MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Thursday 10 May 2012

Metal Detecting

Dulu aku ada nak cerita suatu benda di entri Himpunan Syiling Lama , tapi disebabkan masa yang selalunya sibuk sampai aku pun tak teringat nak cerita. Benda yang aku nak ceritakan ni takde la best sangat, tapi bila aku cerita kat member2, semua macam berminat sangat nak dengar..


Okey, setelah aku ceritakan dekat member aku iaitu Ajib dan Acap, baru aku teringat nk post kat sini. Metal Detecting ni selalunya kitorang panggil MD, iaitu operasi mencari logam2 yang dah lama duduk kat bawah tanah. Tak kira la tanah mana-mana pun, sampai kat dalam rumah pun kami cari.  Kalau buat dekat tempat public, mesti jadi perhatian punya lah. Diorang ingat aku cari periuk api..Hahaha.. 


Metal Detector
Yang menarik guna benda ni, dia boleh detect segala jenis logam daripada besi karat sampai la emas. Kami buat MD ni sebab kami ada satu hobi yang boleh dikatakan best iaitu kumpul syiling lama.


Harga barang ni boleh tahan jugak la harganya, ada yang bawah RM1k, ada yang banyak K nya..Tapi pasal minat, kena la beli. Aku beli??? Eh, tak lah.. Aku setakat follow abang ipar aku je, jadi dia yang punya benda ni. Aku ni kira tukang survey tempat dan tukang korek tanah je la..Gamaknya blog abang ipar aku tu pun tulis benda yang sama yang aku ni tukang korek je.. Hhahaha..


Nak guna benda ni takdelah susah mana, sebab dimana ada logam disitu dia bagi bunyi signal. Yang tak best nya benda ni, sampai ke perencah maggi pun dia boleh detect. Ada sekali tu, kami pergi buat MD kat kebun aku. Dapatlah tiga keping syiling lama dan yang peliknya ada pulak kotak rokok Dunhill baru (Reloc) di kedalaman yang lebih dalam daripada syiling tersebut. Konpius giler.. 


Ini dekat kebun aku.
Bagi aku, pengalaman ni cukup best bila aku jumpa sesuatu yang boleh menceritakan sejarah tempat aku buat MD tu. Contohnya time aku buat MD di kebun aku berdekatan dengan sawah, aku terjumpa syiling tembaga yang dah tak nampak tulisannya. Bila kami buat kajian ala-ala pencari harta karun gitu, baru la tau yang syiling tu dari China awal abad ke-19. Selidik punya selidik, baru la tau yang tempat tu dulu ada rumah nenek moyang aku. Lepas tu pulak, arwah nenek saudara aku ni yang datang dari China tinggal berhampiran situ. Aku rasa mungkin datang dari dia syiling tu.


Syiling China
Itu kalau LUCK bagus lah, kalau nasib tak baik memang tak dapat apa la. Kadang-kadang jumpa syiling tahun 2003 dalam tanah, korek punyalah dalam.. Ape Celop Bro? Haha..
Yang paling syok ada sekali tu kami buat MD di Stesyen Keretapi Tinggal, cari dalam tanah tak dapat apa pun. Entah macam mana, abang ipar aku pergi scan di dinding. Jumpa syiling 20sen tahun 73 dalam keadaan seperti baru lagi. Senyum sampai ke telinga la dia.. Hahahaa..


Stesyen Keretapi Bukit Berapit
Macam aku pulak, dia duk kalut MD aku pulak pergi snap gambar merata tempat. Kalau nak tengok koleksi syiling aku yang tak seberapa klik SINI..


Sebutir kelongsong mempunyai cerita tersendiri...




p/s: takut kalau terjumpa bom.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK