MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Sunday 6 May 2012

Antara Pendidikan Seks dan Buang Bayi?



Tadi aku menjawab satu borang kaji selidik berkaitan Pembuangan Bayi dan Pendidikan Seks. Apa kaitan kedua-dua ni?? Pendidikan Seks sebagai langkah pencegahan kelahiran luar nikah yang menjerumus kepada Pembuangan Bayi. Soalan yang membuat saya terpaku sejenak, "Wajarkah pendidikan seks diajar di institusi pendidikan?".


Wajar dan Tidak Wajar??? Ya, dua2 sekali!
Adalah wajar ianya menjadi kurikulum di sekolah dan tidak wajar jika silibus terlalu drastik dengan nama Pendidikan Seks.
Jika Pendidikan Seks mahu dijadikan kurikulum di institusi pendidikan, ianya perlu diajar secara berperingkat mengikut umur pelajar. Adalah tidak sesuai untuk kita mengajar tentang persenyawaan kepada kanak-kanak bawah umur. Ianya dapat memberi kesan yang negatif terhadap pemikiran kanak-kanak yang belum matang (baligh) dan juga terlalu awal untuk membuka pemikiran kanak-kanak.


Semasa di peringkat bawah 12 tahun, silibus yang perlu diterapkan ialah tentang batas-batas hubungan sosial. Disebabkan itu, nama subjek perlu ditukar kepada lain. Elemen agama dan juga moral perlu ditekankan di sini dan ibu bapa perlu memainkan peranan bersama.
Selain itu juga, pelajar didedahkan dengan erti CABUL, ROGOL dan ZINA. Ini kerana terdapat banyak kes individu dicabul tanpa mereka sedari. Bukan bermaksud mereka dicabul ketika tidur tetapi mereka tidak faham apa itu cabul. 
Inilah perkara yang perlu diterapkan sebagai langkah pencegahan Seks Luar Nikah yang membawa kepada pembuangan bayi tersebut. 


Pembuangan Bayi yang berlaku bukanlah disebabkan kebodohan pasangan melakukan hubungan seks tetapi kebodohan pasangan terhadap moral dan agama. Mustahil usia sebegini masih belum tahu bagaimana berlakunya persenyawaan???

Sebak giler... mana pergi kemanusian diorang?

Muka yang masih suci diperlakukan macam ni..




Apa yang dapat aku simpulkan disini, Pendidikan Seks perlu digantikan dengan satu subjek yang menekankan aspek batas-batas hubungan sosial, agama dan moral. 
(Kalau mak bapak ambil tahu hal anak-anak, tak perlu kita nak wujudkan benda-benda macam ni)

p/s: Yang buang bayi ni, beranak macam buang air besar gamaknya.. Senang-senang nak buang...




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK