MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Thursday 22 December 2011

Permandangan Tanjung Balau, Johor

Gambar ni aku ambik di Tanjung Balau, Johor. Aku ni memang suka dengan laut. Bukan sebab nak mandi punya pasal, tapi sebab aku suka dengan permandangan yang indah nan permai..(Cewahh!)
Terasa luas je permandangan bila tengok laut ni.. Satu-satunya tempat yang kita boleh melihat permandangan ufuk. Hajat di hati nak tengok matahari terbit tapi pagi tu cuaca mendung la pulak.. Dah lama jugak tak tengok matahari terbit. Dulu hari-hari tengok time duduk di Pasir Putih Kelantan. Rindunya kenangan waktu tu.. sob3.. :(







Murtad dan hukumnya??

Haa... Mari kita bercakap tentang agama sikit ye.. Ini sebenarnya group asignment aku nih. Akhir-akhir ni bukan main lagi kes-kes murtad kita dengar kat media. Aku bukannya arif sangat dengan hukum hakam agama ni walaupun dulu sekolah SMKA. Ilmu ni tak terbatas dan tiada seorang pon yang cukup ilmu di dunia ni. Dengan berbekalkan ilmu yang ada time study di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian Perak dulu, aku kini menjadi insan yang berguna.. Bak kata Dr. Fadzilah Kamsah,"Insan yang cemerlang datang dari akal ye. ye? ye!"...Okay enough! balik ke topik asal ye!!!


Definisi Murtad dari sudut bahasa ialah berasal dari perkataan arab, Riddah yang bermaksud kembali kepada sesuatu yang lain. Dari sudut istilah ianya membawa maksud seorang muslim yang Mukallaf yang keluar daripada Islam samada dengan kepercayaan, perkataan dan perbuatan atas kerelaan dirinya.

Hukum Murtad

Hukum murtad tidak dijelaskan di dalam Al-Quran. Tetapi dijelaskan oleh hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud "Jika seseorang itu keluar dari Islam maka bunuhlah dia".-Riwayat Al-Bukhari. Hadis ini dipercayai sebagai hadis ahad iaitu hadis yang berdiri dengan sendiri kerana terputus perawi hadis antara Iqramah dengan Ibnu Abbas dan Ibnu Abbas dengan Rasulullah.
Para ulama' bersepakat hukuman bunuh dikenakan bagi orang yang murtad, akan tetapi ianya bertentangan dengan ayat 256 dari surah Al-Baqarah yang bermaksud,"Tiada paksaan dalam agama kerana telah nyata kebenaran dari kesesatan".
Hukum bunuh terhadap murtad diperkuatkan oleh sebuah hadis yang bermaksud, "Dari Ibnu Mas'ud dan Aisyah R.A.,Rasulullah bersabda: Tidak halal darah bagi seseorang Muslim itu selain dari tiga sebab iaitu berzina setelah menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan meninggalkan agama(murtad).-Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud.

Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang mengecam sekerasnya orang yang murtad:
  1. Surah Al-Baqarah ayat 217 yang bermaksud, Dan sesiapa yang murtad dikalangan kamu daripada agamanya lalu dia mati dalam kekufuran maka terhapulah segala pahala amalan di dunia dan akhirat,dan mereka itu adalah penghuni neraka yang kekal di dalamnya.
  2. Surah An-Nisa ayat 137 yang bermaksud, Sesungguhnya orang-orang yang beriman kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian kafir dan bertambah-tambah kekufuran mereka selepas itu, Allah tidak akan mengampuni mereka dan  tidak akan menunjukkan jalan yang benar.
  3. Surah Al-Maidah ayat 21 yang bermaksud, Janganlah kamu berpaling tadah ke belakang(murtad) maka kamu akan rugi-seruginya. 
  4. Surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud, Sesiapa yang murtad dikalangan kamu daripada agamanya maka sesungguhnya Allah S.W.T. akan menggantikan mereka itu dengan satu kaum yang benar-benar dikasihi Allah dan mereka juga mengasihi-Nya.
Akhir kata, saya ingin memohon maaf dan tunjuk ajar sekiranya artikel ini ada kekurangan dan kesilapan. Semoga Allah S.W.T. sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepada kita bersama..

Tuesday 20 December 2011

Relevan atau tidak AUKU dimansuhkan?

AUKU ialah AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Menteri Pelajaran dimana ianya menyekat penglibatan politik ke atas mahasiswa. Sekatan ini adalah wajar kerana ianya dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Jika difikirkan kembali, jika tiada AUKU ini adakah keharmonian negara ini terjamin?
Jika dilihat perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan sebelum ini banyak menggunakan kalangan pelajar walaupun AUKU ini masih ada. Adakah perkara yang sama tidak akan berlaku jika AUKU ini dimansuhkan??
Majoriti mahasiswa masih belum cukup dewasa (bukan semua). Isu menurunkan bendera wajah PM tempoh hari menunjukkan ketidakdewasaan mentaliti mahasiswa terbabit. Ianya satu tindakan yang biadap menyerupai tindakan tentera jepun menjajah Tanah Melayu ketika dulu. Adakah ianya satu tindakan yang beradab dan bertamadun??
AUKU ini menyekat mahasiswa untuk berpolitik dan membantu mahasiswa fokus terhadap pelajaran. Jika kita fikirkan isu sosial remaja masa kini, ibu-bapa yang membenarkan anak-anak keluar lewat malam?
Jika ibu-bapa menyekat kebebasan anak-anak mungkin tidak terjadi kes rogol, samun, ragut dan buang bayi.
Adalah lebih baik mahasiswa mengutarakan isu sosial yang disebutkan tadi daripada melakukan sesuatu yang masih jauh lagi untuk dilakukan ibarat SEMUT DI SEBERANG LAUT BOLEH NAMPAK, GAJAH DI DEPAN MATA TAK NAMPAK.


Petikan ayat terakhir di blog chedet "Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU. "


Jika benar mahasiswa kini sudah benar-benar dewasa, saya bersetuju agar AUKU dimansuhkan. Tapi saya percaya bukan semua yang cukup dewasa dan hanya sekadar menunjukkan mereka adalah golongan pemikir elit yang berlagak seperti pemikiran mereka setaraf dengan ahli politik lain. Ianya menunjukkan seolah-olah mereka matang menentukan halatuju negara tetapi tidak sedar mereka mudah menjadi kambing hitam oleh anasir duri dalam daging. Fikirkan secara rasional agar maruah terbela di bumi sendiri. Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi. Maafkan saya jika ada keterlanjuran bicara, saya peduli dengan nasib kita, salam perpaduan untuk semua.

Monday 19 December 2011

Kisah Nobita dan Sizuka yang tiada dimana-mana komik atau TV

Pada suatu malam di depan panggung wayang…
Sizuka : Best tengok wayang dengan awak tadi. Kelakar je cerita tu…Tak bosan kan?
Nobita : A’ah, tak bosan. Best!
Sizuka : Kalau best kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe…
Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Nobita : A’ah…betul3! Takdelah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Nobita : Errr~ hehe…
Mereka pun menuju ke i-City…
Kisah selajutnya…………..
Sizuka : Awak, saya cantik tak?
Nobita : Awak kan sayang saya…Mestilah cantik…
Sizuka : Kalau saya ni betul-betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je…Kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar…Kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik…Kenapa ye?
Nobita : Errr~ hehe…
Mereka pun tiba di i-City…
Sizuka : Jom snap pic wak…Saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk lak gambar awak.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?
Nobita : Takpe le…awak kan awek saya…
Sizuka : Awek je…bukan isteri yang sah…
Nobita : Errr~ huhu…
Sizuka : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ye wak.
Nobita : Alaa…upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh…boleh ke?? tak elok la wak…Gambar tu dah la awak dan saya je…Yang ke-3 syaitan…Pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat…Tak malu ke?
Nobita : Errr~ huhu…
Mereka pun pulang…
Sizuka : Awak, awak sayang saya tak?
Nobita : Mestilah sayang…sayang sangat-sangat tau…haa.
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh…macam ajak bergurau je…nak saya kiss pipi awak tu ke sayang?hehe
Sizuka : Ish…apa ni? Teruknya pemikiran awak.
Nobita : Eh…Errr~ huhu…
Sizuka : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh…mestilah! hehe…
Sizuka : Tapi awak tipu saya!
Nobita : Eh…kenapa lak saya tipu awak??
Sizuka : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun…Awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.
Nobita : Owh…sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!
Sizuka : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana, pegang sini…Awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali…Awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan…Then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti orang ‘like’, awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat…Awak ada ilmu agama…Kalau takde ilmu agama pun, awak tau benda tu salah…tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak semua tu???
Sizuka : Ingat Allah tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau da awak nak sentuh-sentuh saya, apa je yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya…tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? Hanya hamba Allah…Awak bukan tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh awak…Awak sedar tak semua tu??? Kalau betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah…Ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya…tapi awak jaga saya tak?? Awak jaga saya tak?? tak kan…Awak bawa saya ke arah keburukan…Awak sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk…Nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan…
Suasana bertukar menjadi suram…sehinggalah Nobita mula meluah perasaan…
Nobita : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Nobita yang dulu kembali. Nobita yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Nobita tu…tunggu dan terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi…Awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan…Kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah…
Nobita : …….
Pesanan : kepada pasangan yang hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah kerana Allah yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah itu dinodai oleh cinta manusia…menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan…seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan…beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab…wallahu’alam~

Tuesday 15 November 2011

Zaman Komik Gempak...

Dah xde modal nak post weyh.... Teringat la pulak dengan satu slot dalm komik gempak ni.. Lawak Kampus, memang boleh tahan lawak dia ni.. Masa sekolah dulu tak habis-habis sama kan kawan-kawan dengan karekter komik ni.. Si kosong, Bepop, Aditas, Pengetua dan macam-macam lagi la.. kenangan, kenangan...

Saturday 12 November 2011

Susahnye nak bangun awal pagi...

 
Adoyai.... Sebab itu la orang suruh tidur awal, tapi tak mahu. Nak kena siapkan homework, assignment, study lagi. Yang itu xpe, jangan tidur lambat sebab buat benda yang tiada faedah. Manfaatkan masa sepenuhnya!!! (",)

Wednesday 2 November 2011

Sunday 30 October 2011

Animasi sebuah tembikai dalam masa seminggu!

Kos menyambung pengajian..

Ramai yang terfikir apabila menyambung pelajaran nanti semakin banyak kita menanggung hutang. Dari bangku sekolah sehingga SPM.. Dah lulus SPM sambung STPM,Diploma. Semasa diploma pun selalu ikat perut, PTPTN cukup-cukup untuk 2-3 bulan je.. Bila dah berjaya menggenggam diploma, rasa dah merdeka sangat kan? Masa tu ada sebilangan yang sudah bekerjaya dan ada yang tidak. Semasa bekerja, mungkin sesetengah tu terfikir untuk menyambung pelajaran. Tapi kan bekerja itu lebih untung daripada menyambung pengajian? Sampai bila nak study? Soalan yang selalu bermain di fikiran ialah, siapa yang nak tanggung??
Ada pinjaman pun masih tidak cukup menampung perbelanjaan seharian kita. Tapi tidakkah kita terfikir melanjutkan pengajian adalah sesuatu yang lebih baik daripada terus bekerja dengan makan gaji berkelulusan sedia ada?
Melalui pengalaman  yang pernah berkerja sebagai juruteknik sebuah kilang Semiconductor, poket memang tak pernah kering. Seluk poket je mesti ada kertas muka agong je. Basic rm 1400, campur elaun semua rm2400.. Tiap kali cuti mesti pusing Malaysia..
Apabila menerima surat tawaran melanjutkan pengajian, soalan-soalan di atas mengaju fikiran. Sebagai jawapan kepada soalan itu tadi, ianya dijawab dengan soalan kembali. Kenapa kita tidak boleh sedangkan orang lain boleh? Selama mana kamu nak bergaji sebanyak tu? Kita tiada impian berumah besar, berkereta besar seperti orang lain? Berapa lama kita nak duduk di dalam tekanan bekerja sebegini?
Walaupun kita menyambung pengajian dengan bebanan hutang yang meningkat, tetapi kerjaya kita di masa kelak akan tetap meningkat. Apa salahnya berkorban untuk 3-4 tahun untuk hidup sehingga ke hari tua nanti. Menuntut ilmu adalah jihad fisabilillah dan tiada batas umurnya. Titik mula untuk berjaya adalah sejak sebelum kita dilahirkan dan kejayaan tiada titk penamat. Manfaatkan masa yang ada untuk melakar masa depan kita dan jangan menoleh kebelakang sekiranya hampir kecundang. Titik kegagalan hanya ada pada orang yang tiada semangat untuk hidup. Jangan biarkan KEHENDAK mengatasi KEPERLUAN..

Saturday 29 October 2011

Penerangan prosedur Kejuruteraan...

Moral of the story:
Setiap orang mempunyai pemikiran dan imaginasi yang berlainan..:-D

Alahai student....

so, semua student haruslah bersatu... AHAHAK!!

Ilusi yang menipu kita...

Mata dah penat? apa kata kita merehatkan mata kita dengan ilusi optik. Cer tengok titik A dan titik B.. Apa yang anda nampak? tengok sekali gambar yang lain ye..Selamat melayan..


Baru sikit, ni ada lagi..

Dan lagi..

Lagi...



Lagi-lagi...

Gila lagi...

Lagilagila...




Layan lagi....

Dan last sekali...

Pening kan? hehehe...

Friday 28 October 2011

Dah memang begini 'life style' seorang student.. hahaha..

kalau jadi student ni, memang majoriti start buat asigment time malam sebelum due date.. hehehe..

Wednesday 26 October 2011

Drag race kereta-kereta idaman!!!

Aku ni minat jugak racing-racing ni, tak kira motor ke kereta. Yang selalu aku tengok ialah drag race motor (sprintest) sebab pakcik aku ni ada buat motor sprint 2-3 bijik. Kadang-kadang sempat la jugak tengok kereta macam wira, ferio, honda EK, satria main kat Bukit Tambun depan Kilang Yusof Taiyob tu.. Tapi aku tertarik dengan video ni. Kalau la aku dapat tengok dengan mata kepala aku sendiri, memang superb+outregeous beb!!! 






Nak jumpa kereta ni kat Malaysia pun dah cukup susah.. Huuuuuuuuuuuhuu...
Gambar tersebut diambil di dalam Kuil Firaun..


Sungguh mengejutkan apabila imej-imej yang dipaparkan pada dinding-dinding tersebut menunjukkan imej seperti helikopter, kereta dan lain-lain yang mungkin kita sangka tidak wjud pada zaman tersebut..



Kuil ini terletak di Abydos berdekatan Sungai Nil di tengah Mesir. Saya pun tak tahu sejauh mana kebenarannya sebab tak diizinkan pergi ke sini lagi. hehehe.. Kalau korang semua berpeluang sampai ke sini, cer tengok-tengok kan tempat ni..(",)..





Banyak juga spekulasi yang boleh kita buat apabila melihat gambar-gambar seperti ini betul tak??
Helikopter di bawah ni ada iras-iras macam ukiran pada dinding batu tersebut..


Perghhh... macam sama je la!! Renung-renugkan, selamat beramal..

Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh


Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.
Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.
Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria | baca lagi

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.
 Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.
Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran: 
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. 
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

p/s : Segala fakta dan gambar di atas (kesan radioaktif di Mohenjo-Daro, bateri Baghdad,  cakera padat Dropa, loji nuklear di Oklo), hanyalah fakta sokongan kepada 'kemajuan teknologi umat zaman terdahulu' dan tidak merujuk kepada zaman Nabi Nuh as.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK