MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Tuesday 4 September 2012

Tradisi Meriam Talang.. Kebabom!

Dah lama aku tak update story kat sini. Sibuk berpuasa? Eh, taklah... Sibuk beraya? Tak jugak..
Benda ni aku nk ceritakan sebelum Ramadhan lagi, tapi atas sebab-sebab tertentu aku terpaksa delay sampai la ke hari ni. 
Asal Ramadhan je mesti ada yang teringat dengan meriam buluh kan? Kalau kaum wanita pulak mesti sibuk dengan baju raya dan kuih raya punya. Kannnnnn?

Entry aku kali ni mengisahkan tentang tradisi turun temurun orang kampung aku yang terletak di Kuala Kangsar iaitu meriam karbait. 
Karbait tu ape? Karbait tu dikenali dengan nama saintifiknya iaitu Kalsium Karbida yang menghasilkan gas pembakaran jika direndam dalam air. 
Bila kita dengar pasal meriam karbait ni mesti terlintas perkataan BAHAYA punya. Tapi di kampung aku belum ada sejarah budak-budak tercedera. Ini kerana mereka menitikberat dalam aspek keselamatan. Ecececewah!
Meriam yang digunakan diperbuat daripada besi dan tidak seperti kebanyakkan orang yang menggunakan buluh. Oleh itu, risiko dapat dikurangkan. (Skema punya ayat..)





Apa yang specialnya ialah tradisi ini dimainkan setiap kali malam Aidilfitri bermula daripada pukul 12 tengah malam sehinggalah ke pagi Aidilfitri. Malam tu suasana punyalah meriah macam pesta, siap ada orang berniaga di tengah-tengah sawah. 

Tiada siapa pun yang tahu sejak bila tradisi meriam di Kampung Talang ini bermula. Jika ditanya pada kaum veteran pon diorang ternganga sebab time diorang budak-budak pon benda ni dah sedia ada.

Nak cerita banyak memang tak reti. Kasi tengok video dan rasa sendiri..:D

3 comments:

  1. Salam, nak tanya sikit, kampung talang ni, kampung talang yang kat K.kangsar tu ke? saya pun duk kampung talang juga, tapi bila balik kampung dah tak dengar bunyi meriam. Kampung talang mana yang main, Talang dusun, talang hilir atau talang hulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Talang Masjid, Talang Hilir, Talang Changkat dan Talang Hulu.
      Hanya malam raya Aidilfitri je yang ada. Hari-hari lain takde...

      Delete
  2. Mantappppppppp!! tradisi ^,^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK