MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Friday 5 July 2013

Biar Aku Kedekut! Hahaha

Cis! Aku dah tau siapa punya kerja!!!
Selama 3 tahun aku tak tau apa yang aku simpan dalam akaun 4shared dan lain-lain akaun file sharing aku. Time tu aku nak upload software dan aku kepelikkan dan kehairanan tatkala menyedari ada file pelik dalam akaun tu 4 bulan lepas.
Jenuh aku fikir punya fikir punya fikir dan fikir sebab bukan satu akaun tu je yang ada benda pelik terbabit. Selepas hampir 4 bulan peristiwa tersebut berlaku, aku pun dah terlupa pasal tu dan mula memikirkan benda lain. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni terbukak cerita time kitorang mengumpat semalam.

Memang tabiat aku suka biarkan desktop atau laptop terpasang 24jam. Selama ni aku yang pedajal member-member, tapi memang lumrah hidup "Ada ubi ada batas!" ngahaha
Habis semua apa yang ada kat bookmark browser aku dia klik, remember password pulak tu memang habis  kasi hantam tarokkk.

Yang member aku ni ingat aku dah lama perasan apa yang dia buat. Mana la aku nak perasan benda tu sebab aku perasan aku ni hensem je. Yang dia pun bukan nak bagi apa-apa hint pasal tu. Dah la akaun tu aku guna untuk sharing software dengan member-member lain, aku teraniaya!

Jeng jeng jeng!!! Baru aku teringat pasal akaun YouTube!!!!! aku ada bagi member aku guna siap bagi password kat si amy hari tu.

Aku nak jadi kedekut lepas ni!

UPDATE: DAMN!!!!! siapa mala'un yang search dan comment video tu???
UPDATE: Lepas buat post mortem, ini bukan kerja amy. Kalau dah setahun lebih, ini kerja Abdullah bin Abdullah yang akaun dia terlupa password la ni.

Saturday 18 May 2013

Pantai Penyabong

Malas nak ulas panjang-panjang, banyak view yang menarik tapi kamera tak bawak. Biawak betul!



Panorama view

Tuesday 14 May 2013

Jangan Bercakap Tentang Perjuangan Islam.

Assalamualaikum w.b.t.

Jangan membuat inferens berdasarkan tajuk sahaja. Tergerak hati untuk berkongsi pendapat tentang perjuangan Islam setelah berlaku pertelingkahan kecil dengan sahabat aku kira-kira 5 minit yang lalu. 
Isunya memang kecil disebabkan bendera dan fahaman ideologi yang berbeza. 

Aku yakin yang aku bukan fanatik politik seperti sahabat aku yang lain tapi berasa tercabar jika menyentuh isu yang sensitif seperti memperlekehkan idea seolah-olah aku tidak memperjuangkan apa yang mereka juangkan. 

Jawapan aku mudah. Jangan berbicara tentang perjuangan Islam jika anda tidak perjuangkan Islam anda dahulu. Ya, aku mengaku PAS jelas dilihat memperjuangkan Islam dan UMNO jelas dilihat memperjuangkan Melayu dan tampak racist. Tapi jangan menilai perjuangan individu dengan parti yang disertai SEBAB Islam bukan lahir dari parti tapi lahirnya dari hati. Seperti mana kita lihat pada BIN atau BINTI, berkopiah atau bersongkok, bertudung atau berserban dan lain-lain, bukanlah menunjukkan status agama dan keimanan seseorang terhadap Allah Azza Wa Jalla. Ini kerana bukan semua BIN atau BINTI itu Islam, bukan semua yang berserban itu Islam, bukan semua yang berhijab itu Islam dan bukan semua yang berkopiah itu Islam. Oleh itu, jangan membuat kesimpulan awal JIKA yang tidak berkopiah, berserban, tiada BIN atau BINTI itu kafir.

Islam aku sangat mudah dengan adanya 5 perkara Rukun Islam dan 6 perkara Rukun Iman iaitu SYARAT keIslaman dan keImanan yang berkait dengan hati, lidah dan perbuatan. Apa yang anda tahu tahap keimanan seseorang berdasarkan apa yang dii'tiqad oleh hati sesorang? Apa yang anda dengar dengan apa yang dilafazkan oleh lidah sesorang dan juga apa yang anda dapat lihat dengan perbuatan seseorang? Jangan semata-mata untuk mengejar keredhaan dan syurga Allah s.w.t kita tercicir keimanan dan agama kita. 

So, jangan berangan-angan hendak membawa perubahan jika diri sendiri tidak diubah dan jangan berbicara dengan perjuangan jika diri sendiri belum bersedia untuk berjuang. Solat 5 waktu untuk diri sendiri pun jarang nak buat, janganlah nak mengaku perjuangkan Islam.

p/s: Kepada sahabat aku, jangan disebabkan ideologi kita berbeza korang nak kafirkan aku. Solat yang ditinggalkan tak terqada lagi, nanti kena qada lagi solat-solat yang aku dah imamkan. Harap sama-sama kita diberikan petunjuk Allah s.w.t.

Friday 3 May 2013

Apa Isu di Sebalik Sumpah Saiful?

Semalam pada tarikh 3 Mei 2013, Saiful Bukhari dah mengeluarkan video akuan bersumpah beliau di hadapan Ka'abah. Aku bukan fanatik politik..



Video ini diakatakan telah di-edit untuk mengaburi mata orang ramai. Antara ulasan mereka ialah:

  1. Saiz badan Saiful bersaiz besar berbanding Pak Arab. 
  2. Background bergoyang sedangkan kepala Saiful tak bergoyang.
  3. Background agak kabur, tapi muka Saiful difokus dengan jelas.
  4. Pada minit ke 1:03 Saiful tidak terganjak semasa dilanggar dari belakang.
  5. Suara Saiful jelas kedengaran walhal keadaan di Multazam yang sesak sepatutnya bising.
Ulasan aku.


  1. Saiz badan Saiful besar kerana titik fokus kamera tu. Jarak kamera ke objek lebih pendek berbanding  jarak objek ke background. Cuba kita kaitkan dengan gerhana bulan dalam situasi ni. Matahari kan berganda-ganda besarnya daripada bumi? Kenapa bila Matahari, bumi dan bulan berada dalam keadaan sejajar, seluruh permukaan bulan tu gelap? Tak faham lagi? Korang cuba menghadap KLCC sejauh 5 kilometer dan keluarkan sebatang pen. Sila bandingkan tinggi pen anda dengan KLCC tu? Lagipun, semasa Pak Arab tu berdiri di sebelah Saiful, Pak Arab tu tinggi sedikit daripada Saiful. Memang bukan semua orang arab tinggi-tinggi lah! Kat sini aku study dengan foreigner dari tanah arab, semua sama saiz dengan member aku. Kalau nk banding dengan tinggi aku, aku yang layak jadi Pak arab bagi diorang pulak.
  2. Kepala Saiful tidak bergoyang sebab kamera mungkin dipegang sendiri dan menghala ke muka beliau. Takkan korang tak pernah tengok video self-record kat YouTube?
  3. Background kabur dan muka Saiful sangat jelas sebab lense. Smartphone sekarang semua canggih manggih. Aku pun teruja dengan kamera smartphone Sony! Cuba try kamera Experia T.
  4. Cuba lihat pada minit ke 1:03, lelaki di belakang Saiful cuba mengelak daripada melanggar Saiful. Kalau takde Saiful kat situ, dia nak mengelak daripada apa? Lagipun, cuba lihat mata orang ramai di belakang Saiful. Mereka memandang ke arah kamera bila ternampak kamera yang dipegang oleh Saiful sebaik melintasi Saiful. Buat apa diorang nak pandang Saiful daripada belakang? Tiada motif diorang nak pandang si Saiful dalam ramai-ramai orang kat situ.
  5. Suara Saiful memang jelas kedengaran sebab kamera tu ada pada dia. Dari dulu noise reduction dah integrate dalam camera, handphone dan lain-lain. Lainlah Saiful guna telefon cikai buat recording..

Tujuan aku menulis ni bukan nak backing Saiful yang video benar, tapi nak tekankan the point of view dan tujuan video ni. Bukan menjadi isu jika Saiful Bukhari ni bersumpah di hadapan Ka'abah atau mengaitkan dengan ciri-ciri orang munafik.. Sepatutnya ianya tak boleh dipertikai kerana sumpah laknat bukan dikhususkan untuk suami atau isteri yang berzina SAHAJA seperti dinyatakan di dalam surah An-Nur.
Berani kerana benar, takut kerana salah. 
Saiful Bukhari melafazakan "Saya sanggup menerima azab dan laknat serta kutukan daripada Allah sehingga akhirat.". Anda sanggup? 

Kepada Anwar Ibrahim, saya cabar anda bersumpah seperti Saiful Bukhari lakukan..

Saturday 20 April 2013

GEDEGANG!!!!





Kisahnya pendek je, tapi jadi panjang berjela-jela hari tu. Benda ni jadi kat Port Dickson, betul-betul baru lepas check out Selesa Hotel. Kalau hari Ahad, memang traffic jam la sepanjang jalan pantai tu. Sebab malam tu ribut kuat, kereta berselemuih (kotor) dengan pasir. So, cadangnya nak cuci la dulu kat mana-mana car wash yang ada.

Ada la sebuah car wash yang bukak kat sebelah kanan jalan dan abang aku pun bagi la signal nak masuk simpang tu. Baru je bagi signal, kereta-kereta yang laluan bertentangan terus bagi laluan kat kitorang. Abang aku pun masuk la simpang dengan berhati-hati dan penuh keyakinan seperti Lee Chong Wei gitu. Baru je muncung depan kereta aku mencecah simpang, ada sebijik motor datang menghala ke kereta aku time tu. Memang laju (maklumlah, tengah potong ikut kiri jalan) sampai aku pun tak sempat nak keluarkan handphone ambik gambar. Dalam 2 saat yang terakhir sebelum motor tu menghentam kereta, sempat jugak aku fikir nak bagitau abang aku atau tak. Buatnya beliau panik nanti, lagi payah sebab time tu orang punya ramai. Ok, dah cukup 2 saat! GEDEGANG!!!!!!!

Aku terus keluar kereta dan angkat motor dengan owner sekali. Apek tua rupanya yang bawak motor tu. Aku angkat dia, bagi dia duduk dan tanya dia ada sakit mana-mana tak? Punya la risau dengan orang tua ni.
Aku tengok ada luka sikit kat badan dia, tapi dia cakap ok je. Aku tak fikir pon pasal kereta time tu, bila dah settle dengan apek tu aku pon tengok kereta.
Ternganga la sekejap, speechless.. Kalau nak mintak ganti ni, memang tak terganti nanti.

"Uncle ada family ke?", aku tanya apek tu.
"Ada.", jawab apek sambil mengangguk.
"Uncle call diorang suruh datang sini la, kita pergi balai buat report ok?", aku ajak apek tu dengan penuh sopan santun sebab kesian.
"Tak payah la pergi balai polis, saya kasi you RM100 ganti itu barang. Saya tau salah saya, nanti saya kena saman woo.", balas apek tu.
"Uncle, you mau saman RM300 atau you mau ganti ini bla..bla...bla... sampai RM3000? Kalau uncle mau ganti semua, saya tak kisah maaa.. Ini saya bukan mau mintak uncle ganti, saya mau buat claim insurans.", jawab aku.
"Tolonglah, jangan pergi balai. Saya bagi you RM200 boleh?", rayu apek tu.
"Okey uncle, uncle bagi saya RM5000 boleh." jawab aku dengan geram. Aku bukan nak mintak ganti pun, aku nak ajak buat report polis je. Apa teruk sangat nak faham. Memang dua-dua kena saman punya kalau accident ni.
"Ok2, kita buat report." jawab apek tu. Tu pun jenuh jugak la nak pujuk apek tu.

Nasib la pakai Vios, sparepart mahal.

Kesan habuk pun ade lagi.

AMARAN 18SG!!

Sampai je kat balai, terus jumpa anggota yang bertugas. Sementara tunggu giliran nak buat report tu, aku pun  pergi jalan kaki cari ubat untuk apek tu. Abang aku sembang-sembang dengan apek tu. Bila aku sampai kat balai, aku bagi air, roti dengan ubat kat apek tu. Lepas tu, abang aku ajak pergi cawangan trafik pulak. Sambil tu kitorang sembang2 la dalam kereta. Rupanya, abang aku je yang kena saman sebab kesian kat apek tu. Pulakkkk...

Aku diam je la. Dalam hati aku, bengap jugak abang aku ni. hahaha.. Bila fikir-fikir balik, aku pulak yang bengap. aku letakkan diri aku kat apek tu. Ye la, aku pun selalu jugak bawak motor ikut lane kiri. Kalau la apek tu bapak aku? Dah la tua, hidup susah. Abang aku pun pesan, "hari ini hari dia, mana tau esok kita pulak. Hari ni kita boleh cari duit lagi, tapi tak tentu sampai bila."

Friday 12 April 2013

Susahnya Nak Mencari Rumah Free Holder

Sebab apa yang dirancang hari ni tak jadi, aku pun membuang masa aku pergi survey rumah area Serdang. Mane la tahu kalau boleh buat comparison dengan rumah-rumah yang aku pernah survey sebelum ni. Tapi selalunya lebih kurang sama je harganya, cuma infrastructure facilities je berbeza. 

Tadi aku pergi ke Bandar Seri Permai di belakang Pasar Borong Selangor. Boleh tahan jugak kawasan perumahan tu dan harganya dah boleh agak dah. Target aku mencari cornet lot, tak kira single or double storey asalkan corner lot. Bukan nak beli untuk duduk pon, saje je survey. Mana la tahu, kot boleh buat investment. 

Bila dah jumpa, aku compare pulak keluasan tapak dengan rumah lain pulak untuk estimate renovation bilik, porch dan lain-lain. Semua nak kena consider, kalau main buta je beli takut rugi. 
Bila dah rasa puas hati dengan anggaran tu, baru la rasa berani call agen rumah tu. Boleh tahan jugak RM450k, tapi masalahnya rumah area Selangor ni banyak yang aku jumpa Lease Holder. Aku pon balik la sambil melambai tangan kat rumah tu buat muka duckface! Susah jugak nak invest kat kawasan pesat ni..

Doa Untuk Ahmad Hafizuddin Abdul Hadi

Assalamualaikum w.b.t.. 

Time busy menyiapkan lab report, aku pon online la fesbuk kejap melayan topik hangat dalam group politik. Bahang PRU-13 la katakan... Politik? Tak minat tapi still ambik tau jugak dan ada pendirian. 

Aku join group PR vs BN, baru la terbukak minda sikit. Dengar sebelah je, baik duduk dalam tempurung pasang radio satu channel. Tengah syok tengok diorang bertekak memaki hamun, ada la comment yang aku rasa meluat keluar. Ye la, potong stim betul! Orang sembang lain, dia sembang lain.
Tapi bila lama-lama, aku tak heran comment orang lain. Aku duk layan baca comment dia sorang ni je sebab  dalam ramai-ramai bertekak tu dia jadi orang tengah. Walau kena maki pon, dia tetap bagi nasihat demi nasihat, dan nasihat lagi, dan lagi..sampai la aku rasa nak pergi 'stalk' siapa dia ni?

Ooho.. Dia ada blog! Aku pon bukak la blog beliau. Jeng3....
Memang aku terkejut dan teruja sebab aku tak sangka dapat bersembang dengan beliau walaupun bukan face to face. Beliau bukan orang terkenal seperti Dato' Seri Najib, DSAI, TGNA, Shaheizy Sam dan Kak Ton...

Ahmad Hafizuddin Abdul Hadi ialah seorang pesakit buah pinggang tahap akhir (End Stage Renal Disease). Apa yang membuat aku teruja sebab aku pernah melawat blog beliau sebelum ni akhir 2011 dulu.  
Walaupun masa tu tak kenal beliau tu siapa, tapi simpati tetap ada. Aku pun ambil kesempatan untuk bertanya khabar dan beliau pon bercerita yang beliau masih menjalani rawatan dan masih belum menjalani pembedahan.Aku pun minta la nombor akaun dari beliau selain daripada Maybank. Manalah tahu, kot kita boleh minta bantuan rakan-rakan sebab dalam blog tu ada Maybank je. Beliau terus menolak dan pesan supaya jangan sebarkan blog tu sebab beliau tidak dapat meneruskannya. (sambil ada smiley :D)

Aku pon terkedu la sebab tak tahu nak jawab apa dan beliau pon dari awal perbualan ada smiley je. Tabah dan sabar betul hati beliau ni. Disebabkan beliau tidak mahu dibantu, aku mintak sesiapa yang terbaca post aku ni untuk doakan segalanya yang terbaik buat beliau.

Untuk melihat blog beliau, boleh klik SINI  . Beliau cakap beliau nak delete blog ni tapi selalu terlupa.

Monday 8 April 2013

Time Travel Movie List

Di sini aku nak berkongsi senarai movie yang aku rasa menarik berkaitan time travel semasa aku obses dengan time traveller ni.
Ada yang memberi inspirasi, ada yang lawak, sad ending, happy ending dan jugak yang tak faham langsung macam Primer. Primer memang terbaik tapi kalau tak faham, kena la ulang banyak kali. SERIUS!

Back To The Future

Terdetik hati aku nak menceritakan tentang filem ni sebab aku ternampak member aku tengok movie ni guna streaming. Aku pon gelak je la sebab aku ada simpan movie ni dari episod 1 sampai 3. Siap movie lain-lain pasal time travel pon aku ada! (Bongkak nye!!!)

Back To The Future adalah cerita science fiction kegemaran aku pada zaman kanak-kanak selain daripada Robocop. 



Pada masa tu aku tak heran langsung tentang ceritanya yang merentas masa ni, tapi aku suka tengok kereta dia je. Masa tu nampak kereta tu macam canggih sebab pintu dia je. 
Bila usia meningkat dan fikiran tu dah matang, baru la faham tentang cerita tu. Cerita ni mengisahkan seorang professor ala-ala Einstein gitu mencipta sebuah mesin merentasi masa. 

Pada mulanya, prof tersebut mencipta mesin tersebut untuk tujuan kebaikan tetapi pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku berpunca daripada mesin tersebut. Apabila kita pergi ke masa lampau, kita mampu merubah sejarah dan membuatkan masa depan turut berubah. Oleh itu, mereka perlu memperbetulkan semula keadaan dan mesin itu perlu dimusnahkan. 

Walaupun teori time travel ini dapat dibuktikan secara saintifik melalui pengiraan fizik, tapi sebagai seorang Muslim kita perlu percaya adalah mustahil untuk kita berpatah balik ke masa silam. 
Aku dah teliti segala teori termasuklah Quantum, Relativity, Worm Holes dan Paradox sampai tidur pon terbayangkan equation, memang tak mustahil pada mulanya. Bila aku fikir tentang kiamat, barulah aku dapat idea untuk mencari ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan. 

Hanya Allah sahaja yang mengetahui bila kiamat itu berlaku. Secara mudah kita boleh berfikir, manusia tidak akan tahu bila kiamat itu akan berlaku. Jika kita mampu pergi ke masa hadapan, bermakna kita boleh tahu secara tepat bila kiamat akan berlaku, sekaligus kita boleh tahu secara jelas kronologi Kiamat. Aku cari lagi maklumat daripada forum-forum agama tentang time traveller dan aku jumpa apa yang aku cari. Selama ni benda ni memang hampir dengan kita tapi bila nak mencari cukup susah iaitu Surah Al-Asr yang kita selalu baca selepas tamat sesuatu majlis. Selama ni kita selalu baca dan faham terjemahannya, tapi kita tak pernah nak menghayati maksudnya. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Time Travel, klik SINI.

Tuesday 2 April 2013

Jom Bantu Adik Harish Ar-Rizqin

Walaupun aku dengan budak ni tiada talian darah melainkan saudara se-Islam, tapi hati aku yang BRUTAL  ni tersentuh jugak bila baca entri dari Abg Ben tadi... 


Bayi yang diberi nama Harish Ar Rizqin mempunyai masalah saluran pernafasan yang sempit dan memerlukan sejumlah RM9000 untuk membeli alat bantuan pernafasan. Mungkin nilai RM1 daripada anda dapat memberi peluang yang besar kepada adik Harish ni. 

Kepada korang yang ada CIMB Clicks atau Maybank2U tu, bolehlah memberi sumbangan sekarang ni on the spot. Sekarang ni semua di hujung jari je, cuma nak pergi toilet je kena bawak cash money.. Jika kepada korang yang tidak mampu untuk membantu dari segi kewangan, bolehlah membantu dengan membuat post tentang adik Harish ni..

Untuk memberi sumbangan boleh dibuat melalui akaun Maybank - 1620 5801 4436 atau menghubungi waris, Hasril Abu Hassan di talian 019-2079047. Sumber Sinar Harian.

Wang Tunai RM5000 Untuk Blogger

Alhamdulillah, ada jugak time to blogging. Semua urusan duniawi termasuklah meeting, settlekan payment dan drafting proposal. Tinggal nak study untuk last paper minggu ni je lagi.. So, boleh la layan blogwalking dulu.

Berbalik kepada tajuk kita ye murid-murid, Wang Tunai RM5000 Untuk Blogger. Siapa yang tak mahu duit sila angkat tangan???  


Program ni telah diumumkan oleh Miss Aya pada 20 Mac 2012 dulu sempena 2nd anniversary BloggerWanita.com. Maknanya sekarang ni sudah genap tiga tahun BloggerWanita.com ni kan? 

Anda rasa sudah terlambat? Eheh, belum lagi la.. Program dijalankan sehingga RM5000 tu habis kita sapu.. (ayat jahat wooo..) Aku dapat tahu tadi masih ada lagi RM3798.20 untuk korang rebut..

Setiap LINK yang korang bawa ke BloggerWanita.com akan dibayar sebanyak 5 sen, cuba bayangkan kalau korang bawa berjuta juta jutaaaaa link ke BloggerWanita.com???

Jadi, tunggu apa lagi? Lagi satu aku nak pesan, Jangan Jadi Lima (5) Orang Yang Rugi.
Semoga anda BERJAYA!

Wednesday 6 February 2013

I'm a Drifter??? Puih!!!!!

Alhamdulillah kerana dipanjangkan umur dan masih bernafas pada hari ni... Incident petang semalam memang satu-satunya pengalaman baru aku sepanjang memegang steereng ni. Alkisahnya terjadi pada waktu hujan renyai-renyai ibarat movie hindustan yang scene putus cinta tu.. Aku pulak drive Ford Escort, kereta ni jenis pacuan belakang (RWD) dan memang jadi kereta belasahan aku. Tekan pedal minyak sikit, mesti tayar spin punya..
Sebab nak rushing sangat, memang drive macam ribut la. Sampai di satu bulatan di Pusat Bandar, sekali gua terlebih tekan minyak da...... Sreeeeeeettttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  Aku rasa kereta tu berpusing lebih 2 kali rasanya.. Bukannya pusing round about tu, tapi berpusing kat tengah simpang round about! hahaha Yang lawaknya aku tengok ade brader tu mata terbeliak terkejut gila.. Disebabkan masa tu aku boleh handling stereng lagi, aku angkat tangan kat dia terus blah buat macam biasa.. Padahal time tu aku pon terkejut sebab tak pernah2 aku buat donut kat round about tu.. Selalunya kalau kat traffic light yang ada U-Turn tu memang jadi fevret la... BAHAYA?? Tak bahaya la....

Wednesday 30 January 2013

Akibat Minyak Enjin Kurang.

Minggu ni aku rasa mencabar gila sebab kena siapkan overhaul enjin dalam masa kurang dari 2 hari.. Setelah bertungkus lumus berhingus, akhirnya siap dalam masa 2 hari lebih jugak.. Nak buat macam mana, kesian owner kereta tu nak guna kereta pergi kerja. Semalam pon beliau terpaksa ambil cuti menggunakan surat MC kereta tu.. (resit bil la tu..)  Memang kerja gila sebab nak seperating and cleaning dah makan masa setengah hari, nak cari sparepart lagi mesti setengah hari.. Ini pon nasib baik major sparepart memang dah standby ada kat workshop aku, dapat la aku tidur 3-4 jam sehari. Kalau tak, tentu tak tidur secara marathon selama 3 hari straight.. hahaha..
Alhamdulillah, owner tu dah SMS semalam bagitau dia dan keretanya dah selamat sampai ke KL..

Kereta tu rosak kerana minyak enjin kurang dan menyebabkan crankshaft, connecting rod dan piston  menjadi haus. So, kalau nak berjalan jauh tu kena la periksa dulu kereta korang tu ye. Kalau tak, habis melayang duit tu. Kereta tu tersangkut di highway Ipoh menghala ke Kuala Kangsar dalam pukul 4 pagi.. Dalam setengah jam diorang call, aku pon sampai di lokasi kejadian. Aku bukak je bonet depan, cek minyak  enjin, minyak gearbox dan lain-lain.. Semuanya kurang! Yang aku pelik bin ajaib ialah dengan minyak brek pon kosong.. Serius, setitiik pon takde.. Tapi memang pelik sebab kereta tu boleh brek.. Kereta tu ada jin kot... 

Basically, kalau kita nk travel jauh-jauh tu kena cek minyak enjin, air dan minyak gearbox. Ramai yang tak ambil peduli pasal ni sebab diorang rasakan benda ni jarang berlaku. Ye la kan, benda yang selalu berlaku ialah minyak petrol yang selalu kurang kan??? Asalkan enjin boleh hidup, cukup la bagi diorang.. 
Di SINI aku tinggalkan link http://amgyver.blogspot.com/2012/10/tips-memeriksa-kenderaan-sebelum.html

Thursday 24 January 2013

Peringatan Akhir Zaman


Assalamualaikum.. Gerun tak dengan tajuk ni? Hehe..Tengah sedap melayan himpunan hadis-hadis akhir zaman ni, aku tertarik dengan sepotong hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Thabrani ni.



“Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah
mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti
serigala-serigala buas, tidak sedikit pun di hati mereka rasa belas kasihan.
Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak berhenti dari (melakukan) kekejian. Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdaya kamu. Akan tetapi, apabila kamu
menghindari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila berbicara dengan mereka,
mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, mereka akan mengkhianatinya.
Anak kecil mereka jahil, pemuda mereka licik. Sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membangga diri dalam kehinaan. Dan
meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan.
Orang yang santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan ma’ruf malah menjadi tertuduh. Orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang fasiq menjadi mulia. Sunnah di tengah mereka adalah bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itu mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.”
-(Hadith Riwayat Thabrani- Kitab Al-Mu’jam Al-Kabir)

Apa yang membuatkan aku tertarik dengan hadis ni ialah perkara yang disebutkan tu nyata telah berlaku dan sedang berlaku. Masing-masing dengan perspektif masing-masing cuma muhasabah diri dan ambil iktibar. :D

Sunday 20 January 2013

Jadi Broker dan Breaker..

Assalamualaikum w.b.t.. 
Macam hari-hari biasa di waktu cuti, ke-busy-an aku ni mengalahkan broker hartanah pulak. 
Sepanjang hari aku temankan kakak aku ke La Cottage Putra Perdana merangkumi kerja-kerja driver, broker, advisor, cleaner dan runner secara paksa. 

Kakak aku baru je dapat kunci, jadi nak pergi jenguk-jenguk la sikit. Biasalah tu, benda baru mesti la happy bangat seyhhhh.. Padahal dapat kunci baru je pon. Sampai je kat rumah tu, aku tercengang kejap. Macam tak payah bagi kunci pon takpe, sebab pintu depan dah kena pecah..Hahaha... 



Masuk je rumah tu, aku terus pergi pintu belakang, naik tingkat bawah, turun tingkat atas, tengok toilet macam orang nak tilik Feng Shui.. Boleh tahan la rumah tu, tak kecik, tak besar.. Janji halaman rumah luas, boleh parking sebijik bas dalam pagar, boleh bela 4 ekor kerbau kat belakang.. Nak besar lagi, boleh buat renovation nanti. Aku cadang nak bagi komen pasal master bedroom pulak, tapi pintu tak boleh bukak. Silap masuk rumah ke kitorang ni? Tak lah, pintu buat hal la pulak.. Jadi perampok di siang hari la pulak, kena pecah pintu.. Nasib baik la toolbox sentiasa aku bawak kalau nak ke mana-mana. Kemudian aku buat calculation costing untuk buat renovation menggunakan pengalaman yang aku ada dalam bidang civil ni. Kos modal memang sikit, tapi kos pekerja tu kalau nak kurangkan kena la kakak aku bancuhkan simen. 



Baru je nak rilek sikit, kakak sulung aku pulak ajak pergi tengok rumah-rumah area situ, biarkan kakak aku lagi sorang tu tinggal kat rumah dia. Memang banyak rumah-rumah nak dijual kat situ. Habis satu kawasan kami explore sebab mencari rumah corner lot. Nampak je yang berkenan, terus call tanya harga. Sesetengah tu harga berbaloi, setengah tu tak berbaloi. Banyak yang nak kena consider sebenarnya macam keluasan dalam rumah, keluasan lot, tahap privasi dan kejiranan, kemudahan dan yang paling penting jarak surau, kedai, sekolah dan lain-lain. Harga tanah ni semakin lama semakin naik, tak rugi kalau beli. 

Pagi nanti lagi busy aku rasa. Kena jalan jauh pulak, barang tak siap packing pon lagi. Nasib baik la takde benda yang nak rushing sangat, dua tiga hari la baru aku sampai agaknya.. Cuti yang takde makna betul...(Boleh tak aku nak tambah 'huhuuuu' kat belakang ayat tu?)

p/s: Tak sempat nak ambil gambar, gambar ni aku cilok dari Kak Fiza..mekasih ye kak...

Tuesday 15 January 2013

Listen! Listen! Listen!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!




Currently,  "Listen! Listen! Listen!" being a very famous issues nowadays. It seems like a new phenomena  and being apart of cynical "trolling"  on social network. 

This incident happened during public forum, "Seiringkah Mahasiswa dan Politik" that participated by NGO's and students in University Utara Malaysia (UUM). I know, the most of you give a negative perspective to Ms. Sharifah Zohrah Jabeen (President of SW1M) because of her unprofessional in handling this case. 

Everybody have their own problems. I got her point but the description and explanation were totally out and deviating. Her explanation was remind me about "Bangau Oh Bangau" songs. The first problem is "Mengapa bangau kurus?" Then, after through another kind of animal, the key of problem is "Ular" (snake). In this situation, this snake have a problem too because necessarily the frog is the snake's food. Do you get my point?

Please, Listen! Listen! 
Even though she gave her own parable or whatever, the matter arising is she looks like "Tak Mesra Alam" and "Cepat Melatah". We know that the question from Ms. Bawani looks like emotionally but as a moderator we should think it positive. It may be Ms. Bawani want to attract surrounding people including moderator to pay attention and so on.

It's not about "Everybody have their problems" but it's all about ATTITUDE and INTEGRITY. 
As a moderator and stand for "Suara Wanita Satu Malaysia", already knew that she was a public figure and  should give the best response and respect the audiences. Honestly, she is talented and skillful in speech BUT her SOFT SKILL shows her poor maturity. 


 "A GOOD SPEAKER SHOULD BE A GOOD LISTENER" 


Tutorial: Cara Mengubah Resolution Game Menggunakan Regedit

Ada seorang mamat ni request kat group I'm Not Hackers, bagaimana nak buatkan game yang kita main tu full screen?? Korang pernah install apa-apa game seperti DotA, PES and so on, then resolution kecil? Do you want to know how to solve it? Lets get it start...

Firstly, korang klik Start Menu di Taskbar korang.. Then, type regedit dan tekan ENTER.. Klik ikon regedit tu..


Kemudian, korang klik HKEY_CURRENT_USER dan klik Software.. Cari application yang korang nak tukar resolution tu.. Korang klik folder game tu dan klik folder Setting.. Paparan akan appear macam di bawah ni..


Korang nampak tak di column sebelah kanan tu ada perkataan "Screen Width" dan "Screen Height"? Klik dua kali sampai satu kotak macam gambar kat bawah ni muncul....


Pada ruangan Value Data tu, korang tambahkan 50% daripada nilainya. Korang boleh je nak naikkan 25% atau 50% atau 200%, tapi aku prefer naikkan 50% dulu sebab kalau 2 kali ganda contra sangat.. So, gantikan 280 tu kepada 420.. Klik OK. Buat perkara yang sama pada "Screen Height" sekali dengan ratio yang sama.. Bila korang klik OK, bermakna semuanya dah siap dan test running game tersebut..

Sila tinggalkan komen untuk sebarang pertanyaan. Mungkin ada terkurang lagi ni...

Tuesday 8 January 2013

Kisah Rasulullah Ada Diceritakan di Dalam Kitab Hindu

Assalamualaikum w.b.t.
Ada satu perkara yang nak ceq kongsikan kat sini. Benda ni bukannya perkara baru, tapi perkara lama dan tak pasti kesahihan tersebut sebab ceq tak pernah pon bukak kitab agama Hindu ni. Kalau ada mungkin ceq dah selak-selak tengok, itu pon kalau ceq faham la.. Ni ceq habaq mai kat hangpa semua just nak kongsi apa yg ceq baca ja.. 



Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.

Di India adalah merupakan faktor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak.

Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Punjabi. Penyelidik sekular.


Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu.

Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu. 

Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.

Sunday 6 January 2013

Segmen Tambah Trafik Tambah Follower 2013

Assalamualaikum semua.. Seperti biasa, hidup aku memang sibuk memanjang.. Kalau kerja aku semua selesai, aku pergi menyibuk buat kerja orang pulak. hahaha.. Aku ambik masa untuk aku berehat sepanjang hari ni selepas bertarung dengan dua paper exam yang tahap killer.. Hari ni aku release tension dengan melayan benda-benda yang santai.. Twitter dan Facebook memang kena off.. Kata nak berehat kan..

Wokeyh2, berbalik kepada tajuk di atas iaitu Tambah Trafik Tambah Follower 2013 ialah segmen yang dianjurkan oleh otaimer blogger kita iaitu saudara Hasrul Hassan. 



Cara nak join segmen ni senang je. Korang klik je banner di atas ni dan buat satu entri yang merujuk kepada ayat "Blog Pendidikan Buat Blogger" di dalam entri korang. Then, korang tinggalkan link blog post korang tu di ruangan komen blog hasrulhassan.com. Senang, Mudah dan Simple kan?

Let me introducing about my blog. Honestly, aku create blog ni sebab aku nak komen blog orang je.. Tak pernah terlintas pulak nak jadi blogger, nak makan pun kadang-kadang takde masa. Hari ni aku cerita tapi gambar bulan lepas punya.. Hahaha.. Takde visi langsung!

Tadi masa aku berblogwalking, tiba-tiba ternampak banner ni kat blog Haus of Khalidsuxx. Kalau bukan pasal semalam, mungkin aku tak join segmen ni. As a newbie blogger, kadang ada jugak cari tutorial kat google dan malam semalam aku termasuk dalam blog hasrulhassan.com. Sememangnya blog beliau ni boleh dicalonkan sebagai Blog Pendidikan Buat Blogger. Banyak tutorial dan tips-tips berguna yang boleh kita guna daripada beliau. Korang klik je http://www.hasrulhassan.com kemudian klik di tab Panduan Menulis Blog. Serius aku tak bohong korang, memang bermanfaat. Walaupun aku bukannya nak jadi blogger, tapi ilmu yang disampaikan itu mungkin boleh diaplikasikan di tempat lain. Ilmu Allah itu kan luas?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK