MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Saturday, 21 April 2012

Volkswagen Kereta Rakyat




Siapa yang tak kenal Volkswagen yang biasa kita lihat dengan model Beetle dan Combi??
Kenderaan yang telah dikategorikan sebagai RARE ini mempunyai sejarah penciptaan yang tersendiri. 
Penghasilan kereta ini adalah cetusan idea daripada seorang diktator terkemuka iaitu Adolf Hitler pada tahun 1932. Pada masa itu, kereta hanya mampu dimiliki oleh golongan-golongan elit sahaja. Semasa beliau memerintah German pada 1933, beliau memberi tanggungjawab kepada Jacob Werlin selaku pemilik Daimler-Benz dan juga dibantu oleh Ferdinand Porsche. Kereta yang Hitler ingin hasilkan ini adalah sebuah kereta MAMPU MILIK dan dinamakan sebagai KERETA RAKYAT. Spesifikasi yang diinginkan pula ialah 5 orang muatan, top speed 62 mph dan jimat penggunaan minyak. Yang paling penting ialah MURAH!!!
Semasa menghasilkan kenderaan ini, beberapa prototype telah dipersembahkan kepada Hitler, namun semuanya tidak memuaskan hati Hitler. Sehinggalah kepada penghasilan prototype Type 60 yang menggunakan enjin jenis Boxer 4 Silinder, barulah Hitler berpuas hati. 
Untuk penghasilan rangka kenderaan tersebut, rekabentuknya diambil daripada model Wanderer yang tidak pernah dikormesialkan dan ianya merupakan kenderaan peribadi Ferdinand Porsche. Setelah beberapa pengubahsuaian dilakukan, rekabentuk kenderaan tersebut berjaya dihasilkan. Hitler memberikan telah menamakan kereta tersebut Volkswagen yang bermaksud Kereta Rakyat dalam bahasa German. Kereta yang dinamakan Beetle tersebut seakan-akan kumbang seperti yang diinginkan oleh Hitler sendiri.


Pada tahun 1939, Volkswagen Beetle pertama kali diperkenalkan kepada rakyat dengan harga yang cukup rendah iaitu £85 dan £90 untuk model sunroof. Bayarannya pula boleh dilakukan secara ansuran. Namun begitu, pengeluarannya terpaksa dihentikan berikutan Perang Dunia Ke-2. 

p/s: berharap memliki sebuah model Beetle!!

2 comments:

  1. Oooo.... baru taw..

    ReplyDelete
  2. dulu kereta rakyat..loni....mapuh dapat beli

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK