MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Saturday 23 June 2012

Lambang Kijang Pada BNM

Sekarang ni aku lepak di rumah kakak aku. Abang ipar aku nih seorang pengumpul syiling lama dan banyak buku-buku berkaitan wang-wang lama ni. Memang jadi satu kemestian kalau aku terjumpa buku yang tebal-tebal ni mesti aku selak satu persatu.. Kalau ada 400 muka surat, takkan takde satu mukasurat yang menarik kan.. Sambil-sambil melayan Euro 2012, aku pun selak buku Warisan Numistik Malaysia. Ada satu mukasurat ni yang menarik perhatian aku. Di mukasurat tersebut memaparkan duit syiling zaman kesultanan Melayu zaman dahulu sehinggalah seantero zaman dengannya.. Syiling emas yang memaparkan Kijang sebijik sama dengan yang ada pada lambang Bank Negara Malaysia. 


Aku teringat pada suatu hari, aku berborak dengan member-member aku tentang lambang kijang tersebut. Korang pon mesti tau kan apa pertikaian dan andaian tentang Kijang tersebut. Ada yang mempertikaikan binatang tersebut bukan Kijang memandangkan ekornya yang panjang, ada yang mempertikaikan bulan dan ada juga yang mengaitkannya dengan Freemason! 


Apa-apa pon, itu pandangan dan pendapat korang. Serius, aku hormat pendapat dan pandangan seperti itu kerana anda peduli tentang nasionalisme. 


Okey, cerita balik pasal Syiling tersebut, ianya dipercayai mula digunakan pada tahun 1400 lagi dan terdapat pelbagai andaian mengapa gambar Kijang digunakan. Duit syiling tersebut bertulisan arab iaitu 'Malik Al Adil'. Oleh kerana mempunyai lambang haiwan, pemikir berfahaman konservatif menolak andaian ianya berasal dari negara Islam. Oleh itu, mereka menganggap ianya dibawa masuk dari Fanam,India Selatan. Andaian lain pula mengatakan bahawa ianya berasal daripada negeri Kelantan dan Pattani sebelum kemasukan agama Islam. Pada masa tersebut, Alam Melayu menganut agama Hindu berdasarkan penemuan candi-candi purba di utara.







Jika dilihat beberapa contoh syiling tersebut, kita akan nampak perubahan rupa bentuk haiwan tersebut. Ada yang mirip seekor lembu kerana rupanya lebih gemuk dan berekor panjang, seakan bertanduk seperti kerbau dan ada yang berbonggol. 


Syiling ini berkemungkinan digunakan sehingga Kelantan dijajah oleh British pada tahun 1909. Memandangkan syiling ini dikeluarkan dalam tempoh yang cukup lama, berkemungkinan bilangannya syiling ini cukup banyak. 


p/s: Aku nampak binatang macam kerbau pun ada. Nampak macam ada pelana tempat duduk, tanduk, ekor panjang, gemuk. Rujuk gambar nombor 6. 

2 comments:

  1. oooo... baru tahu.

    ReplyDelete
  2. cari ada berapa banyak jenis kijang...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK