MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Wednesday 16 May 2012

Kartun Eropah zaman kanak-kanak 90an

Kali ni aku nak cerita pasal kartun dari Eropah pulak. Kartun `omputih’ ni selalu ditayangkan hari Sabtu dengan Ahad. Seingat aku kalau kartun `Looney Tunes’ ada satu rancangan sebelum  bertukar kepada KFC Hour. Kalau kartun `Disney’ pulak ditayangkan dalam rancangan `ALAM RIA’. Kalau ada yang masih ingat tolong buat pembetulan ye... 


Kartun dari Looney Tunes

Kartun dari Disney
Yang kartun di atas tu sampai sekarang masih ada lagi. Siapa yang masih ingat dengan kartun di bawah ni...

Scooby Doo
Mighty Mouse
ThunderCats.
Thunder!!! Thunder!!! ThunderCats!!!! Auuuuuuuuummmmmm....

Pink Panther.
Kimba The White Lion

First episod cerita Kimba ni boleh tahan sedih dia..



Popeye

Popeye the Sailorman, putt!put!!!

Flintstone
Flinstone ni best part dia drive kereta yang begitu awesome... Hahaha


Transformer
Tom and Jerry
Ghostbusters
Mr. Magoo

 Yang ni memang menjadi kegemaran semasa ia ditayangkan. Zoizozoizozoi......

Oggy and Cockroaches
Yang Futurama ni satu-satunya kartun yang ditayangkan di Malaysia pada waktu malam. Cerita ni diklasifikasikan untuk 18 tahun ke atas, tapi kalau dah namanya kartun aku tetap nak tengok!
Futurama
 Lihat juga Superhero Jepun zaman 90an dan Kartun Jepun Zaman 90an.




Kartun Jepun zaman kanak-kanak 90an..

Kepada kanak-kanak zaman 90an dulu masih ingat lagi dengan rancangn kartun kegemaran korang dulu???

Kalau cerita tu jadi favourite korang, tentu 5 minit sebelum cerita tu disiar korang dah terpacak depan TV. Kalau yang fanatik sangat mahu sampai setengah jam tunggu cerita tersebut. Yang paling bikin panas, tunggu punya lama tapi cerita tu tak jadi tayang sebab ada siaran langsung  liputan kes-kes tertentu.  Dulu stesyen TV bukannya banyak macam sekarang..

Aku punya la suka tengok cerita Doraemon, tapi bila dah habis punya la sedih. Dah la seminggu sekali ditayangkan pukul 7setengah hari Sabtu. Kartun Jepun ni suka sangat guna lagu sedih bila ending dia. Sentimental sungguh! Hahaha..

Doraemon


Gordian
Tomatoman

Dash Yankuro


 Yang di bawah ni ditayangkan sekitar tahun 2000, tetapi komik dia memang mendapat sambutan sebelum tahun 2000 lagi.. Memang layan cerita Dragon Ball ni.. Yang sebenarnya, Dragon Ball ada 7 biji semuanya...


Dragon Ball
Tapi setengah jam sebelum Dragon Ball adalah cerita Sailormoon..


Sailormoon
Lihat juga Superhero Jepun Zaman 90an dan Kartun Eropah zaman 90an.

Superhero Jepun zaman kanak-kanak 90an..

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling menyeronokkan. Banyak gila kenangan masa kanak-kanak dulu tak kira pahit atau manis. Yang manis menjadi memori indah, yang pahit jadi pengajaran untuk meningkat dewasa. Pada masa tu, rancangan kartun menjadi penghibur kalau bergaduh dengan kawan masa main polis sentri. Hahaha..
Ye la, budak-budak mana nak layan drama Jepun alih suara zaman tu, kalau tak silap aku cerita Oshin dengan Akantare.


Time petang lepas balik mengaji terus bukak TV tengok cerita superhero Jepun. Lepas tamat satu cerita, ada cerita lain pulak.
Bila dah habis tengok TV, barulah pergi bermain dengan kawan. Akibat taksub sangat dengan cerita tu mesti ada yang main lawan-lawan raksasa. Kalau yang selalu kena buli mesti jadi raksasa punya.. Haahaha..


Antara rancangan yang menjadi kegemaran kanak-kanak zaman 90an dulu:


Gavan
Gaban!!! Tak sah kalau tak nyanyi lagu cerita ni..


Mask Rider, tapi zaman aku dulu tajuk cerita ni Satria Baja Hitam

Flashman
 Yang atas ni Flashman, dia ada Meriam Katak!!! Yang kat bawah ni pulak Maskman. Konsep cerita lebih kurang sama, tapi uniform je lain.. 


Maskman
 CyberCop ni best sebab cerita dia lain dari yang sebelum ni. Nampak canggih sikit..

CyberCop
 Last sekali, kalau yang ini budak-budak tak kenal tak tau la.. Ultraman!!! Daripada bapak Ultraman, mak Ultraman, abang-abang dia sampai la ke kakak dia. Macam-macam ada.. Zaman aku kanak-kanak dulu yang famous ialah Ultraman Taro. 

Ultraman
Lihat juga Kartun Jepun zaman 90an dan Kartun Eropah Zaman 90an.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK