MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Friday 20 January 2012

Kembar Seiras

Hari ni aku teman kakak aku pergi ke Giant Seri Kembangan untuk membeli beberapa barang dan sambil tu aku menjaga Rayyan anak kakak aku a.k.a anak saudara aku. Aku pon pergi la ke sebuah kedai buku di situ dan terpandang sebuah buku yang mengisahkan tentang KEMBAR rencana dari National Geografi . Tiba-tiba teringat pulak dengan someone yang selama ni aku tak tahu yang beliau ni ada kembar!!! Aku dan geng-geng aku selalu menyakat minah ni kat cafe. Kitorang ramai-ramai tenung dia lama-lama. Pada suatu hari tu, aku saja buat blog walking dan ternampak muka dia kat blog tu. Tapi yang pelik nya, macam mana boleh ada dua pulak minah ni? Musykil.. Belek punya belek, baru tahu yang tu blog kembar dia la der….Maka, hati aku pun tergerak untuk mengupas dan berkongsi cerita tentang kembar.(cewah!!)



Aku dilahirkan sebagai ‘single’ ok.. tapi ada kembar angkat! Disebabkan muka member aku ni lebih kurang macam aku, ramai kengkawan dan cikgu-cikgu kitorang yang selalu tersilap orang. Huahaha..
Tetapi, sememangnya keluarga aku ni mempunyai genetik kembar kerana aku mempunyai dua orang adik perempuan yang kembar seiras. Kini adik aku yang kembar dua ni sudah menjangkau umur 22 tahun dah. Muka memang seiras tapi perangai memang berbeza. Dari kecik sampai besar pun bergaduh lagi. Kalau masa kecik-kecik dulu, memang pening la mak aku. Semua benda kena beli dua atau tiga jika termasuk aku sekali.. Memandangkan jarak umur aku dengan diorang ni tak jauh, maka barangan keperluan aku seperti susu, pampers dan lain-lain tersenarai sekali dengan wishlist diorang.

Mengikut fakta, kejadian kelahiran kembar berlaku 1/80 kelahiran dan kerana faktor genetik, ianya bukan mustahil untuk berlaku berulang kali dalam satu keturunan. Selain dari faktor genetik, penggunaan hormon ‘gonadotrophin’ dapat meningkatkan kebarangkalian kelahiran kembar. Kelahiran kembar ini bergantung kepada perempuan dan tidak mungkin lelaki yang melahirkannya betul tak? Hehehe.. maksud saya, kelahiran kembar bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh perempuan. Kelahiran kembar seiras berlaku apabila satu telur disenyawakan dengan satu sperma manakala kembar tak seiras berlaku apabila dua telur yang berlainan disenyawakan dengan dua sperma yang berlainan.




Bagi kembar seiras, sel telur yang disenyawakan akan berpecah sekitar 14 hari selepas kehamilan. Mereka ini mempunyai sel genetik dan kromosom yang sama. Disebabkan itu, mereka mempunyai sifat fizikal yang sama. Ikatan yang sungguh kuat ini menyebabkan mereka lebih gemar meluangkan masa bersama. Walaupun sifat mereka kebanyakkan sama, tidak mustahil untuk mereka bergaduh kerana berbeza pendapat.

KESAN
Kelahiran kembar sememangnya menjadi sesuatu yang diidamkan oleh setiap pasangan ibu dan bapa. Tetapi tahukah anda ianya terlalu berisiko?
Ini kerana ianya terdapat beberapa komplikasi seperti KELAHIRAN BAYI PRA-MATANG. Ini kerana proses matang kandungan kembar berakhir 2-3 minggu lebih awal dari kandungan biasa.
TWIN TO TWIN TRANSFUSION terjadi jika pengaliran darah yang tidak seimbang pada kedua-dua bayi semasa kandungan. hal ini terjadi jika terdapat pembentukan salur darah yang tidak normal pada kandungan. Kebanyakan kelahiran kembar memerlukan kelahiran secara PEMBEDAHAN CAESAREAN kerana kemungkinan kedudukan kepala bayi di dalam kandungan berada pada posisi songsang atau untuk mencegah komplikasi yang mungkin berlaku pada bayi kedua selepas bayi pertama berjaya dilahirkan. PLACENTA PREVIA berlaku apabila kedudukan uri yang terlalu bawah kerana saiznya  yang besar dan mengakibatkan pendarahan.

Walaupun terdapat pelbagai risiko, kita sebagai umat Islam hendaklah redha dengan segala Qada’ dan Qadar Allah S.W.T.  Anak-anak adalah rezeki yang diamanahkan ALLAH kepada hambanya dan peliharalah sebaiknya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK