MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Tuesday 1 May 2012

Usop Sontorian di Kampung Parit Sonto.



Masih ingat dengan cerita Usop Sontorian??? Usop Sontorian merupakan filem animasi Malaysia yang pertama terbitan Kharisma Pictures Sdn. Bhd. Cerita ini mengisahkan Usop bersama rakan-rakannya Abu, Dol, Singh, Vellu dan Ah Kim yang hidup di Kampung Parit Sonto. Usop merupakan anak bongsu dan mempunyai kakak bernama Kiah dan abangnya bernama Budin. Ianya mempunyai 49 episod dan ada sesetengah tu masih segar dalam ingatan nih.. Masa tu memang best la melayan cerita Usop Sontorian ni. Kalau time senja hari Sabtu, memang time kitorang tengok cerita ni.. Aku sukakan latar belakang tempat dalam cerita ni, suasana kampunya yang damai.. Latar tempat yang biasa diketengahkan ialah sungai tempat diorang selalu berkubang.. Ha, aku bukan nak cerita pasal Usop ni saje. Sebenarnya baru tadi aku pergi follow member aku Quna dan Fareena pergi interview tauke kedai makan di Jentayu Corner. Sebaik sahaja aku parking kereta depan restoran tu, aku ternampak satu signboard yang mengejutkan aku. "PARIT SONTO". Yes!!! memang dari dulu aku tau yang kampung tu benar-benar wujud dan memang pernah terdetik hati aku ni nak pergi mencari. 


Simpang masuk ke Kampung Parit Sonto, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.
Tak sangka pulak aku boleh terjumpa secara tak sengaja macam tu.. Time tu memang aku rasa seronok gila, tapi buat-buat cool je depan member. Segan la, macam peghak(Jakun) la pulak... Tapi SERIUS, memang aku seronok dan bangga sebab aku dapat tengok sendiri Kampung Parit Sonto ni!!!!! Phewwwiitt!!!!


p/s: Lepas ni nak tinjau-tinjau dalam kampung tu pulak..

1 comment:

  1. Selama ni ada dengar pasal kampung parit sonto ni.Pasni cari lah kampung kluang man plak.he3...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK