MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Monday 14 May 2012

Mencari sekeping ketenangan di Pantai Punggur Johor...

Hari minggu kadang-kadang adalah hari yang paling membosankan kalau takde aktiviti. Kalau hari-hari online mengadap facebook, twitter dan blog pun bosan jugak. Hari-hari buat benda yang sama je. Kerja banyak yang dah siap, yang tak siap tu lambat lagi nak submit. Takkan lah nak tidur sepanjang Ahad, mau beku kepala otak nanti. 

Dari hari Jumaat kelmarin aku cadang nak mencari pantai, bukan nk mandi just nak cari mood tengok laut ni. Apa salahnya sekali sekala tengok permandangan yang lapang kat laut tu, rasa tenteram jiwa.. Hahahaa..

Hari ni aku pinjam motor member aku, aku pun merempit pergi ke Pantai Reakeasi Sungai Punggur di Rengit. On the way aku terserempak dengan kemalangan 4 buah kereta tapi tak teruk sampai membawa maut pun. Aku pun patah balik, terus ambil gambar, ada la modal nak sembang dengan member nanti. Nak tengok gambar tersebut klik SINI. Sebenarnya aku nak mencari Pantai Perpat, tapi dah lewat. Aku pun pergi la Pantai Punggur buat kali kedua. Layan jugak merempit ni, dah lama tak bawak motor jalan jauh (alah 20KM je..)














Keropok ikan Made in Tumpat yang menjadi fevret aku nih.. 


Dah takde ilham nak cari subjek..


Sampai je kat sana, aku tak cakap banyak terus order nasi goreng ayam dan teh ais. Ramai jugak orang kat situ, sebelum ni aku pergi time senja memang lah takde orang.
Selesai je makan, aku pun beli keropok ikan satu terus melepak kat benteng batu kat situ sambil ambik gambar. Lepas puas ambik gambar aku pun balik. Bila cek balik gambar kat laptop, ada jugak yang kabur.. Rupanya ada habuk kat lense tu, cisss..


p/s: Bila la nak pergi ke Pantai Perpat ni..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK