MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Sunday 18 November 2012

ROKOK, MAKRUH, HARAM.

Gambar sekadar pencuci mata.
Soalan sensitif bagi aku, "Ko tak merokok ke?" 
Apsal? Tak pernah nampak aku merokok?
Soalan yang lagi sensitif sangat bagi aku, "Ko merokok ke?"
Apsal? Muka macam smoker ke?

Hahaha.. Soalan yang sering orang terdekat aku ajukan kat aku ni memang tahap kipas susah mati. Yang buat aku jadi tanda tanya, kenapa bertanya macam tu. 
Dalam dua tiga hari lepas lagi sorang bertanya soalan macam tu..Jadi confuse pulak nak jawab, kalau cakap tak macam penipu, kalau cakap ye macam menipu..
Lagi tipu kalau tak pernah smoking langsung. Pernah tu memang la pernah, tapi saja buat poyo je la.. Macho la kononnnn kan...? Lagi satu aku nak tanya, nampak macho ke merokok ni? Tak de ke perbuatan lain yang boleh menampakkan anda tu macho selain merokok? 

Jawapan yang selalu orang jawab kenapa dia merokok.
1.  Menghilangkan rasa mengantuk.
2.  Mencari idea.
3.  Hilangkan bosan. 
4.  Ketagih.

Bagi jawapan yang nombor 1 dan 2 sememangnya tidak masuk akal. Macam mana la nak hilangkan mengantuk kalau totally oksigen tak sampai ke otak. Aku tau sebab aku pun pernah buat, tak payah nak bukak buku sains biologi pon takpe. 

Untuk yang jawapan nombor 3 itu adalah jawapan paling tepat untuk anda merokok. Kalau dah bosan, korek hidung pon boleh hilangkan bosan tu kan? Masing-masing ada cara sendiri hilangkan bosan. 
Untuk jawapan yang last sekali tu, memang aku kesian sangat. Memang benda ni buat kita ketagih. Pasal apa? Sebab nikotin dalam rokok tu akan masuk dalam badan. Perokok bukan ketagihkan asap rokok, tetapi nikotin tersebut. 
Sebab tu kalau tak dapat rokok, perokok ni akan terasa nak merokok. Kalau perokok tegar tu memang kena cukup dos dia, sebab tu kena 2 kotak sehari kot.. hahaha


Sekarang ni yang membuatkan rokok membahayakan kesihatan adalah kandungan tar yang masuk ke dalam paru-paru.
Aku pernah merokok, aku pernah rasa pengalaman macam ni. Nak stop tak susah pun, singkirkan nikotin dalam badan. Macam mana nak buang, berhenti merokok terus. 

Ada yang cakap berhenti slow-slow, jangan nak merepek la. Kalau nak berhenti, tak payah sentuh langsung. Nampak sangat lemahnya diri kalau tak boleh lawan. Sampai satu tahap nanti, kalau terhidu asap rokok pun rasa nak muntah. Serius, baru la korang tahu yang asap rokok tu busuk sangat.
Kalau tak sayang diri, ingat la orang yang sayang kat kita. Cer fikir kalau kita mati nanti, kan dah hilang orang yang dia sayang.. Kan? kan? 

Merokok itu HARAM. Mana ada haram, makruh je la. Apsal makruh???
Tercengang aku dengar macam tu. Umur dah lanjut, study sampai oxford, tapi knowledge tipis...
"AMARAN KERAJAAN MALAYSIA: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN."
Takkan la nak tunggu kat kotak tu tulis "AMARAN ALLAH S.W.T: MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN." pulak..(minta maaf kalau gurau ni kasar ye..)
Dah terang-terang membahayakan kesihatan, dah tentu la hukumnya HARAM. 
-memudaratkan diri.(Ibarat bunuh diri lerrrrr....)
-memudaratkan orang lain.
-membazir.

Kalau ternampak pak imam yang merokok tu korang jangan cakap dia tu kafir atau sesat pulak. Diorang tu ketagih sebab dah terjebak orang kata. Diorang pun berkeinginan untuk pencen merokok ni. Kawan-kawan aku pun ramai yang macam tu. 

p/s: So, adik-adik jangan try nak merokok ye..Kalau abang nampak, abang sebat dengan selipar jamban karang. hahaha

2 comments:

  1. Salam Ramadhan Dari Thailand

    Ada jin terdiri dari Islam,makan JIN antaranya ASAP.kalau merokok dengan niat bersedekah ,macamana ?
    Asap rokok berbahaya,tidak dinafikan. Asap kereta yang dilepaskan disedut oleh penunggan motosikal dan perjalan kaki pula bagaimana,ADAKAH itu tidak merbahaya, KENAPA tak diharamkan,atas alasan MEMUDARATKAN orang lain.
    Hukum Haram Rokok cuma atas KHILAF manusia ,bukan dari Al Quran. Wallahuaklam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadhan dari Malaysia..
      Terima kasih kerana sudi membaca. Soalan killer ni. :)
      Hukum merokok dengan niat bersedekah? hukum berkaitan rokok ni terdapat kekhilafan antara ulama'. Ada yg mengharamkan dan ada yg mengharuskan. Jika berpegang kepada hukum haram, walaupun niat kita bersedekah tetap haram walaupun ianya bermanfaat kepada yg kita sedekahkan. Situasinya sama dengan sedekahkan harta yang dicuri, niat baik tapi cara yang salah. Banyak lagi benda yg kita boleh sedekahkan semudah membaca surah Al-Fatihah kan..?
      Maaf ya, saya tak dapat jawab soalan kedua tu. Kenderaan bermotor ni banyak manfaatnya dari keburukkan. Kalau memang ketagih hisap ekzos motosikal tu, jatuh la hukum haram. Di sini saya tak berani untuk menjatuhkan hukum kerana saya bukan ahlinya. Bagaimanapun saya cuba mencari jawapan bagi soalang tersebut ya.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK