MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Sunday, 1 July 2012

Ternganga Tengok Kereta Kebal atas Jalanraya..

Sepanjang minggu ni aku sibuk dengan kerja-kerja di bengkel sepupu aku. Bukan sibuk nak tolong dia, tapi sibuk mempersiapkan kereta aku.. Kereta ape? Kereta cabuk (buruk) je.. Yang penting, RARE..

Buat pertama kali dalam hidup aku, aku melihat sesuatu yang menakjubkan... Terkezut gilerrrrr...



Selama 2 hari askar ni berlatih di kawasan berdekatan dengan bengkel sepupu aku. Mula-mula tu aku ingatkan ada orang buat kenduri sebab ade beberapa orang memakai baju seragam hijau dan beret jaga di simpang jalan.. Aku syak ni mesti RELA nih.. Bila aku dekat, kat vest diorang ada tulis Polis Tentera. Aku pon jadi cuak la, sebab aku ingat ada kes macam kes Al-Maunnah dulu.. Dah la Bukit Jenalik dengan Padang Ampang bukan jauh mana pun.. Rupa-rupanya askar training kat situ.. Bunyi je bom, diorang ramai-ramai lalu depan bengkel. Mula-mula memang aku jakun gila tapi bila dah banyak kali lalu jadi jemu la pulak. Terasa macam zaman perang wei... Setiap kali bunyi bom, diorang gerak secara konvoi.. Mula-mula helikopter, lepas tu trak beberapa buah, lepas tu lori bawak askar.. Motor Scrambler pon ade... Gaya askar pulak memang berlakon habis   dah tahap seniman.. Standby kot2 ada musuh datang.. Tak tengok kiri kanan.. Aku yang berdiri tercegat kat tepi jalan langsung tak dipandang..

Petang tadi pulak ada penampilan istimewa iaitu kereta kebal... Aku pun jadi bertambah jakun tahap gaban la.. Terus keluarkan handphone, snap gambar.. Selama ni aku ingatkan kereta kebal tu lembap macam kura-kura. Rupanya laju jugak..



Memang pandai diorang ni berlakon... Bila diorang patah balik ke tempat latihan, barulah diorang tegur aku kat luar bengkel.. Hahahaha...

p/s: Rasa nak tengok lagi..:)

Saturday, 23 June 2012

Lambang Kijang Pada BNM

Sekarang ni aku lepak di rumah kakak aku. Abang ipar aku nih seorang pengumpul syiling lama dan banyak buku-buku berkaitan wang-wang lama ni. Memang jadi satu kemestian kalau aku terjumpa buku yang tebal-tebal ni mesti aku selak satu persatu.. Kalau ada 400 muka surat, takkan takde satu mukasurat yang menarik kan.. Sambil-sambil melayan Euro 2012, aku pun selak buku Warisan Numistik Malaysia. Ada satu mukasurat ni yang menarik perhatian aku. Di mukasurat tersebut memaparkan duit syiling zaman kesultanan Melayu zaman dahulu sehinggalah seantero zaman dengannya.. Syiling emas yang memaparkan Kijang sebijik sama dengan yang ada pada lambang Bank Negara Malaysia. 


Aku teringat pada suatu hari, aku berborak dengan member-member aku tentang lambang kijang tersebut. Korang pon mesti tau kan apa pertikaian dan andaian tentang Kijang tersebut. Ada yang mempertikaikan binatang tersebut bukan Kijang memandangkan ekornya yang panjang, ada yang mempertikaikan bulan dan ada juga yang mengaitkannya dengan Freemason! 


Apa-apa pon, itu pandangan dan pendapat korang. Serius, aku hormat pendapat dan pandangan seperti itu kerana anda peduli tentang nasionalisme. 


Okey, cerita balik pasal Syiling tersebut, ianya dipercayai mula digunakan pada tahun 1400 lagi dan terdapat pelbagai andaian mengapa gambar Kijang digunakan. Duit syiling tersebut bertulisan arab iaitu 'Malik Al Adil'. Oleh kerana mempunyai lambang haiwan, pemikir berfahaman konservatif menolak andaian ianya berasal dari negara Islam. Oleh itu, mereka menganggap ianya dibawa masuk dari Fanam,India Selatan. Andaian lain pula mengatakan bahawa ianya berasal daripada negeri Kelantan dan Pattani sebelum kemasukan agama Islam. Pada masa tersebut, Alam Melayu menganut agama Hindu berdasarkan penemuan candi-candi purba di utara.







Jika dilihat beberapa contoh syiling tersebut, kita akan nampak perubahan rupa bentuk haiwan tersebut. Ada yang mirip seekor lembu kerana rupanya lebih gemuk dan berekor panjang, seakan bertanduk seperti kerbau dan ada yang berbonggol. 


Syiling ini berkemungkinan digunakan sehingga Kelantan dijajah oleh British pada tahun 1909. Memandangkan syiling ini dikeluarkan dalam tempoh yang cukup lama, berkemungkinan bilangannya syiling ini cukup banyak. 


p/s: Aku nampak binatang macam kerbau pun ada. Nampak macam ada pelana tempat duduk, tanduk, ekor panjang, gemuk. Rujuk gambar nombor 6. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK