MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Wednesday 18 January 2012

Surat Cinta Zaman Millenium


Dalam kesuraman sinar UV tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul2,ion,proton &neuton hidrogen membentuk ikata kovalen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku dengan erti kata lain seperti lagu Tanpa yang dinyanyikan oleh 6ixth Sense.Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti cinta, sayang dan rindu..

Kau mengajarku erti cinta, tedy bear, T shirt, rm10, cincin, beg sandang, nfon nokia 6260, coklat bar, perfume, mcD, KFC, Chiken rice shop, selendang biru, pokok rhu, pasir putih, bas persiaran dan ........Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Michael Jackson dan Anita Sarawak yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Holywood itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak Cacing Afrika di Burma. Kau pergi jua ketika atlet paralimpik bersiap sedia ke acara berprestij mereka. Dan ketika itu selepas aku bertarung nyawa demam denggi.. Ketika itu wabak H1N1 sedang menular.. Betapa bimbang nya hatiku terhadapmu. Tuhan saja yang tahu..

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada pemaju yang ingin merobohkan kediaman penduduk Kg. Buah Pala. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit angau terlampau, sembelit,resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai tali pinggang keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Aku seperti berada dalam satu ruang infiniti yang tiada dasar dan bertepi.Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagtit dan stlagmit yang bagai sembilu. Perasaan ku juga berpaling tadah dan bayangmu selalu bergurau-gurau seperti lagu MEGA- Bayangan Gurauan..

Kondominium cinta mesra rakyat yang kita bina dari plastik termoset, stainless steel dan besi cast ion akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit RazakSat ke ruang angkasa atmosfera bumi. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok bonsai untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol perfume kaler hijau pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain futsal sambil makan sizling untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar rice cooker, dvd player dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni gula yang kau timpakan di atas belakangku sehinggakan bekalan gula tidak mencukupi di pasaran pada akhir julai 2009. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor flowerhorn dan 386 ekor kambing boa. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan Putra LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera dalam cup. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman, Keluang Man, jumper atau fantastic 4 seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi pizza dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kubota dan traktor telah pun aku cincang untuk dibuat palet ikan tilapia di kolam ikan rakan ku..
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok rhu ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah Jaya Jusco, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah sambil menyanyikan lagu Cinta Kita Di Pantai Merdeka nyanyian Tropika. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku JANJI akan ku e-mailkan buahnya kepadamu. Nak tak?

Nukilan aku bertarikh 15 Ogos 2009 di Myspace dulu.. hahaha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK