi. Kelakar je cerita tu…Tak bosan kan?
Nobita : A’ah, tak bosan. Best!
Sizuka : Kalau best kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe…
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Nobita : A’ah…betul3! Takdelah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Nobita : Errr~ hehe…
Mereka pun menuju ke i-City…
Kisah selajutnya…………..
Sizuka : Awak, saya cantik tak?
Nobita : Awak kan sayang saya…Mestilah cantik…
Sizuka : Kalau saya ni betul-betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je…Kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar…Kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik…Kenapa ye?
Nobita : Errr~ hehe…
Mereka pun tiba di i-City…
Sizuka : Jom snap pic wak…Saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk lak gambar awak.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?
Nobita : Takpe le…awak kan awek saya…
Sizuka : Awek je…bukan isteri yang sah…
Nobita : Errr~ huhu…
Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye wak.
Nobita : Alaa…upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh…boleh ke?? tak elok la wak…Gambar tu dah la awak dan saya je…Yang ke-3 syaitan…Pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat…Tak malu ke?
Nobita : Errr~ huhu…
Mereka pun pulang…
Sizuka : Awak, awak sayang saya tak?
Nobita : Mestilah sayang…sayang sangat-sangat tau…haa.
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh…macam ajak bergurau je…nak saya kiss pipi awak tu ke sayang?hehe
Sizuka : Ish…apa ni? Teruknya pemikiran awak.
Nobita : Eh…Errr~ huhu…
Sizuka : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh…mestilah! hehe…
Sizuka : Tapi awak tipu saya!
Nobita : Eh…kenapa lak saya tipu awak??
Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun…Awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.
Nobita : Owh…sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!
Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana, pegang sini…Awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali…Awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan…Then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti orang ‘like’, awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat…Awak ada ilmu agama…Kalau takde ilmu agama pun, awak tau benda tu salah…tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak semua tu???
Sizuka : Ingat Allah tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau da awak nak sentuh-sentuh saya, apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya…tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? Hanya hamba Allah…Awak bukan tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh awak…Awak sedar tak semua tu??? Kalau betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah…Ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya…tapi awak jaga saya tak?? Awak jaga saya tak?? tak kan…Awak bawa saya ke arah keburukan…Awak sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk…Nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan…
Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah Nobita mula meluah perasaan…
Nobita : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali. Nobita yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Nobita tu…tunggu dan terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi…Awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan…Kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah…
Nobita : …….
Pesanan : kepada pasangan yang hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah kerana Allah yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah itu dinodai oleh cinta manusia…menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan…seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan…beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab…wallahu’alam~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK