MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Friday 9 March 2012

Alahai Timing Belt



Adoyai.... Kepada audience yang berkereta, sudahkah anda memeriksa timing belt @ tali sawat kereta anda??? Ha... Ni dah bagi peringatan ni.. So, lepas online boleh la korang pergi check.
Time kepala tengah kusut ni, tiba-tiba bapak aku call bagitau yang timing belt kereta dia putus. Jeng jeng jeng... (saspen giler...) 
Bertambah kusut la kepala aku ni, nasib baik rambut aku pendek.. Kalau tidak, dah macam Hantu Kak Limah la jawabnya.. Punya lah bebal (rasa bersalah) hati aku ni, sebab sebelum aku balik Johor aku tak check timing belt dulu. Sebelum tu aku ada servis throttle body, cable plug dan check apa-apa yang patut. Tak terfikir pulak pasal timing belt.
Apa-apa pun benda dah jadi... Dah la pakai kereta yang sparepart dia susah nak cari. Kia Sportage memang susah sangat nak cari sparepart. Dah la susah nak dapat, mahal pulak tu..
Dugaan...


Seboleh-bolehnya, periksa keadaan timing belt setiap 6 bulan. Bukan susah sangat pun, bukak 2-3 skru saiz 10 je.. Jangan nak diikutkan sangat dengan mileage tu. Walaupun guarentee dia 10000km, tak tentu dia boleh tahan lagi.
Kalau ada kesan rekahan ataupun benang-benang timing belt tu dah terkeluar, tukarlah dengan kadar segera. Tak mahal pun sebenarnya costing tukar timing belt, yang jadi mahal sebab upah.

Selalunya dalam anggaran RM300-RM600 costing sekali upah bergantung kepada jenis enjin.
Memang mahal, tapi berbaloi-baloi..(bak kata Amy Search)

Kalau timing belt tu putus, kau tahu lah azab kau.. hahaha... Mahu cecah RM1000 lebih tu..
Kena angkat cylinder head, kena buat grindvalve sebab valve semua dah bengkok. Silap-silap cylinder head kena skim(potong), piston kena tukar kalau crack.
Jadi, biarlah berhabis RM300-RM600 daripada berhabis beribu-ribu sebab kedekut sangat nak tukar timing belt..


BERINGAT SEBELUM KENA!!!! (",)
p/s: Nasib baik la kereta ford escort kesayangan pakai timing chain, xpernah bertukar pun.. hehehe...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK