MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Tuesday 24 April 2012

Zip Seluar jadi Homepage Google!!

Terkejut aku tiba-tiba ada zip seluar kat skrin! Bila klik je zip tu terus terbukak..Nasib baik tak nampak benda yang tidak sepatutnya.. Memang COOL macam Eskrim Mat Kool.. 




Bila zip dah terbukak, terus nampak nama Gideon Sunback! Klik wikipedia, baru la tahu sebab-musabab nye...


Gideon Sunback dilahirkan pada tanggal 24 April 1880 dan hari ini merupakan ulangtahun kelahiran beliau. Beliau merupakan seorang jurutera elektrik dan orang yang bertanggungjawab membuat zip yang kita pakai sekarang nih!!! Beliau bukanlah orang pertama yang create benda ni tapi dia hanya membuat inovasi kepada zip moden.


Kalau takde dia ni, mungkin kita ni pakai kain pelikat dengan kain batik la agaknye.. Tapi bila zip ni dah dicipta, takde pulak orang nak pasang zip kat kain pelikat ngn kain batik. Agak-agaknya kalau dia ni takde, mungkin kita berpeluang menjadi orang pertama membuat zip. 
Selama ni aku ingatkan orang lain yang cipta zip sebab di kebanyakkan zip ada tulisan YKK. Rupa-rupanya YKK tu Yoshida Kogyo Kabushikigaisha (agak susah disebut) iaitu pengeluar zip terbesar di dunia.

Okeylah, nak sambung main zip ni balik.. Cambest je..

Sunday 22 April 2012

Sejak bila Proton menciplak design kenderaan?

Sebelum itu tahniah diucapkan kepada Proton di atas kejayaan terhadap Proton Preve.. Syabas!!! Tajuk mesti mau kasi panas brader.. Tadi ada pulak member sorang ni ternampak Mitsubishi Super Touring kat parking, terus dia bertanya "Eh, Saga tu tiru Mitsubishi yang mana ha?"
Aku pun menjawab, "Ada sebijik tu, cutting lebih kurang Saga jugak.. Nama dia Fi..Fi..Fi ape ntah. Tapi bukan Fiona lah." Geram jugak sebab selama ni aku ingat nama kereta tu..
Masuk je bilik, aku pun terus buat penyiasatan di wikipedia. Baru aku jumpa, Mitsubishi Fiore! 

Proton Saga 1985 dan Mitsubishi Lancer Fiore 1983
Mitsubishi Fiore ini adalah generasi ke-4 bagi model Lancer. Proton membuat sedikit perubahan termasuk sekali dengan lambangnya. Takkan la nak pakai lambang Mitsubishi pulak kan? Untuk model Iswara pula, Proton masih menggunakan rekabentuk yang sama tetapi berlaku perubahan terhadap bumper,grill dan lampu. Kemudian pada tahun 1993, Proton Wira pula diperkenalkan   menggunakan gabungan rekabentuk daripada Mitsubishi Lancer  dan Mirage.

Proton Wira 1.8 1996 dan Mitsubishi Lancer EvoII 1994
Pada tahun 1995, Proton mengeluarkan kenderaan bentuk hatchback iaitu Proton Satria. Kereta ini juga diubahsuai daripada model Mitsubishi Mirage hatchback. Dalam tahun yang sama juga, Proton memperkenalkan Proton Putra yang diambil daripada Mitsubishi Mirage Coupe.

Proton Putra 1995 dan Mitsubishi Mirage 1991
Kemudian Proton mengeluarkan kenderaan yang mempunyai ciri-ciri eksekutif iaitu Proton Perdana dalam tahun yang sama. Ianya diambil daripada model Mitsubishi Galant Eterna.
Proton Perdana 1995 dan Mitsubishi Galant 1992

Kemudian Proton melancarkan Proton Tiara pula dengan saiz yang kompak. Kereta tersebut saling tak tumpah dengan Citroen AX cuma berbeza pada bahagian grill dan bodykit je.

Proton Tiara 1996 dan Citroen AX 1986
Kemudian, Proton melancarkan Proton Waja pada tahun 2000.Kereta yang dilihat sedikit eksekutif dan elegan ini diubahsuai daripada model Mitsubishi Carisma. 

Proton Waja 2000 dan Mitsubishi Carisma 1995
Pada tahun 2001 pula, Proton melancarkan Proton Juara yang diubahsuai daripada Mitsubishi TownBox. 

Proton Juara 2001 dan Mitsubishi TownBox 1999
Perubahan yang dilakukan ialah terhadap bodykit dan juga lain-lain. Kemudian, pada tahun 2011, Proton melancarkan Proton Inspira yang diinspirasi daripada Mitsubishi Lancer Evo X. 
Walaupun ianya diubahsuai daripada platform Evo, enjinnya tidak menggunakan sistem Turbocharger. Habis kuat pun hanya 1000 unit terawal yang menggunakan enjin Mivec.

Proton Inspira 2011 dan Mitsubishi Lancer Evolution X 2007
Baru-baru ini Proton melancarkan model terbaru iaitu Proton Preve pula. Ada pula yang mengatakan ianya diciplak daripada Kia Forte. Kalau tengok pada rupa memang la sama, mungkin sebab permintaan pasaran terhadap konsep kereta tersebut. Takkan orang lain dah keluarkan kereta konsep futuristik kita masih lagi nak keluarkan kereta bentuk kotak macam Saga lama tu lagi kan?

Proton Preve 2012

Kia Forte 2008
Cuba tengok betul-betul dan bezakan sendiri. Jangan salahkan Proton kalau dia nak ciplak ke ape ke. Aku bangga Malaysia mampu mengeluarkan kereta sendiri walaupun pada mulanya cedok daripada luar. Bukan macam segelintir yang hanya tahu mengkritik sahaja. Jangan salahkan Proton, sebaliknya salahkan diri kerana kenapa tidak anda sendiri yang cipta kereta anda sendiri??? Anda berhak mengkritik jika anda mampu mencipta kereta sendiri.. :)
p/s: punya impian untuk create enjin kereta sendiri. (",)

Saturday 21 April 2012

Volkswagen Kereta Rakyat




Siapa yang tak kenal Volkswagen yang biasa kita lihat dengan model Beetle dan Combi??
Kenderaan yang telah dikategorikan sebagai RARE ini mempunyai sejarah penciptaan yang tersendiri. 
Penghasilan kereta ini adalah cetusan idea daripada seorang diktator terkemuka iaitu Adolf Hitler pada tahun 1932. Pada masa itu, kereta hanya mampu dimiliki oleh golongan-golongan elit sahaja. Semasa beliau memerintah German pada 1933, beliau memberi tanggungjawab kepada Jacob Werlin selaku pemilik Daimler-Benz dan juga dibantu oleh Ferdinand Porsche. Kereta yang Hitler ingin hasilkan ini adalah sebuah kereta MAMPU MILIK dan dinamakan sebagai KERETA RAKYAT. Spesifikasi yang diinginkan pula ialah 5 orang muatan, top speed 62 mph dan jimat penggunaan minyak. Yang paling penting ialah MURAH!!!
Semasa menghasilkan kenderaan ini, beberapa prototype telah dipersembahkan kepada Hitler, namun semuanya tidak memuaskan hati Hitler. Sehinggalah kepada penghasilan prototype Type 60 yang menggunakan enjin jenis Boxer 4 Silinder, barulah Hitler berpuas hati. 
Untuk penghasilan rangka kenderaan tersebut, rekabentuknya diambil daripada model Wanderer yang tidak pernah dikormesialkan dan ianya merupakan kenderaan peribadi Ferdinand Porsche. Setelah beberapa pengubahsuaian dilakukan, rekabentuk kenderaan tersebut berjaya dihasilkan. Hitler memberikan telah menamakan kereta tersebut Volkswagen yang bermaksud Kereta Rakyat dalam bahasa German. Kereta yang dinamakan Beetle tersebut seakan-akan kumbang seperti yang diinginkan oleh Hitler sendiri.


Pada tahun 1939, Volkswagen Beetle pertama kali diperkenalkan kepada rakyat dengan harga yang cukup rendah iaitu £85 dan £90 untuk model sunroof. Bayarannya pula boleh dilakukan secara ansuran. Namun begitu, pengeluarannya terpaksa dihentikan berikutan Perang Dunia Ke-2. 

p/s: berharap memliki sebuah model Beetle!!

Wednesday 18 April 2012

Alamak Speed Trap!!!


Nasib baik bukan gua yang kena. Inilah akibat kalau drive tak pandang kiri kanan, bukan laju mana pun.. Tapi pasal tak perasan speed limit, ini makan dia.. Kesian sepupu gua sorang ni. Selama ni saman speed trap yang sampai kat rumah buat tak tahu je. Yang latest ni dia bagi gambar sekali der!!! Siap boleh nampak korang bersembang dalam kereta tu.. Hahahaha... Lain kali berhati-hati semasa memandu..:)

Saturday 7 April 2012

DIY- BUAT SENDIRI MACRO LENSE

Hari ni bosan jugak sebab ramai member gua dah balik kampung la bro.. Dalam kebosanan tu, tercetus idea nak create Macro Lense, nak beli tak mampu.. hadoi~..
Mula-mula saya ternampak di youtube pasal macro lense home made, memang sempoi..JIIIMAAAAT.... Dengan berbekalkan kamera lama yang saya beli untuk buat sparepart, projek tersebut dimulakan..

Olympus AZ 330
Dah ada barang, nak tunggu apa lagi?? Kita kasi pecah la!!! 


Bukan semua part kita nak pakai, yang kita nak guna menatang ni je...
OEM Lense yang telah dibuka..
Lepas tu, bukak benda nih untuk membuang apa-apa yang tak berkaitan. Nak bagi nampak simple sikit, takde la semak nanti. Lagi satu, jangan lupa buang 'leaf shutter'. Kalau taknak buang pun xpe, pepandai la korang modify untuk buat shutter tu sentiasa terbuka.

Bila dah selesai buka, pasang la balik benda alah ni tadi. Pasang mengikut urutan sebagaimana kita buka tadi.. Masa nak pasang tu, guna kreativiti korang semua nak bagi kemas..Kalau ada skru lebih, boleh la sumbat kat lubang mana-mana yang rasa memerlukan skru. Takde la bergoyang lense korang ni nanti.
Dah siap! 
 Bila dah siap, pandai-pandai la korang buat sendiri adapter untuk lense korang tu. Macam saya, saya guna penutup botol body spray AXE je.. hahaha.. tak sia-sia aku membelinya..
Testing...
Jangan ingat ianya dah siap 100% ye.. Lepas pasang semuanya, kena la adjust sikit lense tu.. Kalau tidak, kabur je nanti.. Kalau cantik adjust nya, silap haribulan boleh nampak kutu hama atas meja.. 
Bulatan merah menunjukkan skru..
Tadaaa.... Its Done! 

Senang je nak buat rupanya kan? Walaupun dah siap, kena la jugak adjust sikit-sikit sehingga benar-benar rasa puas hati.. Kos tak sampai RM50 pun, kalau nak lagi cun beli la terus yang dah siap punye... Walaupun yang ni tak berapa best, yang penting ianya dari hasil tangan kita sendiri.. Value kita buat dengan kita beli tu lain.... Yang penting, kita mesti cuba... (",)
SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK