MY GORGEOUS AND MACHO CROWD!!!

Thursday 21 June 2012

Camcoder CCD V8AF-E

Ini sambungan cerita aku ke Rengit minggu lepas. Aku dengan Amy saja jalan-jalan merayau ke sebuah kampung di Rengit yang menjual barangan terpakai. Barangan di situ membuat mata aku yang keranjang ni menjadi rambang! Hahaha.. Nasib baik aku tak bawak duit banyak time tu, kalau tidak aku borong semua. Aku memang keluar berjalan tak bawak duit yang banyak sebab aku takde duit.. 


Aku berjaya menyambar sebuah camcoder yang berjaya menarik perhatian aku. Jangan tanya harga dia berapa..Hehehe.... 


Jeng..Jeng... 




Ini dia Sony CCD-V8AF-E... Aku berjaya menambah bilangan koleksi especially kamera lama. 
Camcoder ini adalah keluaran tahun 1985 dan improvement daripada model Sony CCD V8. Apa yang menariknya, camcoder ni tersenarai di dalam 1st Museum Collection kerana ianya model pertama yang boleh playback terus daripada camcoder tersebut. Lagi satu, ianya mempunyai AutoFocus yang menggunakan sistem InfraRed untuk mengukur jarak objek. Klik SINI untuk info lanjut..


Semasa aku sambar camcoder tu, bukan rupa seperti di atas. Punyalah berhabuk dan kurang berfungsi dengan baik. Satu malam aku setelakan masalah tersebut. Kena cuci situ, cuci sini, betulkan mana-mana yang patut. Biasalah, barang lama.... Tambah pulak menatang tu guna videotape, kena cuci head dia dulu..






Lepas subuh, barulah setel semua masalah. Lepas test, semua inspection lulus! Aku solat subuh, terus tidur... Puas hati sangat sebab aku dapat satu set yang lengkap! Memang berbaloi-baloi, bak kata Amy Search.....


p/s: http://www.sony.net/SonyInfo/CorporateInfo/History/sonyhistory-f.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BUSUK GILER!!!

SALAM.MY

OH! TOLONGLAH TENGOK