MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Friday 20 January 2012

Main Kamera Dengan Lighting


Edit? Bukan edit la der...Gambar ni diambil dengan shutter speed opened along 30 sec dan ISO 200. Tu pasal la lighting over expossed. Line cahaya warna merah tu lampu belakang bas. aku sebenarnya nak ambik gambar tu la. Disebabkan shutter tak boleh bukak lama-lama, garisan lampu bas tu dapat ambik sekerat jalan je..

Kembar Seiras

Hari ni aku teman kakak aku pergi ke Giant Seri Kembangan untuk membeli beberapa barang dan sambil tu aku menjaga Rayyan anak kakak aku a.k.a anak saudara aku. Aku pon pergi la ke sebuah kedai buku di situ dan terpandang sebuah buku yang mengisahkan tentang KEMBAR rencana dari National Geografi . Tiba-tiba teringat pulak dengan someone yang selama ni aku tak tahu yang beliau ni ada kembar!!! Aku dan geng-geng aku selalu menyakat minah ni kat cafe. Kitorang ramai-ramai tenung dia lama-lama. Pada suatu hari tu, aku saja buat blog walking dan ternampak muka dia kat blog tu. Tapi yang pelik nya, macam mana boleh ada dua pulak minah ni? Musykil.. Belek punya belek, baru tahu yang tu blog kembar dia la der….Maka, hati aku pun tergerak untuk mengupas dan berkongsi cerita tentang kembar.(cewah!!)



Aku dilahirkan sebagai ‘single’ ok.. tapi ada kembar angkat! Disebabkan muka member aku ni lebih kurang macam aku, ramai kengkawan dan cikgu-cikgu kitorang yang selalu tersilap orang. Huahaha..
Tetapi, sememangnya keluarga aku ni mempunyai genetik kembar kerana aku mempunyai dua orang adik perempuan yang kembar seiras. Kini adik aku yang kembar dua ni sudah menjangkau umur 22 tahun dah. Muka memang seiras tapi perangai memang berbeza. Dari kecik sampai besar pun bergaduh lagi. Kalau masa kecik-kecik dulu, memang pening la mak aku. Semua benda kena beli dua atau tiga jika termasuk aku sekali.. Memandangkan jarak umur aku dengan diorang ni tak jauh, maka barangan keperluan aku seperti susu, pampers dan lain-lain tersenarai sekali dengan wishlist diorang.

Mengikut fakta, kejadian kelahiran kembar berlaku 1/80 kelahiran dan kerana faktor genetik, ianya bukan mustahil untuk berlaku berulang kali dalam satu keturunan. Selain dari faktor genetik, penggunaan hormon ‘gonadotrophin’ dapat meningkatkan kebarangkalian kelahiran kembar. Kelahiran kembar ini bergantung kepada perempuan dan tidak mungkin lelaki yang melahirkannya betul tak? Hehehe.. maksud saya, kelahiran kembar bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh perempuan. Kelahiran kembar seiras berlaku apabila satu telur disenyawakan dengan satu sperma manakala kembar tak seiras berlaku apabila dua telur yang berlainan disenyawakan dengan dua sperma yang berlainan.




Bagi kembar seiras, sel telur yang disenyawakan akan berpecah sekitar 14 hari selepas kehamilan. Mereka ini mempunyai sel genetik dan kromosom yang sama. Disebabkan itu, mereka mempunyai sifat fizikal yang sama. Ikatan yang sungguh kuat ini menyebabkan mereka lebih gemar meluangkan masa bersama. Walaupun sifat mereka kebanyakkan sama, tidak mustahil untuk mereka bergaduh kerana berbeza pendapat.

KESAN
Kelahiran kembar sememangnya menjadi sesuatu yang diidamkan oleh setiap pasangan ibu dan bapa. Tetapi tahukah anda ianya terlalu berisiko?
Ini kerana ianya terdapat beberapa komplikasi seperti KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG. Ini kerana proses matang kandungan kembar berakhir 2-3 minggu lebih awal dari kandungan biasa.
TWIN TO TWIN TRANSFUSION terjadi jika pengaliran darah yang tidak seimbang pada kedua-dua bayi semasa kandungan. hal ini terjadi jika terdapat pembentukan salur darah yang tidak normal pada kandungan. Kebanyakan kelahiran kembar memerlukan kelahiran secara PEMBEDAHAN CAESAREAN kerana kemungkinan kedudukan kepala bayi di dalam kandungan berada pada posisi songsang atau untuk mencegah komplikasi yang mungkin berlaku pada bayi kedua selepas bayi pertama berjaya dilahirkan. PLACENTA PREVIA berlaku apabila kedudukan uri yang terlalu bawah kerana saiznya  yang besar dan mengakibatkan pendarahan.

Walaupun terdapat pelbagai risiko, kita sebagai umat Islam hendaklah redha dengan segala Qada’ dan Qadar Allah S.W.T.  Anak-anak adalah rezeki yang diamanahkan ALLAH kepada hambanya dan peliharalah sebaiknya.

Thursday 19 January 2012

Awan aneh di Bukit Merah (SMKA Kerian)

Baru-baru ni ada terdengar fenomena awan aneh di Johor kan? Teringat pulak aku kejadian yang pernah aku alami 10 tahun dulu. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Agama Kerian (SMKA Kerian) dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Kejadian ni berlaku pada 9 Ogos 2002 iaitu hari jumaat sekitar pukul 7:30 pagi. Aku ingat lagi time tu perhimpunan harian setiap pagi. Seperti biasa, aku sememangnya antara pelajar yang paling lambat dan tersangat la famous dalam arena yang sebegini. Pada pagi tu aku datang awal jugak sebab ade orang lagi lambat dari aku dan buktinya ada pelajar yang lewat di dalam gambar ni.. wakaka...



Sebelum kejadian, matahari terbit seperti biasa dan tiada tanda-tanda yang pelik akan berlaku. Perhimpunan selalu dimulakan dengan ucapan guru yang bertugas pada hari tersebut.Setakat ucapan sepatah dua kata tu, ada la dalam 10minit. Selepas tu ucapan dari Penolong kanan HEM iaitu Ustaz Ahmad Zakaria. Sedang dia berucap tu, aku tengok semua orang tertumpu pada sebuah bukit kat belakang sekolah aku tu. Aku tengok macam ada asap hitam keluar dari puncak bukit tu. Tak lama kemudian, cuaca menjadi mendung dan berangin sepoi-sepoi bahasa gitu. Mula-mula syok la jugak, pagi-pagi ni kalau hujan sedap tido dalam kelas.. hahaha... Tiba-tiba datang pulak awan dari arah barat yang seakan-akan ombak..(BUKAN OMBAK RINDU tau!) Masa tu semua pelajar panik termasuk la aku sekali.Semua kepala dongak ke atas, suasana riuh rendah macam takde sape yang bercakap kat depan tu. Memang kelihatan seperti ombak tsunami wey..Dalam hati aku, aku dah pikir bukan-bukan dah. Aku tengok kat timur, matahari terbit dari timur lagi.. Fuhhh....  Masa tu PK HEM still berucap dan tiba-tiba dia cakap cenggini,"Baiklah, kita tengok kejadian yang berlaku ni sama-sama"..Awan ni bergerak perlahan dan seakan-akan nak menelan segala benda yang ada kat bawah.. Bila awan ni makin hampir, seakan-akan air terjun pulak. Awan-awan ni bergulung sebijik macam air yang jatuh kat waterfall. Tak lama lepas tu cuaca menjadi gelap seakan-akan senja time azan maghrib tu. Bila hujan rintik-rintik, baru la cikgu suruh semua bersurai masuk ke kelas. Masa tu ribut teruk jugak sampai bumbung blok sebelah kelas aku pon pecah melayang..Selepas tu, cuaca kembali seperti biasa dalam pukul 10 pagi tak silap aku. Inilah serba sedikit pengalaman paling bermakna buat aku berdepan dengan fenomena yang tak semua orang dapat rasa. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada aku dan rakan yang lain. Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku ni..


Gambar ini sempat dirakam oleh Ustaz Zakaria yang sentiasa membawa kamera beliau kemana-mana. 

Wajib Baca! Kisah Trauma Wardina Saffiyah Dirompak

Haa... Amaran! Cerita ini bukan Merapu ye.. Menitis air mata ni tatkala membaca artikel ini dari http://hazrilhafiz.blogspot.com/. dan artikel asalnya adalah dari facebook Wardina sendiri..

Wardina Safiyyah OfficialPage
Mereka merompak "perasaan selamat" saya
Selimut saya terbuka! Dibuka! YA Allah seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam “SHHHHHH”katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” katanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati, dan menyorok muka juga tubuh saya. Jawab saya dengan yakin “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas” Yang ada pada saya cuma cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang saya ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya “Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini memang tiada apa yang dicari. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju didalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?
Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi. Namun  itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini. Separuh dari diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga,tetapi tinggi dengan nilai jiwaCincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu. Dari Scotland ke England kemudian bersama cincin itu juga dia berlayar bersama Leslie James Morgan Wlmot, grandpa saya, ke Australia tatkala perang dunia ke-2. Saya sebenarnya mahu memberinya kepada Amna satu hari nanti ,tapi apakan daya. Memori dan nilai sentimental cincin itu amat tinggi sekali. Tidak apa, kerana memori di dalam diri tidak mungkin dapat mereka curi.
Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal dengan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersematl dalam diri. Seperti pita video buruk  yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya. Adakalanya bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar dengan sendiri. Wajah mereka kini sering menggangu dan menghantui saya. Saya pasti, ianya mengambil masa untuk di’lupa’kan. Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurnya rencah di dalam kuali. Akhirnya, namun akhirnya gulai itu sungguh enak sekali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. Allah mahu membersihkan kami. Musibah demi musibah , membuatkan diri lebih dekat dengan Ilahi, “Syukur Ya Allah”Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi tadi.
Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup buat begini? Mencuri demi wang ringgit semata. Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran keapda mereka “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”. Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam, di kamar birunya. Diikat tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.
Saya berjanji pada diri ,sekiranya orang ini cuba mengapakan saya, saya akan bermatian sehingga nafas terakhir, memepertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir di dalam badan saya. Rupanya Eka saudara saya dari Aceh yang kini membantu saya ditarik dari kamarnya dibawah keatas dan disuruh bersama saya didalam selimut. Saya memeluknya.
Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya berikan dan letakkan keselamatan diri mereka kepada Allah sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya Allah memelihara mereka, kerana mereka bukan kepunyaan saya, mereka milik Allah. Saya yakin pasti ada diantara doa saya didengari. Saya pasti! Saya yakin! Tidak lama kemudian terdengar tangisan Imran.
Imran!!! ” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukkan saya. “Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. Allah, sucinya anak ini. Belum mengerti apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku.Sword Imran tak akan mungkin membantu. Satu ketika dahulu, perompak-perompak ini juga pernah suci dan comel sepertinya. “Ya Allah pelihara anakkau” bisik saya dalam hati. Tidak lama selepas itu, Amna dan Azra dengan senyap memasuki cadar saya. Kami bertiga memeluk erat sesama sendiri. Sekali-sekali saya mengusap Eka disebelah saya. Saya harus berani untuk mereka. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk dikaki saya. Alhamdulillah kami semua ada bersama.
Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya “Barang kemas mana?”Ikhwan berkata “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaAllah, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu. Maka kerana itulah luluh jantungnya melihat gambar saya dahulu di’post’ sesuka hati di alam maya. Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Pelihara aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji Allah itu benar, ini bukan janji manusia.
Sekali lagi saya menjawab membalas pertanyaan peromapak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci dihadapan. “Sini banyak barang mahal” tunjuk Ikhwan. Manusia ini menggeledah laci tadi yang sebetulnya cuma termuat aksesori lama. Rantai, gelang kayu, brooch yang dihiasi permata palsu.  Ya, saya tidak punya apa! Saya bukan penggemar emas dan intan permata.
Seorang lagi rakannya berhenti dihadapan rak buku kami. Itulah harta saya, buku yang tersusn rapi. Rak demi rak buku didalam kamar. Itulah saja ‘harta’ saya. Ilmu itu emas bagiku. Tak mungkin perompak ini mengerti! Berdirinya dihadapan rak buku itu, dia seolah keliru. Tidak tahu lagi apa harus dibuat dan kemana harus dituju. Dihampiri rak diatas meja tulis, disitu penuh dengan buku lagi, dengan buku nota yang amat berharga bagi saya, segala nota kuliah, seminar dan persidangan ada disana. Saya yakin tidak akan mereka sentuh sama sekali! Juga tersusun di rak itu Quran-Quran saya. Sampainya dia memegang Quran berwarna hijau muda, Ikhwan berkata “Quran tak nak?” memerli sinis dirinya. Dia cuma diam.
Ikhwan mula membaca Ayatul-Kursi dengan nada tinggi. Dia menyuruh Ikhwan diam. Mungkin tergetar juga hatinya. Saya mengikut. Al-Falaq menyusul.
"Katakanlah wahai Muhammad “Aku berlindung kepada Allah Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk”
"Dari bencana makhluk-makhluk yang ia diciptakan” “
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk”   
“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan”
“Dan kejahatan orang  yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”
(Quran, Al-Falaq:1-5)
Saya, Amna dan Azra memabcanya berulang ulang dengan penuh yakin. Akhirnya semua ini milik Allah jua  “Ya Allah yang memiliki hati manusia, timbulkanah perasaan gentar dan tidak selesa didalam jiwa mereka” doa saya dalam hati. Saya cuma mampu berserah, dan ketika ini terasa makna ketawhidan Illah yang begitu tinggi memuncak di dalam sanubari. Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. Dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya Benar! Allah SWT.
Air mata saya menitis. Thank you Allah. Kuasa keyakinan itu amat tinggi sekali. Keyakinan bahawa Allah akan bersama orang-orang yang mahu bersamanya. “Ingatlah Aku dan Aku akan mengingatimu” Saya cukup yakin. Janji Allah benar. Ini bukan janji manusia.
Amna masih trauma, sejurus setelah mereka keluar, setelah polis dan jiran bersama kami. Amna terus muntah. Satu reaksi fisiologi yang biasa bagi kanak-kanak yang trauma. Muntahnya hijau, namun lebih hijau lagi emosinya. Saya akan cuba membina keberaniannya kembali. Satu pertanyaan Amna yang membuatkan saya terhenti. “Why did they do that Ummi?”
Saya terdiam. Bagaimana harus saya jawab pada anak kecil ini? Ya benar kita semua dilahirkan fitrahnya suci dari dosa. Jawapan saya pada Amna di artikel seterusnya! Ianya  untuk anda fikirkan juga.
Yang masih trauma,
Wardina
nukilan asal dari facebook note Wardina Saffiyah dan Laman Rasmi Wardina Saffiyah

Permandangan Senja UTHM

Gambar ni aku snap time senja dari bilik aku bertempat Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail. Takde la special mana gambar ni. Tapi untuk berkongsi suasana dengan korang je.

Wednesday 18 January 2012

Parody UTHM Library Corporate video

Perghhh... Memang kemas cun melecun video ni.. Korang dah tengok ke belum ni? Mesti mahal kan costing ni? Tapi xpe, kitorang boleh rendahkan kos dia serendah yang mungkin.. Haha.. So, jadilah yang cenggini ceritanya...


Enjoy!!!!

Masalah Dalam Cinta

kalau kite luving sumone ni bknnye senang..
kalau anda RINDU kn dia, seharusnya fikirla rindu dia pd anda..
silap hari nanti, kita yg merana..
kalau anda SAYANGkan dia?
tnjukkn la betapa sayangnya anda kt dia..
seharusnya anda perlu mengambil berat dan prihatin dgn nya..
bkan setakat anda mengucapkan selamat pagi, selamat malam, selamat petang, selamat subuh, kasim selamat atau pasukan penyelamat.. 
xckup juga kalau anda tanya dah makan ke belum? dh mandi? dah minum? dh tido? wat ever..
da meaning of caring ialah anda kongsi lah masalah dia dgn anda..
bincangkan hala tuju hubungan anda.. baiki kelemahan masing...
sebab itu syarikat2 selalu buat mesyuarat.. sampaikan tertubuh nya ahli mesyuarat tingkap.. (itu untuk discus hal ehwal tingkap)
tp kalau duduk pon jauh2, susah jgk nk tnjukkan..
setiap baris perkataan yg anda sms, x membunyikan nada suara sayang anda tu...
kalau boleh, call la slalu... (klau xde kredit, cari la sendiri!! tu pon xtau ke??)
TETAPI!! jgn dsbabkan anda obses cari duit nk topup, jangan ler anda abaikan dia tu..
ni yang jd kes penceraian ni.... hehehe..
kalau anda CINTA kan dia???
tunjukkan la cinta anda pd dia... (bnda camni pon nk kena ajar ke??? mmg kne ajar.)
kalau xajar, kita xkn tau...
anda kena la setia dengan dia, try memahami perasaan dia supaya anda xperasan yg anda tu dh hustler sangat dlm bercinta nih..
1 more, anda harus ler percaya satu sama lain..(inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga) hehe..
ada lagi ni... anda semestinya gunakan kepercayaan dia sebaik mungkin...
jangan kecewakan hati dia disebabkan anda salah guna kpercayaan dia..
ada lagi, jangan la anda ego sangat, nanti dia meluat dgn lu, xpasal2 merana lg kang..
time BERGADUH???
tipu la kalau berkapel ni x bergaduh.. bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit kan??? ada kan???
seharusnya anda diam je... tapi adalah disyorkan oleh pakar2 psikologi dan psikatri, anda perlu lah berbincang elok2.. jgn terbawa2 emosi anda dari luar ke dalam masalah hubungan anda... kerana ia memudaratkan kesihatan hubungan..
untuk mengelak hal ini terjadi!! baik duduk diam2 dan muhasabah diri anda..
fikirlah salah anda pada dia.. (kadang2 xboleh buat mcm ni.. terpulang lah pada anda..)
anda yang menentukan...
INGAT!!!! jangan fikr perasaan anda sahaja!! fikirlah perasaan dia..
d most important!!!! sbg seorang muslim, jangan tinggal solat.. sentiasa berdoa dan minta petunjuk dar Allah S.W.T... kerana jodoh kita telah ditentukanNya..
Solat sunat istikharah jika anda inginkan petunjuk, Insyaallah..
Dalami ilmu agama kerana anda bakal memimpin satu sama lain, keluarga dan orang lain.. pelihara lah perbatasan aurat..

bunga x sekuntum, kumbang bkn seekor....
tapi bkn senang nk cari bunga yng paling wangi kat dunia ni...
bukan senang nk cri kumbang yg ada ekor...
kalau dh hilang, dh macam hilang nyawa..

tip ini xde la berguna sgt... tapi boleh dijadikan rujukan oleh golongan siswa, siswi, dan graduan yg menganggur atau pon tidak... banduan juga boleh guna..



Nukilan bertarikh 15 Ogos di Myspace

Surat Cinta Zaman Millenium


Dalam kesuraman sinar UV tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul2,ion,proton &neuton hidrogen membentuk ikata kovalen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku dengan erti kata lain seperti lagu Tanpa yang dinyanyikan oleh 6ixth Sense.Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti cinta, sayang dan rindu..

Kau mengajarku erti cinta, tedy bear, T shirt, rm10, cincin, beg sandang, nfon nokia 6260, coklat bar, perfume, mcD, KFC, Chiken rice shop, selendang biru, pokok rhu, pasir putih, bas persiaran dan ........Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Michael Jackson dan Anita Sarawak yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Holywood itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak Cacing Afrika di Burma. Kau pergi jua ketika atlet paralimpik bersiap sedia ke acara berprestij mereka. Dan ketika itu selepas aku bertarung nyawa demam denggi.. Ketika itu wabak H1N1 sedang menular.. Betapa bimbang nya hatiku terhadapmu. Tuhan saja yang tahu..

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada pemaju yang ingin merobohkan kediaman penduduk Kg. Buah Pala. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit angau terlampau, sembelit,resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai tali pinggang keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Aku seperti berada dalam satu ruang infiniti yang tiada dasar dan bertepi.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagtit dan stlagmit yang bagai sembilu. Perasaan ku juga berpaling tadah dan bayangmu selalu bergurau-gurau seperti lagu MEGA- Bayangan Gurauan..

Kondominium cinta mesra rakyat yang kita bina dari plastik termoset, stainless steel dan besi cast ion akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit RazakSat ke ruang angkasa atmosfera bumi. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok bonsai untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol perfume kaler hijau pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain futsal sambil makan sizling untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar rice cooker, dvd player dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni gula yang kau timpakan di atas belakangku sehinggakan bekalan gula tidak mencukupi di pasaran pada akhir julai 2009. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor flowerhorn dan 386 ekor kambing boa. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan Putra LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera dalam cup. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman, Keluang Man, jumper atau fantastic 4 seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi pizza dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kubota dan traktor telah pun aku cincang untuk dibuat palet ikan tilapia di kolam ikan rakan ku..
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok rhu ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah Jaya Jusco, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah sambil menyanyikan lagu Cinta Kita Di Pantai Merdeka nyanyian Tropika. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku JANJI akan ku e-mailkan buahnya kepadamu. Nak tak?

Nukilan aku bertarikh 15 Ogos 2009 di Myspace dulu.. hahaha

Angkasawan Pertama Malaysia




Angkasa..kalo sebut gerenti sesapa pon tau...
Angkasa adalah kawasan dari muka bumi ini..
Dan,didalam al-Quran juga ada definisinya...
Angkasa itu adalah langit..

Ahhh..peduli apa...
Yg aku nk citer pasal angkasawan pertama malaysia...
Syed Muzaffar,manusia bertuah dimuka bumi di negara yg bergelar Malaysia..
Syed Muzaffar sangat bertuah sesangat..
Tapi..ada satu kejadian yg membuatkan beliau pilu dan sedih..
Kejadian ini berlaku semasa beliau dlm perjalanan turun ke bumi bersama angkasawan yg lain..


Inilah dialog yg telah ditranslate dan membuat beliau terkilan sesangat..

Angkasawan Rusia  : Syed Muzaff,tahu tak kamu?
Syed Muzaffar           : Apa dia?
Angkasawan Rusia  : 
Aku baru dapat berita ini. Sebenarnya,kamu bukanlah rakyat Malaysia 
                                      pertama yg sampai ke angkasa.
Syed Muzaffar           : Hah? Ko biar betul? Sapa rakyat Malaysia yg pertama naik ke angkasa 
                                      tu? (sambil terkejut)
Angkasawan Rusia   : Kalau kau nk tahu...rakyat malaysia pertama yg sampai ke angkasa 
                                       tu..nama dia...

|

|
|
|
|
|
V





...AYAH PIN!!

Kuang kuang kuang!! kui kui kui...kekekeke...kena korang..ahaha..!!

Senarai DUN PilihanRaya





1. DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam
2. DUN yg paling takde rasa . DUN Air Tawar
3. DUN yg paling panas , DUN Pedas.
4. DUN yg paling miskin . DUN Sekupang
5. DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
6. DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
7. DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
8. DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
9. DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
10. DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.
11. DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
12. DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.
13. DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
14. DUN banyak air , DUN Ampangan
15. DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.
16. DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
17. DUN paling bahaya , DUN Baling.
18. DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.
19. DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
20. DUN ada binatang , DUN Kijang
21. DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
22. DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk

Kantoi Ponteng Sekolah





Salim ingin ponteng sekolah, lalu dia berlagak sebagai bapanya dan menelefon pihak sekolah.

Salim : (Dengan suara kasar) Saya ingin memberitahu cikgu, yang Salim bin Endot tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam.
Cikgu : Boleh saya tahu siapa bercakap ni?
Salim : Yang sedang bercakap ini bapa saya.


Pulak.....KANTOI SUDAH!!!

Zorro Vs. Robin Hood



Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood.Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut.


Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal diatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. 

Perghhhh, dengan bangganye, si Zorro jerit...
"I AM ZORRO....."


Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu.

Dengan hidung yang kembang jugak, si Robin Hood kata..
" I AM ROBIN HOOD............"


Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak.

ZZZZUUUUUPPPPP.............!!!! PPRRAAPP.

Kena kepala pompuan tu dan mati.
Dengan selamba orang asli tu kata.......


......"I AM SORRY....!!"

Membuat lawatan mengejut di MySpace!!

Minggu ni adalah minggu pertama cuti semester aku bergelar seorang mahasiswa degree. Time macam ni aku tak balik rumah terus tetapi aku pergi melawat rumah kakak dan abang dulu sebelum pulang ke kampung halaman. Nak balik rumah terus, selalunya makan masa 1 hari lebih sebab dari johor ke perak aku naik bas loncat-loncat. Malas nak beli tiket awal-awal sebab aku tak suka merancang kalau nak balik kampung. Dulu time duduk dekat aku bawak kereta je. Kalau rasa nak balik, terus campak je seluar dan baju ke dalam kereta then terus pecut balik rumah. Sekarang ni jauh, mau rabak poket bawak kereta. Minyak saje tak kurang RM100, belum tol lagi. So, aku naik bas je la..Lagi pun semangat balik kampung naik bas ni lain sikit. Baru la terasa berada di perantauan and experience totally different!  Kadang-kadang aku naik bas duduk dekat seat reserve kt tangga tu dan bukan senang nak dapat pengiktirafan duduk di situ. Korang kena pujuk rayu driver tu dulu, baru la boleh duduk disitu dengan bangganya. Hahaha.. Sampai je kat stesyen bas, aku terus tanya je bas mana yang nk gerak ke KL atau Shah Alam. Memandangkan family aku majoriti berada di area sini, aku takde la risau sangat kalau bas dari KL ke Ipoh takde. Tapi bukan nasib selalu baik je.. Pernah sekali aku terkena dengan diorang. Haha.. Sampai je kt KL, aku terus je pilih destinasi mana nak tuju. Bila call, rupa-rupanya semua sekali dah ada kat kampung.. Huahaha.. Wakena Beb!

Balik kepada topik tadi, sekarang ni aku berada di rumah kakak aku. Dah puas aku main dengan anak buah, anak pokok, anak kucing, anak kepada anak-anak yang ada. Dah bosan sangat aku bukak la Myspace. belek punya belek tiba-tiba ternampak la Blog aku 2-3 tahun lepas yang memang merapu. hahaha.. So, aku cadang nk copy paste masuk dalam blog ni.. Hahaha.. 

Monday 16 January 2012

Cerita yang merapu..

Dah tajuk "Cerita Yang Merapu", memang sah la cerita ni merapu.. wakaka.. Cerita ni saje je aku tulis untuk member2 sekelas aku.. sehari satu episod aku upload kat group facebook.. hahaha.. Awal cerita je yang cantik, ending dia memang aku buat jadi hampeh. Habis member2 aku kena petik dalam cerita ni.. sori ye kekawan, just 4 fun rite??? Cerita nya berbunyi begini.. Once Upon a time...............


Episod 1:

Boy: awak, esok kita jumpa nk?
Girl: Malu la awak..xmo2..(gaya kiut habis)
Boy: Pliz.. slama kita kenal, kita xpernah jumpe pon.
Girl: Okay, tapi awak janji dengan saya boleh x?
Boy: Of coz boleh.. Tapi apa dia?
Girl: Awak janji kat saya yang awak jangan tinggalkan saya lepas ni..
Boy: xkan la saya nak buat macam tu kat awak. apa2 pun saya janji ye awak..
Girl: Ok awak.. esok pukul 10pagi, dekat cafe G3 ok x?
Boy: Ok awak.. Saya ni hensem tau awak.
Girl :Saya tau.. kan awak dah bagitu kat saya sebelum ni.
Boy :Ooo.. iye ke? maknanya sebelum ni saya dah perasan yang saya ni hensem rupanya.. Nak pakai baju sama kaler x?
Girl: Nak2!! kaler pink?
Boy: Saya xde kaler pink la awak. Lagi pun malu la lelaki macho mcm saya pakai pink.
Girl: Merah?
Boy: Ermmmm... Biru nak x?
Girl: Biru? ok jugak tu..
Boy: ok set...

Pada malam itu kedua-duanya tidak dapat tidur dengan lenanya kerana terlalu nervous. Boy dan girl asyik melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 2 pagi. Boy dan girl cuba melelapkan mata. Dilihat jam lagi sekali, pukul 3:38 pagi.. lepas pukul 3:38 pagi, pukul 3:39 pagi. 2jam kemudian masing2 lena dibuai mimpi.
Tiba-tiba Boy terasa tubuhnya di dalam kehangatan. Girl juga merasai kehangatan tersebut tapi tidak diendahkan. Dalam keadaan mengantuk yang teramat sangat boy cuba menggagahkan diri untuk melihat jam di dinding. Alangkah terperanjatnya boy apabila melihat jam tepat pukul 1 tengahari. Lantas dia menelefon girl, tapi tidak berjawab. Alangkah gelisahnya boy apabila 24 kali panggilannya tidak berjawab. Mungkin girl telah merajuk atau kecewa dengannya. Boy cuba mencari jalan memujuk girl kerana satu-satunya alat perhubungan antara mereka ialah telefon. Boy teramat kecewa dan mula membuat sesuatu di luar batas pemikiran manusia. Boy menyelongkar sebuah kotak yang memang berada di tepi katilnya. dicapai sebotol 100plus bersaiz 1.5liter lalu diteguk. "Gluppp..glupp... arghh...panas-panas macam ni dapat 100plus sedap nye..", benak boy bermonolog sendirian. Tiba-tiba henfon boy berdering..

BERSAMBUNG....

Episod 2:Pada episod yang lepas, Boy telah terlepas temujanjinya dengan Girl. Adakah girl merajuk dengan first date nya?

Tiba-tiba henfon boy berdering.. Dengan jantung yang berdegup kencang Boy menggagahkan diri mencapai telefonnya itu. Dilihat nama yang dipaparkan pada skrin dengan perasaan yang lega bercampur risau. Mungkin lega kerana girl membalas panggilannya dan risau kerana mungkin girl akan memarahi dan meminta hubungan diputuskan akibat kecewa dengan boy yang memungkiri janjinya. Boy kini berada di dalam dilema samada untuk menjawab panggilan tersebut atau tidak. Masa terus berlalu dan telefon terus berdetut. (perkataan berdering tidak sesuai digunakan kerana handfon tersebut nokia3310 yang bunyi dia tuttt..tuttt…). Boy sedang membuat keputusan untuk menjawab panggilan tersebut atau tidak. Akhirnya, telefon berhenti berdetut. Boy mengeluh sambil berharap Girl menghubunginya sekali lagi. Boy mendongak ke langit tetapi apa yang dapat dilihat hanya kipas yang laju berputar sambil menunggu penuh harapan. Berkali-kali boy memandang skrin telefonnya dengan perasaan berdebar-debar. Setelah 15minit berlalu tiba-tiba telefon di dalam genggaman Boy berbunyi. Tanpa berfikir panjang, boy terus menjawab panggilan tersebut tanpa memandang skrin telefonnya itu.

Boy: Hello girl sayang, saya minta maaf sangat2 kat awak. (dengan nada penuh yakin)
Yus: Sayang abah kau, aku Abu la!
Boy: Abu? Abu yang mana satu ni?
Yus: Amboi-amboi, ramai sangat ke kawan ko nama Abu.
Boy: Setahu saya, saya takde kawan nama Abu. Ni salah nombor ke ni?
Yus: Eh, Ini bukan Helzee Taib ek?
Boy: Bukan..(cuba meyakinkan pemanggil)
Yus: Ooo.. minta maaf ye abang. (dalam keadaan yang masih keliru)
Boy: Okay, takpe.
Perbualan terhenti di situ. “Kacau betul la Yus ni, time macam ni la sibuk je dia nak call. ” ujar Boy di dalam hati dengan penuh perasaan marah terhadap Yus. Tiba-tiba telefon boy berbunyi lagi. Skrin telefonnya itu memaparkan nama “UTHM_Yusrofais Mr. Muscle (Celcom)”. Dengan muka yang redha, Boy menjawab panggilan tersebut.

Yus: Hello, Ini boy ke?
Boy: Ni aku la ni. Takkan la orang lain kot.
Yus: Mana la tau. Tadi aku dah silap call orang tadi. hampeh betol.
Boy: Ooo.. iye ke? Ko nak ape ni?
Yus: Jom lepak Arked, boleh minum-minum.
Boy: ko dah xde tempat style lagi ke nak lepak. Jom lepak mamak 25jam, boleh kena kari kambing.
Yus: Ok jugak tu. Aku pun xmakan lagi ni.
Boy: Tunggu aku datang bilik ko. Babai..

Dengan pantas boy mencapai tuala dan terus menuju ke bilik mandi. Semua perkara tentang Girl dilupakan buat sementara waktu. Air mula membasahi tubuh lalu boy menggosok dirinya dengan sabun Lux kaler oren. Mengimbau kembali perkenalan antara boy dan girl, pada mulanya boy menjumpai nombor girl tersebut pada iklan Kelab Ragbi UTHM yang diitampal di papan kenyataan Cafe Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail. Dia mencuba nasibnya untuk memiliki gadis tersebut dan percaya bahawa jodoh pertemuan di tangan tuhan. Kita cuma perlu berusaha dan tuhan yang menentukan. Niat boy adalah ikhlas dan mengetepikan soal rupa paras asalkan pasangannya itu juga ihklas.
Boy yang sudah mandi bersiap-siap dengan pakaian yang sungguh kemas. Disemburkan haruman “Dashing Cool” pada tubuhnya sambil memandang ke cermin lalu berkata, “hensem jugak aku ni ye…”.
Boy terus keluar menuju ke bilik Yus dan bayangnya hilang di celah-celah blok bangunan kolej.

BERSAMBUNG….

Episod 3: Setibanya mereka di kedai mamak 25jam, Boy terus memesan roti nan dan teh ais. Yus menganggukkan kepalanya sebagai isyarat memesan hidangan yang sama dengan Boy. Semasa menunggu pesanan siap, mata Boy liar memerhati keadaan sekeliling. Lelaki kesunyian seperti Boy ini selalu berkelakuan begitu ketika berada di tempat awam. Manalah tahu jika ada gadis-gadis cantik di situ, bolehlah dia ‘mencuci mata’ di situ. Tetapi jangkaan Boy meleset dan yang ada hanya dua orang wanita separa lelaki atau dikenali sebagai pondan. Rupa susuk tubuhnya dari belakang, pasti membuat ramai yang terpukau. Tambahan pula salah seorang dari pondan tersebut memakai baju pink, jambu sungguh. “Kelas kau Helzee Taib…” kata Yus pada Boy sekadar untuk mengusik.

Selang beberapa saat, datang sekumpulan perempuan datang ke kedai berkenaan. Mata Boy tertarik dengan salah seorang dari mereka yang berbaju kurung merah. Wajahya sungguh ayu dan memukau tetapi bagi pandangan Yus, gadis tersebut hanya seperti gadis biasa sahaja. Ternyata selera Yusrofais Mohd Yusop terlalu tinggi daripada Boy. Manakan tidak, gelaran Mr. Muscle yang diberi kepada Yus cukup membuat gadis-gadis di UTHM menggilai beliau sehingga ada yang dihantar ke Hospital Sakit Jiwa Tampoi akibat angau terlampau.

Boy yang sedang asyik memandang gadis tersebut menjadi tersentak apabila pelayan restoran tersebut menghantar pesanan yang sudah siap. Kedua-duanya mula menjamah roti nan tetapi mata Boy tetap memerhati gadis tersebut yang berada bertentangan dengan mejanya. Gadis tersebut tiba-tiba memandang ke arah Boy dan kedua-duanya bertentangan mata dan menunjukkan reaksi yang terkejut. Masing-masing ternganga dan mata tidak berkelip buat beberapa ketika. Boy yang pemalu terus mengalihkan pandangan dan masing-masing membuat hal sendiri. Boy tiba-tiba teringat akan kekasih sms nya, Girl. Lantas dia mengambil telefonnya di dalam poket dan menghantar sms kepada girl.

Boy: Salam awak, saya minta maaf dengan apa yang terjadi hari ini. Saya sebenarnya bangun lewat tadi. Semalam saya tak dapat tidur sebab teruja nak jumpa awak.

Yus yang melihat Boy mula senyap bermain sms terus mengeluarkan telefonnya juga dan terus bermain game Angry Bird. Boy menunggu balasan sms tersebut sambil menjamah roti nan semula. Boy yang sememangnya kuat makan turut menghabiskan makanan Yus. Tiba-tiba sms Boy berbalas.

Girl: Salam awak, saya pon nak minta maaf sebab saya pun bangun lambat hari ni. Saya takut nk call awak sebab takut awak marahkan saya.
Boy: Oh, yeke. Saya bangun pukul 1 tengahari tadi. Lpas siap2 terus keluar lepak dengan kawan.
Girl: Saya pon sama la awak. Ini pun baru je keluar dengan kawan pergi makan di mamak 25jam.
Boy: Ha? (Sambil memandang gadis bertudung merah tersebut)
Girl: Kenapa awak?
Boy: Xde ape awak. Awak pakai baju dan tudung warna merah ke? (sekadar menduga)
Girl: Xlah awak, saya pakai baju warna pink. Cute kan awak?
Boy: Cute sangat-sangat awak.

Boy terus memandang ke meja dimana dua orang pondan yang salah seorang berbaju pink di situ. Hatinya remuk dan hancur bagaikan dihiris sembilu kerana mendapati girl beliau begitu cantik.
-TAMAT-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK