MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Thursday 21 June 2012

Apabila Wang Ringgit Menggadai Nilai Kemanusiaan

Sekarang ni acap kali kita dengar tentang kes culik, samun dan bunuh. Mana perginya nilai kemanusiaan si pelaku tersebut? Memang hebat manusia yang sebegini kerana berani melakukan perkara yang diluar batas manusia dan berani menanggung azab Allah. Kita sendiri pun bukannya baik sangat, tapi kalau menipu seposen pun takut HARAM. 


Dalam sebulan lepas, kawan aku ada cerita tentang tunang kawan dia dibunuh di lebuhraya. Kes samun dan bunuh berhampiran Tapah. Sedih aku mendengar cerita tersebut. Wanita tersebut membawa wang tunai dan diekori lalu disamun dan dibunuh. 


Baru-baru ni berlaku satu kes samun dan bunuh di Kuala Kangsar yang mana aku kenal arwah tauke kedai tersebut tapi arwah tak kenal aku kot. Pelanggan dia kan ramai... Klik SINI untuk berita UTUSAN. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. 
Memang betul-betul memeranjatkan aku sebab ianya berlaku di tempat aku sendiri. aku sendiri rasakan Kuala Kangsar bukanlah tempat yang selamat untuk hidup. Mulalah wajah kedua orang tua aku muncul dalam kotak pemikiran aku ni. Aku mula memikirkan harta benda, aset, estate2, factory2, stable lumba-lumba kuda milik keluarga aku. Fuh, nasib baik aku tak memiliki semua tu... Kalau ade pun reban ayam kat kebun, takkan la diorang nak samun jugak kot...
Alhamdulillah, penjenayah tersebut berjaya ditangkap dan aku berharap mereka dikenakan hukuman yang setimpal. Syabas diucapkan kepada PDRM. 


p/s: Agak-agaknya kalau hukum HUDUD dilaksanakan, masih ada yang nak merompak???

Camcoder CCD V8AF-E

Ini sambungan cerita aku ke Rengit minggu lepas. Aku dengan Amy saja jalan-jalan merayau ke sebuah kampung di Rengit yang menjual barangan terpakai. Barangan di situ membuat mata aku yang keranjang ni menjadi rambang! Hahaha.. Nasib baik aku tak bawak duit banyak time tu, kalau tidak aku borong semua. Aku memang keluar berjalan tak bawak duit yang banyak sebab aku takde duit.. 


Aku berjaya menyambar sebuah camcoder yang berjaya menarik perhatian aku. Jangan tanya harga dia berapa..Hehehe.... 


Jeng..Jeng... 




Ini dia Sony CCD-V8AF-E... Aku berjaya menambah bilangan koleksi especially kamera lama. 
Camcoder ini adalah keluaran tahun 1985 dan improvement daripada model Sony CCD V8. Apa yang menariknya, camcoder ni tersenarai di dalam 1st Museum Collection kerana ianya model pertama yang boleh playback terus daripada camcoder tersebut. Lagi satu, ianya mempunyai AutoFocus yang menggunakan sistem InfraRed untuk mengukur jarak objek. Klik SINI untuk info lanjut..


Semasa aku sambar camcoder tu, bukan rupa seperti di atas. Punyalah berhabuk dan kurang berfungsi dengan baik. Satu malam aku setelakan masalah tersebut. Kena cuci situ, cuci sini, betulkan mana-mana yang patut. Biasalah, barang lama.... Tambah pulak menatang tu guna videotape, kena cuci head dia dulu..






Lepas subuh, barulah setel semua masalah. Lepas test, semua inspection lulus! Aku solat subuh, terus tidur... Puas hati sangat sebab aku dapat satu set yang lengkap! Memang berbaloi-baloi, bak kata Amy Search.....


p/s: http://www.sony.net/SonyInfo/CorporateInfo/History/sonyhistory-f.html

Mencari Barang Lama di Rengit!!!

Dah lama jugak aku tak update blog ni sebab sibuk memanjang sampaikan takde masa nak belek blog. Sekarang ni dah lega sikit dan tentera, buat sementara waktu. 

Banyak benda aku nk story kat readers semua sepanjang tempoh aku tak update blog ni. Minggu lepas aku bersama member kamceng aku, Amy pergi ke Rengit. Dia yang beriya-iya mengajak aku ke sana sebab di situ ada satu perkampungan yang menjual barangan terpakai. Aku pulak jenis pantang diajak, mesti follow punya... Jangan ajak pergi jahanam je, yang tu memang aku tolak! Hahaha..

Kampung yang dimaksudkan tu tak jauh daripada pekan Rengit. Memang SUPERB weiiii... Sampai je kat situ, mulut aku ternganga besar. Mana tidaknya, satu kampung jual barangan terpakai. Murah memang semestinya tapi bagi jenis orang macam aku, mesti mencari barang yang RARE gitu...



Kebanyakkan barangan yang dijual di sini ialah perabot dan juga barangan elektrik seperti mesin basuh, peti sejuk dan juga televisyen. Condition barangan amat berpuas hati dan ada yang seperti baru. Warranty memang diberikan dan harganya cukup berpatutan



 Kawasan memang luas, maklumlah nama pun kampung. Jenuh aku dengan Amy berjalan pusing-pusing tempat ni. 


Ini dia Amy selaku  model iklan basikal sarkas... Basikal ni pelik bagi aku sebab menggunakan belt dan tak menggunakan rantai...

Lepas pusing-pusing satu kampung, kami pulang membawa 'hot stuff' masing2.... Amy membeli sepasang roller blade dengan harga RM27 setelah mengayat pakcik kedai tersebut kononnya dia ada bau2 bacang dengan pakcik tu. Hahaha.. Gurau je...
Dan aku pula membawa satu barang yang aku rasa cukup RARE bagi aku.. Nak tengok apa dia, klik SINI...
Balik je terus urut kaki, lenguh woooo berjalan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK