MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Saturday 2 June 2012

Karnival Vespa Antarabangsa Kuala Kangsar 2012

Dah berapa hari aku tak update entri sebab sibuk untuk karnival vespa di Kuala Kangsar. Bukan sibuk menghadap vespa tapi sibuk siapkan semua kerja sebelum pulang ke kampung. Setelah 12jam perjalanan, aku sampai rumah sebelum subuh. Pagi tu aku tidur dulu, malas nak fikir pasal vespa-vespa ni. Sebab aku rasa condition vespa aku tu ok walaupun setahun enjin tak hidup. Last aku bawak jalan semasa karnival 2011, lepas tu parking je sebab aku pakai Ninja 150 ulang alik Kuala Kangsar-Ipoh (masa tu aku kerja di Ipoh). 


Petang tu aku dah bersiap pakai wangi-wangi sebab selalunya malam sebelum karnival aku lepak dengan geng vespa aku. Aku pergi tarik kain selimut vespa aku, periksa cat, minyak.. Perghh.. BERHABUK siap boleh main lukis-lukis lagi.. Aku start enjin dulu.. Trenn Ten Ten Ten.... HIDUP! Aku pun pakai helmet, pakai spek RayBan RM10 lalu menarik keluar vespa aku dari tempat bersemayamnya.. Baru je nak gerak, terasa berat pulak vespa tu.. Ceit! tayar pecah pulak.. Kelam kabut aku mencari tiub tayar petang tu.... 


Cerita banyak pulak aku nih..Sebenarnya aku nak upload gambar yang tak seberapa ni je.. 













p/s: tengah tunggu gambar dari member lagi..

2 comments:

  1. Replies
    1. ni baru sikit je.. kalau ade rezeki tahun depan dialu-alukan datang ke Kuala Kangsar..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK