Aku pun menjawab, "Ada sebijik tu, cutting lebih kurang Saga jugak.. Nama dia Fi..Fi..Fi ape ntah. Tapi bukan Fiona lah." Geram jugak sebab selama ni aku ingat nama kereta tu..
Masuk je bilik, aku pun terus buat penyiasatan di wikipedia. Baru aku jumpa, Mitsubishi Fiore!
![]() |
Proton Saga 1985 dan Mitsubishi Lancer Fiore 1983 |
Mitsubishi Fiore ini adalah generasi ke-4 bagi model Lancer. Proton membuat sedikit perubahan termasuk sekali dengan lambangnya. Takkan la nak pakai lambang Mitsubishi pulak kan? Untuk model Iswara pula, Proton masih menggunakan rekabentuk yang sama tetapi berlaku perubahan terhadap bumper,grill dan lampu. Kemudian pada tahun 1993, Proton Wira pula diperkenalkan menggunakan gabungan rekabentuk daripada Mitsubishi Lancer dan Mirage.
![]() |
Proton Wira 1.8 1996 dan Mitsubishi Lancer EvoII 1994 |
Pada tahun 1995, Proton mengeluarkan kenderaan bentuk hatchback iaitu Proton Satria. Kereta ini juga diubahsuai daripada model Mitsubishi Mirage hatchback. Dalam tahun yang sama juga, Proton memperkenalkan Proton Putra yang diambil daripada Mitsubishi Mirage Coupe.
![]() |
Proton Putra 1995 dan Mitsubishi Mirage 1991 |
Kemudian Proton mengeluarkan kenderaan yang mempunyai ciri-ciri eksekutif iaitu Proton Perdana dalam tahun yang sama. Ianya diambil daripada model Mitsubishi Galant Eterna.
![]() |
Proton Perdana 1995 dan Mitsubishi Galant 1992 |
Kemudian Proton melancarkan Proton Tiara pula dengan saiz yang kompak. Kereta tersebut saling tak tumpah dengan Citroen AX cuma berbeza pada bahagian grill dan bodykit je.
![]() |
Proton Tiara 1996 dan Citroen AX 1986 |
Kemudian, Proton melancarkan Proton Waja pada tahun 2000.Kereta yang dilihat sedikit eksekutif dan elegan ini diubahsuai daripada model Mitsubishi Carisma.
![]() |
Proton Waja 2000 dan Mitsubishi Carisma 1995 |
Pada tahun 2001 pula, Proton melancarkan Proton Juara yang diubahsuai daripada Mitsubishi TownBox.
![]() |
Proton Juara 2001 dan Mitsubishi TownBox 1999 |
Perubahan yang dilakukan ialah terhadap bodykit dan juga lain-lain. Kemudian, pada tahun 2011, Proton melancarkan Proton Inspira yang diinspirasi daripada Mitsubishi Lancer Evo X.
Walaupun ianya diubahsuai daripada platform Evo, enjinnya tidak menggunakan sistem Turbocharger. Habis kuat pun hanya 1000 unit terawal yang menggunakan enjin Mivec.
![]() |
Proton Inspira 2011 dan Mitsubishi Lancer Evolution X 2007 |
Baru-baru ini Proton melancarkan model terbaru iaitu Proton Preve pula. Ada pula yang mengatakan ianya diciplak daripada Kia Forte. Kalau tengok pada rupa memang la sama, mungkin sebab permintaan pasaran terhadap konsep kereta tersebut. Takkan orang lain dah keluarkan kereta konsep futuristik kita masih lagi nak keluarkan kereta bentuk kotak macam Saga lama tu lagi kan?
![]() |
Proton Preve 2012 |
![]() |
Kia Forte 2008 |
Cuba tengok betul-betul dan bezakan sendiri. Jangan salahkan Proton kalau dia nak ciplak ke ape ke. Aku bangga Malaysia mampu mengeluarkan kereta sendiri walaupun pada mulanya cedok daripada luar. Bukan macam segelintir yang hanya tahu mengkritik sahaja. Jangan salahkan Proton, sebaliknya salahkan diri kerana kenapa tidak anda sendiri yang cipta kereta anda sendiri??? Anda berhak mengkritik jika anda mampu mencipta kereta sendiri.. :)
p/s: punya impian untuk create enjin kereta sendiri. (",)
harga pun boleh tahan mematul2
ReplyDeletealah... diorang bising sekejap je, lama2 nanti diorang jugak yang pakai.
ReplyDeletebtul tu, saya setuju, kalau dicari, mmg akan jumpa persamaan, dh nama pun kereta, bukan bandingkan lori dengan kereta... hahaha~.....bagi saya inovasi kereta kat Malaysia dh baik..... kat china handphone 1:1 copy lagi.... rilex je orang malaysia pkai....hahaha~ siap bajet blackberry lg...hehehe~
ReplyDeleteTq sebab setuju! hahah... Mazda323 dengan Ford Laser, sebijik sama.. xde pulak rakyat jepun dengan europe nak pertikai ye tak?
Deletememang betul, berkenaan proton inspira, dia tak ciplak sebenarnya tapi mitsubhisi evo 10 tu tak berapa laris, jadi Jepun nie jual teknologi tu pada Malaysia utk cover rugi dia.
ReplyDeleteAku tengah tunggu bila proton nak buat bentuk macam ford mustang Gt500, amerika style, asyik-asyik model asia je, cuba beralih arah ke barat sikit!
Yes! Aku tengah tunggu Proton atau Produa buat konsep supercar mcm ferrari atau lambo.. tak laju pun takpe..hehehe
Deletetak kisahlah kan.. ciplak ke tak janji bagus...
ReplyDeletemy dad masih ada proton saga lama (BCT XXXX) body masih ummph sampai hari ni...
latest @putri_roh Wajah Baru MBO Galaxy Ampang
nak bangga pehal.. sebab proton la yg kita kena tax gila2 kalau nak beli kereta import.. kalau bukan sebab tax tu proton mmg xde chance nak compete dgn kereta lain.. siapa la nak beli kereta proton kalau mampu nak beli kereta lain yg lg best.. hahaha
ReplyDeleteko ni rabun ke ape? seme kete ko kate ciplak...dhla rabun bodo plak...
ReplyDeleteko ni rabun ke buta huruf???
Deletekenapa kereta proton sama mcm mitsubishi??? utk pengetahuan semua yg peringkat muda ni.. sebenarnya permulaan pembukaan proton ni.. mitsubishi ada saham dlm proton.. sebelum membuat apa2 andaian silalah kaji dahulu..
ReplyDeleteterima kasih di atas info yang diberikan tu.. Pada permulaan awal Proton, Mitsubishi adalah rakan niaga Proton. Diikuti dengan Citreon dan kini dengan Lotus.
Deletehaha...aku nak proton redesign kereta amarican muscle...pergh..mantop..
ReplyDeleteRasanya BANGSA KU tak mampu berdaya saing...DLM ASPEK REKA BENTUK....ALREADY YEAR 2012
ReplyDeleteKwang3x... suru la proton buat pertandingan design kreta utk proton.. lpastu,.. korang yg tak puas aty bole design cantek2... lpastu,, klu tpilih korang tunggu org punya komen plak,.. hahaha...
ReplyDeletesuruh diorang design, kite pulak komen.. hahaha.. diorang ingat senang nk design.. nk cantik semua boleh, tp structure dgn safety kena consider..
DeleteSemua pengeluar kereta menggunakan konsep pemindahan teknologi termasuk acuan badan kenderaan. Kalau nak compare US dan Japan, Toyota, Nissan dan Mazda mempunyai model yang sebiji serupa dengan model asal, tetapi ditukarkan nama sahaja untuk tujuan pasaran luar. jadi bukan soal tiru meniru. Kena faham konsep tu. Bukan tiru meniru, tetapi atas dasar strategi pemasaran dan pemindahan teknologi. Lihat wikipedia dan tulislah apa model dari Eropah, mesti ada model klonnya di Asia.Jadi usah salah anggap dan kita kena faham erti perkongsian. Model yang dibuat, jual dan rugi tu sebab mereka x kaji pasaran di sesuatu wilayah.
ReplyDeleteCiplak tu bukan perkataan yang menerangkan erti sebenar konsep dalam industri pembuatan kenderaan di dunia. Tiada istilah ciplak, tetapi perkongsian teknologi dan pemilikan saham syarikat. Proton dengan Mitsubishi, Citreon,Lotus, Renault adalah salah satu contoh perkongsian teknologi. Mereka ini berkongsi platform dan teknologi supaya Proton boleh diperkenalkan atas nama Malaysia dan produknya diperluaskan disamping mengekalkan pasaran teknologi Mitsubishi yang telah sedia ada. Cuba buat kajian Ford dan Mazda, Toyota dan Daihatsu, syarikat ini menggunakan model yang sama, tetapi dijenamakan nama lain apabila dipasarkan pada wilayah masing2. Bandingkan toyota Rush dengan daihatsu Nautika pasaran Indonesia. Sama? Mazda 323 dan Ford Laser? Sama? Perdana dan Eterna? Sama? Wira dan Lancer? Sama? Citroen dan Tiara ? Sama? Sirion dan MyVi? Sama X? Jadi ia bukan ciplak namanya, tetapi berkongsi platform kerangka, hanya ditukar rupa (facelift) untuk pasaran wilayah.
ReplyDeleteterima kasih dengan perkongsian tersebut... hamboih, bunyi macam penuh emosi je...hehehe :D
Deleteramai yang tak nampak benda2 ni.. yang diorang tau, komplen tak habis..
hahaha, harga jugak boleh thn. qualiti hampeh. aircon , cermin mudah rosak
ReplyDelete