MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Tuesday 23 October 2012

Tips Memeriksa Kenderaan Sebelum Berjalan Jauh

Aku rasa semua dah tak sabar nak balik kampung untuk cuti Hari Raya Aidiladha kan? Kalau student tu, jasad kat kelas tapi fikiran dah melayang kat kampung. 
Tiket bas awal-awal lagi dah beli, barang semua siap packing kalah orang nak pergi Haji.
Post kali ini aku nak bagi tips kepada mereka yang berkenderaan sendiri sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung. 



Based on my experience (alamak! tercakap omputih pulak!!), elok kita periksa kenderaan sehari sebelum memulakan perjalanan. KENAPA?
Sebab ada beberapa kemungkinan yang berlaku. Kalau kita check kereta sejam sebelum bertolak, then kita detect ada masalah. Mungkin tak sempat nak fix kerosakan tersebut.
Jadi, seeloknya kita periksa seawal yang mungkin sebelum memulakan perjalanan.


  1. Mula-mula sekali kita periksa air di dalam tangki radiator dulu. Check level air di dalam tangki simpanan yang terletak di sebelah tangki radiator. JANGAN isi sampai penuh sehingga mencurah-curah ke ladang gandum ye.. Ikut level pada tangki tersebut.  Then, periksa keadaan 'radiator cap' secara fizikal. ini kerana penutup tersebut berfungsi sebagai 'thermostat' yang akan mengeluarkan air ke tangki simpanan apabila suhu enjin panas dan akan menyedut air dari tangki simpanan ketika air di dalam tangki radiator berkurang.
  2. Kemudian periksa keadaan minyak enjin pula. Tarik 'Dipstick' dan lap dipstick supaya bersih dari minyak dan masukkan kembali dipstick tu. Kemudian, tarik keluar balik dan periksa level minyak enjin tu. Periksa keadaan minyak tersebut secara fizikal. Jika ianya berwarna hitam, bermaksud minyak tersebut perlu ditukar. Di dipstick ada tanda MAX dan MIN, tambahkan minyak pelincir kalau ianya tidak berada pada tahap MAX. 
  3. Periksa keadaan brake fluid. Periksa level di dalam tangki fluid tesebut. Jika berkurang, tambahkan brake fluid dari jenis DOT3 atau DOT4. Lihat pada penutup untuk mengetahui jenis fluid yang digunakan. Jangan gunakan sebarangan minyak! Ini kerana brek menggunakan sistem hidraulik yang menggunakan bendalir bukan minyak. Minyak akan mengakibatkan kerosakan pada oilseal brek tersebut.
  4. Periksa keadaan power stereng fluid. Pastikan ianya mencukupi dengan melihat level pada tangki tersebut. Pastikan warnanya tidak hitam. Jika berwarna hitam, ianya wajib ditukar.
  5. Periksa keadaan bateri kereta anda. Bateri kereta mempunyai jenis sel basah dan sel kering. Jika sel kering, periksa indicator yang terdapat di atas bateri tersebut. Jika berwarna hijau, bermakna ianya masih elok. Sel kering pula menggunakan elektrolit atau air bateri. Periksa level air bateri tersebut dan tambah air bateri sehingga menunjukkan level MAX. JANGAN gunakan air biasa!
  6. Periksa keadaan Timing Belt dan belt yang lain. Periksa keadaan secara fizikal sama ada tegangan yang cukup dan tiada benang yang keluar. Lihat milliage atau tarikh akhir ianya ditukar. Jika sampai masanya, bawa kenderaan anda ke bengkel berhampiran. Langkah awal dapat menyelamatkan duit anda melayang ribuan ringgit.
  7. Periksa keadaan tayar anda. Periksa bunga tayar dan tekanan angin di dalam tayar tersebut. Untuk memeriksa bunga tayar, kita just lihat keadaan fizikal tayar tersebut. Kaedah yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan syiling 20 sen. Letakkan syiling tersebut di celah antara bunga tayar. Jika tulisan SEN tersebut tak dapat dilihat, tayar tersebut masih lagi boleh digunakan. Untuk check tekanan angin pula, bawa kenderaan anda ke stesyen minyak berhampiran. Untuk kereta yang standard keluar kilang, sila periksa tekanan angin yang sesuai. Selalunya pengilang akan menampal sticker pasal tekanan angin tayar di celah pintu sebelah driver. Kalau tak ada, selalunya orang pam tayar menggunakan tekanan 200kPa. Periksa sekali angin tayar spare!
  8. Okey.. Semua dah cek kan? Last sekali cek minyak petrol anda sebelum memulakan perjalanan. Kalau untuk perjalanan yang jauh, pastikan minyak sekurangnya setengah tangki. Ini adalah untuk langkah persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan. Kemudian periksa peralatan kecemasan yang sepatutnya perlu dibawa berada dalam keadaan sempurna. Contoh: Spanar buka tayar, Spanar saiz 8,10,12,14 dan 17, screwdriver, jerk, lampu suluh, triangle reflector, air dan first aid kit. 
Selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Hari Raya Aidiladha. 
Berhati-hati di jalanraya dan ingat orang yang menyayangi kita!

Sindiket Mempergunakan Kanak-Kanak

Tadi aku lepak bersama member-member aku di sebuah kedai makan tepi jalan. Tengah sedap berborak, tetiba didatangi oleh satu kelibat manusia berbaju kurung dan bertudung lalu memberi salam. "Assalamualaikum pakcik..." Huaaaaaaa.... tua sangat ke muka aku nih??? balik rumah terus tengok cermin 3-4 jam..hahaha..
Then, kami jawab salam. Aku tengok macam dia nak jual something sebab dia pegang botol dan resit. Aku tengok betul-betul resit tu ala Dektektif Conan gitu..Oooo... Resit derma anak-anak yatim.. 



Ini bukan first time aku jumpa orang macam ni, dah banyak kali dah. Korang pon banyak kali jumpa kan? Kita keluar je bank, datang bebudak datang nak jual madu, kalendar dan duit tu diorang cakap disalurkan ke rumah anak-anak yatim, tahfiz dan bla bla bla... Dia ingat aku baru lepas keluar duit kot. Padahal aku punya la bebal, baru lepas bank in duit bayar duit kereta, itu, ini.. Kekadang nak balik ke Johor ikut highway, dari Ipoh ke Johor berapa banyak R&R yang ada? Setiap kali berhenti, mesti ada bebudak ni tunggu kat petrol pump. Aik? Tadi bukan budak ni ke yang aku jumpa kat Tapah? Time tu aku kat Sungai Buloh. Takkan dia ada ilmu jampi serapah kot? Mungkin orang lain kot... Aku terus cam muka dia betul-betul..Mane la tau kot terjumpa lagi..
Sampai kat Seremban pulak, jumpa orang macam tu lagi. Ishhhh.. Aku tenung muka budak tu bebetul.. Nasib baik bukan orang yang sama. Kalau tak, mau pengsan aku kat situ.. Bayangkan la, aku punya la pecut selaju yang boleh dari Ipoh. Tetiba jumpa orang yang sama. Tak ke impossible?

Seriously, memang budak ni jual barang mahal gila. Lepas tu pulak, barang yang dijual bukan keperluan aku pun. Apa yang aku boleh buat, aku bagi la sedekah seposen kat budak tu. Mesti korang ada terfikir bebudak ni mungkin menipu, tak pun bebudak ni dipergunakan oleh sindiket tertentu. Member aku pon marah kalau aku bagi duit macam tu je. Ingat duit senang nak dapat ke? 

Ya Allah, bukan niat aku nak menunjuk2 kat korang. Korang pon xkenal sape aku kan? So, xde sebab aku nak buat macam tu. Aku just nak ubah mentality semua orang pasal ni. Setiap kali orang meminta sedekah atau derma, abaikan perasaan suspicious korang tu. Yang paling penting, niat korang sedekah tu ikhlas. Buangkan prasangka buruk and think positive! Kalau dia nak tipu sekali pun, itu urusan dia dengan Allah. 
Takkan miskin diri kita ni disebabkan RM10 yang korang bagi tu. Insyaallah, Allah akan pulangkan berlipat kali ganda. Aku sendiri dah merasa, sejak aku tinggal berjauhan dengan keluarga memang duit selalu tak cukup. So, memang jadi kedekut nak bagi seposen kat orang. Lepas tu aku ada dengar kuliah pasal derma, hadiah dan sedekah. Walau time kita sempit sekali pun, kalau ada balance duit tu ringankan tangan untuk bersedekah. Alhamdulillah, ada je rezeki yang Allah beri time aku takde duit. Kekadang kawan panggil bagi job, kekadang tengah drive tu ada orang kereta rosak. Rosak sikit je, diorang bagi sedekah kat kita. Memang Allah tak bagi lebih kat kita, Dia akan bagi cukup-cukup kat kita untuk kita survive. Lagi satu, jangan membazir beli benda bukan-bukan. Aku cukup pantang kalau member mintak 20 sen sebab tak cukup duit nak beli rokok! Bukan kedekut, aku sayang kawan-kawan aku.

p/s: Merokok itu HARAM!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK