MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Tuesday, 23 October 2012

Tips Memeriksa Kenderaan Sebelum Berjalan Jauh

Aku rasa semua dah tak sabar nak balik kampung untuk cuti Hari Raya Aidiladha kan? Kalau student tu, jasad kat kelas tapi fikiran dah melayang kat kampung. 
Tiket bas awal-awal lagi dah beli, barang semua siap packing kalah orang nak pergi Haji.
Post kali ini aku nak bagi tips kepada mereka yang berkenderaan sendiri sebelum memulakan perjalanan pulang ke kampung. 



Based on my experience (alamak! tercakap omputih pulak!!), elok kita periksa kenderaan sehari sebelum memulakan perjalanan. KENAPA?
Sebab ada beberapa kemungkinan yang berlaku. Kalau kita check kereta sejam sebelum bertolak, then kita detect ada masalah. Mungkin tak sempat nak fix kerosakan tersebut.
Jadi, seeloknya kita periksa seawal yang mungkin sebelum memulakan perjalanan.


  1. Mula-mula sekali kita periksa air di dalam tangki radiator dulu. Check level air di dalam tangki simpanan yang terletak di sebelah tangki radiator. JANGAN isi sampai penuh sehingga mencurah-curah ke ladang gandum ye.. Ikut level pada tangki tersebut.  Then, periksa keadaan 'radiator cap' secara fizikal. ini kerana penutup tersebut berfungsi sebagai 'thermostat' yang akan mengeluarkan air ke tangki simpanan apabila suhu enjin panas dan akan menyedut air dari tangki simpanan ketika air di dalam tangki radiator berkurang.
  2. Kemudian periksa keadaan minyak enjin pula. Tarik 'Dipstick' dan lap dipstick supaya bersih dari minyak dan masukkan kembali dipstick tu. Kemudian, tarik keluar balik dan periksa level minyak enjin tu. Periksa keadaan minyak tersebut secara fizikal. Jika ianya berwarna hitam, bermaksud minyak tersebut perlu ditukar. Di dipstick ada tanda MAX dan MIN, tambahkan minyak pelincir kalau ianya tidak berada pada tahap MAX. 
  3. Periksa keadaan brake fluid. Periksa level di dalam tangki fluid tesebut. Jika berkurang, tambahkan brake fluid dari jenis DOT3 atau DOT4. Lihat pada penutup untuk mengetahui jenis fluid yang digunakan. Jangan gunakan sebarangan minyak! Ini kerana brek menggunakan sistem hidraulik yang menggunakan bendalir bukan minyak. Minyak akan mengakibatkan kerosakan pada oilseal brek tersebut.
  4. Periksa keadaan power stereng fluid. Pastikan ianya mencukupi dengan melihat level pada tangki tersebut. Pastikan warnanya tidak hitam. Jika berwarna hitam, ianya wajib ditukar.
  5. Periksa keadaan bateri kereta anda. Bateri kereta mempunyai jenis sel basah dan sel kering. Jika sel kering, periksa indicator yang terdapat di atas bateri tersebut. Jika berwarna hijau, bermakna ianya masih elok. Sel kering pula menggunakan elektrolit atau air bateri. Periksa level air bateri tersebut dan tambah air bateri sehingga menunjukkan level MAX. JANGAN gunakan air biasa!
  6. Periksa keadaan Timing Belt dan belt yang lain. Periksa keadaan secara fizikal sama ada tegangan yang cukup dan tiada benang yang keluar. Lihat milliage atau tarikh akhir ianya ditukar. Jika sampai masanya, bawa kenderaan anda ke bengkel berhampiran. Langkah awal dapat menyelamatkan duit anda melayang ribuan ringgit.
  7. Periksa keadaan tayar anda. Periksa bunga tayar dan tekanan angin di dalam tayar tersebut. Untuk memeriksa bunga tayar, kita just lihat keadaan fizikal tayar tersebut. Kaedah yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan syiling 20 sen. Letakkan syiling tersebut di celah antara bunga tayar. Jika tulisan SEN tersebut tak dapat dilihat, tayar tersebut masih lagi boleh digunakan. Untuk check tekanan angin pula, bawa kenderaan anda ke stesyen minyak berhampiran. Untuk kereta yang standard keluar kilang, sila periksa tekanan angin yang sesuai. Selalunya pengilang akan menampal sticker pasal tekanan angin tayar di celah pintu sebelah driver. Kalau tak ada, selalunya orang pam tayar menggunakan tekanan 200kPa. Periksa sekali angin tayar spare!
  8. Okey.. Semua dah cek kan? Last sekali cek minyak petrol anda sebelum memulakan perjalanan. Kalau untuk perjalanan yang jauh, pastikan minyak sekurangnya setengah tangki. Ini adalah untuk langkah persediaan jika berlaku sebarang kemungkinan. Kemudian periksa peralatan kecemasan yang sepatutnya perlu dibawa berada dalam keadaan sempurna. Contoh: Spanar buka tayar, Spanar saiz 8,10,12,14 dan 17, screwdriver, jerk, lampu suluh, triangle reflector, air dan first aid kit. 
Selamat pulang ke kampung halaman dan Selamat Hari Raya Aidiladha. 
Berhati-hati di jalanraya dan ingat orang yang menyayangi kita!

1 comment:

  1. ahahaha... kami kaum perempuan ni hanya reti guna kereta ja... nak check kereta tak reti la... :p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK